part 9 - permintaan

8.1K 66 35
                                    

Amira tiba di perkarangan rumahnya tepat jam 8 malam. Sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya kedalam, tersenyum riang wanita itu.

"Assalamualaikum, wah.... Anak mama dah balik lah" ujarnya dengan ceria.

"Waalaikumsalam mama!" balas Rozi dengan senyuman yang lebar sebelum bangkit dan memeluk erat tubuh Amira dan kembali duduk semula.

"Macam mana Maldives? Best?" soal Amira sebaik sahaja melabuhkan punggungnya disebelah Rozi.

"Best giler mama, air dia jernih biru. Tenang je tempat tu mama, romantik habis. Makanan pun sedap-sedap. Then kita pergi snorkelling, main water sports. Terbaik lah semuanya mama, 5 star!" Ujar gadis itu dengan penuh ceria seraya mengangkat tangannya dan menunjuk tapak tangan terbuka, sebagai tanda 5 bintang.

"Wah, bestnya. Habis tu, pukul berapa kau sampai rumah ni tadi?".

"Dari pukul 5.30 tadi lagi. Mama apa khabar? Takut tak duduk rumah sorang-sorang?".

"Apa nak takutnya, macam tak biasa pulak mama tinggal sorang. Satu hari nanti, bila kau dah ikut suami kau, mama duduk sorang jugak kat sini".

"Tulahhh, kan Rozi suruh mama kawin lagi, mama jugak yang tak nak" kata gadis itu dengan sengihan lebar sehingga menampakkan gigi putihnya.

"Ish! Merepek lah kau ni, takde orang yang nak lah, perempuan tua macam mama ni" balas Amira sebelum menjeling anaknya itu.

"Alah, tua-tua pun cantik, badan masih bergetah. Mesti banyak lelaki yang nak kan. Mama je yang jual mahal".

Tersengih Amira mendengar kata-kata anaknya itu. Tiba-tiba, imej wajah Fikri, terlintas dalam kotak fikirannya. Lelaki tampan yang seolah-olah berminat dengan dirinya yang "tua" itu.

Bebola mata Amira bergerak ke kiri kanan, mencari sesuatu, atau seseorang.

"Mana Fikri?".

"Dia dalam toilet tu, mandi".

"Kau tak mandi sekali dengan dia?".

"Eh mama ni, kesana pulak perginya. Mama nak tau tak apa jadi kat Maldives, Rozi..."

Fikiran Amira mula terapung di awang-awangan dan langsung tidak memberi tumpuan kepada Rozi. Serta merta imej tubuh bogel Fikri bermain di fikirannya, Otaknya mula membayangkan dirinya berada bersama di dalam bilik mandi itu bersama, bogel. Mandi sambil menyabun badan sesama sendiri, menggosok.....

"Mama! Termenung pulak!."

Terangkat bahu Amira, terkejut. Terkebil-kebil mata wanita itu seketika.

"Eh! Taklah. Ah...apa...apa jadi kat Maldives. Cerita lah cepat".

"Ishhh mama, sejak dua menjak ni, asyik termenung jelah. Ada boyfriend tu cakap jelah. Nak rahsia-rahsia pulak" Rozi mencebik.

"Eh! Takdelah, sumpah mama takde boyfriend. Ishhh" Amira mengangkat tangan kanannya seolah-olah mengangkat sumpah.

"Yelah tu, oklah mama. Rozi nak naik sekejap. Nak kemas barang, kalau mama lapar, kat dapur tu ada nasi goreng kampung. Si Fikri yang goreng tadi, sedap tau".

Terjongket kening Amira.

"Ye ke?" soal Amira minta kepastian.

"Ye mama, pergilah try. Rozi naik dulu tau".

Tanpa menunggu respons dari Amira, Rozi berkalih dan berjalan pantas menaiki tangga, meninggalkan Amira di situ sambil menggosok-gosok perutnya.

Wanita itu bangkit dan berjalan menuju ke dapur. Dia berdiri di hadapan kuali yang telah tertutup. Sebaik sahaja dia mengangkat penutup periuk tu, tersenyum dia dengan bau nasi goreng yang sedap tu.

Teringin 2: AmiraWhere stories live. Discover now