BAB 5

246 20 1
                                    

Setelah memarkir kereta miliknya di tempat parkir yang disediakan di tanah perkuburan Islam itu, Asyraf mencapai baby carrier yang dia letakkan di bahagian tempat duduk belakang keretanya.

Usai memasang baby carrier itu di tubuh kekarnya, Asyraf keluar dari dalam kereta sebelum dia berjalan pantas ke arah tempat duduk penumpang depan dan membuka pintu tersebut.

"Pap... pa," panggil Adriez teruja sambil menunjukan sengihan lebar apabila wajah kacak papanya memenuhi ruang matanya.

"Ya sayang..." sahut Asyraf pula. Dia membuka tali keselamatan car seat terlebih dahulu sebelum dia mengambil Adriez.

"Jom kita jumpa mama." Mereka berdua berjalan masuk melintasi pagar tanah perkuburan selepas dia menggendong Adriez menggunakan baby carrier.

Asyraf mengatur langkahnya ke arah kubur isterinya yang terletak agak jauh dari pagar. Dia bertinggung di sebelah kubur Airis.

"Assalamualaikum isteri abang..." Ucapnya sebak sebaik sahaja dia menyentuh batu nisan putih yang terukir nama Airis Nur Farhah di permukaannya.

"Abang datang, sayang. Abang bawa anak kita hari ni."

Adriez memandang papanya dan kubur mamanya bersilih ganti sebelum dia memandang wajah sedih milik papanya lama.

"Mam... ma?" Asyraf terus mengalihkan pandangan ke arah anaknya sebaik Adriez menuturkan perkataan mama di bibir kecilnya.

Mata mereka bertentangan.

"Adriez kata apa tadi, sayang?" Soal Asyraf tidak percaya kerana sebelum ini, Adriez tidak pernah menuturkan perkataan mama.

Jari telunjuk Adriez tepat menunjuk ke arah kubur Airis dan kepalanya ditolehkan ke arah yang sama.

"Mam... ma," kata Adriez sekali lagi membuatkan air mata Asyraf bergenang serta merta.

"Ya sayang. Ini mama Adriez."

Jika tadi si kecil itu menunjukkan riak wajah yang bingung, kini sudut bibirnya merekah sehingga membentuk satu senyuman manis.

Adriez menghayun kedua belah kakinya pantas sambil merengek kecil kerana ingin bebas dari baby carrier yang dipakai oleh Asyraf.

"Ya Adriez. Sekejap." Peka dengan bahasa tubuh si anak, Asyraf segera menanggalkan baby carrier tersebut dari tubuhnya.

Dia meletakkan tubuh Adriez ke permukaan tanah dengan penuh berhati-hati sebelum dia menghamparkan tikar mengkuang di sisi pusara isterinya.

"Adriez Fahd..." panggil Adriez dalam nada suara yang tegas apabila melihat Adriez yang sudah semakin jauh darinya.

"Duduk sini dengan papa." Asyraf menepuk ruang kosong di sebelahnya sebagai arahan untuk meminta Adriez duduk di situ.

Tanpa bersuara, Adriez akur dengan arahan ringkas papanya.

Adriez duduk bersila di sebelah Asyraf sambil memandang kubur berwarna putih milik mamanya. Dia memandang papanya dan kubur mamanya bersilih ganti.

"Kita beristighfar dulu." Mata Adriez berkedip melihat wajah Asyraf sebaik mendengar arahan papanya.

Asyraf memegang kedua belah tangan Adriez terlebih dahulu dan memandang ke dalam anak mata anak lelakinya sebelum mereka mengucapkan kalimat suci itu bersama.

"Astagfirullah hal 'azim..." ucap Asyraf sebanyak tiga kali diikuti dengan Adriez.

"Now, kita baca surah Al- Fatihah."

Asyraf merapatkan kedua belah tangan anaknya terlebih dahulu dan barulah dia menadahkan tangannya sebelum bacaan basmalah meniti di bibir merahnya.

"Amin ya rabbal alamin..." Kedua anak beranak itu meraup kedua tangan mereka usai membaca surah Al-Fatihah.

LA's: His Precious 2Where stories live. Discover now