"Fikri, ada 2 orang lelaki pakai baju melayu kat bawah!" bisik Amira.
Tercengang jejaka itu tiba-tiba.
"Ha! Siapa?" Fikri bertanya dengan matanya terbuka luas.
"Entahlah, nevermind. Pergi masuk bilik Fikri, let me handle this".
Tanpa menunggu balasan dari menantunya, Amira membuka pintu almari dan mencapai sehelai baju kelawar yang labuh berwarna hitam. Tanpa coli dan seluar dalam, sekelip mata baju itu tersarung, menutup tubuh bogelnya. Selepas itu dia mencapai sehelai tudung bawal yang berwarna kelabu dan menyarungnya. Setelah melihat wajahnya di cermin sesaat 2, dia berjalan pantas menuruni tangga dan menuju ke pintu hadapan.
Ding Dong! Ding Dong!
"Assalammualaikum".
Setelah menghela nafas sedalam dalamnya, dia memulas tombol pintu dengan tangan yang terketar-ketar.
"Wa...waalaikumsalam, ada apa?" tanya Amira sebaik sahaja membuka pintu.
Hanya kepalanya sahaja kelihatan dari luar, seluruh tubuhnya tersembunyi di sebalik pintu.
"Puan Amira ke? Boleh kita berbual sekejap?" pinta lelaki yang berdiri di hadapan rumahnya, terjengguk-jenguk ingin melihat Amira yang masih tersembunyi di sebalik pintu.
Tubuh Amira mula menggeletar. Wajahnya menjadi pucat serta-merta, ketakutan. Perasaan bersalah semakin membuak-buak di dalam hati. Walau bagaimana pun, dia harus memberanikan diri.
'Apakah yang lelaki itu mahu?' dia tertanya di dalam hati.
Mahu atau tidak, dia mencapai bantal cushion sofa yang kecil untuk menutup dadanya yang besar itu. Kemudian dia melangkah perlahan-lahan keluar menuju ke pintu pagar rumahnya. Laju degupan jantungnya ketika itu.
"Ye Encik, ada apa saya boleh bantu?" Amira bertanya dengan senyuman yang kelat.
"Maaf menggangu Puan Amira, saya Harun, ini Zulkifli. Kami wakil dari Masjid Ansar" kata lelaki yang berjanggut panjang yang mukanya mendatar tanpa senyuman.
"Oh ok" balas Amira singkat.
"Kami ingin menjemput Puan Amira ke kenduri doa selamat esok di masjid selepas Zohor. Lepas tu ada syarahan. Harap Puan Amira dapatlah datang" lelaki yang dibelakang pula bersuara dan sempat tersenyum.
Secara otomatik Amira tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang putih.
'Jemputan kenduri rupanya. Haih' wanita itu mengeluh di dalam hati.
"Ok. InsyaAllah esok saya datang. Pagi-pagi kamu berdua dah sampai rumah saya ya?" soal Amira
"Biasalah Puan, banyak rumah yang kami kena pergi. Lagipun kami nak orang ramai datang besok, banyak makanan" lelaki berjanggut panjang itu bersuara.
Amira terangguk-angguk. Jiwanya yang tadi gawat kini beransur tenang.
"Kami pergi dulu ye, Assalamualaikum" kata lelaki yang di belakang pula.
"Waalaikumsalam. Eh... Nanti, macam mana awak semua tahu nama saya?" Amira menyuarakan kemusykilan yang berbuku di hati.
"Oh. Puan Habsyah tu yang bagitahu kami" lelaki yang berjanggut panjang itu menuding ke rumah sebelah dengan ibu jarinya.
Amira menjenguk ke rumah sebelah dan melihat wanita berumur 66 tahun itu sedang menjemur baju di ampaian. Sempat dia menoleh dan melambai ke arah Amira.
"Oklah Puan Amira, kami minta diri dulu, Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam".
Amira pantas berkalih menghela nafas lega. Dia tersenyum sendirian. Beginilah telatahnya kalau sudah buat salah besar, kalut tidak tentu pasal. Baru sahaja dia ingin melangkahkan kaki untuk masuk kedalam rumah, dia terdengar namanya dipanggil.
YOU ARE READING
Teringin 2: Amira
FantasiaAmira yang telah menjanda lebih setahun ditinggalkan arwah suaminya akibat kanser. Wanita itu pasrah menjalani hidup berseorangan, keinginan seksnya hilang bersama setelah kematian suami. Akan tetapi semua itu berubah ... ...dengan kehadiran seoran...