BAB 2

95 11 1
                                    

SELEPAS 13 jam 37 minit...

London-Malaysia...

Akhirnya, aku menjejakkan kaki semula ke Malaysia selepas enam tahun aku berhijrah ke London. Aku tak pernah balik sejak itu. Hanya mak dan Rana yang datang melawat aku di London. Rana yang paling kerap datang macam London tu dekat dengan alasan... Ada kerja. Pandailah... Sampai aje, bukan mengisahkan kerja tapi mengisahkan Atief.

Sebab itulah...

"Mummy!!!"

"Atief!!!"

Ya...

Atief sangat rapat dengan Rana. Rana memang terlalu manjakan Atief. Apa yang Atief mahukan, kalau dia tak dapat melalui aku... Dia akan minta dengan mummy dia. Mummy dia pun akan ikut apa aje kehendak Atief dengan alasan...

"Biar dia rasa dia tak perlukan seorang ayah... Sebab dia ada dua orang mak yang boleh bagi apa yang seorang ayah akan bagi. Dua orang mak... Lebih baik daripada seribu ayah!"

Sebab alasan tu...

Aku biarkan aje.

"Welcome home..."

Rana memeluk aku.

Aku membalas pelukan Rana.

"Aku suka kau berambut pendek macam ni..."

"Aku buat sikit perubahan."

"Ommaaaa..."

Atief menarik lengan baju aku.

"Nak pee-pee..."

"Again? Baru tadi pergi toilet!"

"Cepatlah, omma!"

"Tu la... Minum air banyak sangat. Apa uncle tu bagi, semuanya ambil."

Dahi Rana berkerut. "Uncle mana pula ni? Kau ada bawa balik Uncle Harris sekali ke?"

"Bukanlah... Uncle Ridz."

"Wau... Kau bawa balik pakej? Kau tak cakap pun..."

Hesy, pakej apa... Lelaki nervous yang ada kat lapangan terbang tadi tu la... Kebetulan pula dia duduk kat sebelah Atief.

"Omma!!! Cepatlah...!" Atief menjerit.

Belum sempat aku nak bawa...

Rana nak bawa.

"Tak apa. Biar aku bawa. Kau tunggu sini dengan barang. Jangan nak pergi ke mana-mana."

"Yalah. Nak ke mana pun? Kunci kereta kat kau. Kau ingat aku ni apa? Budak 3 tahun ke? Aku dah 33 tahun tau!"

"Dan... Sekembalinya aku ke sini, aku nak tahu tentang pakej tu."

Aku mencebik...

Pakejlah sangat.

Pening kepala aje dengan mamat yang banyak cakap tu tadi. Apalah nasib bila aku terpaksa duduk satu row dengan dia kat dalam kapal terbang tu tadi dan terpaksa mendengar dia bercakap berjam-jam. Sampaikan aku terpaksa tanya dia...

"Awak ni akan nervous selama 13 jam ke?"

Dan dia ketawa besar.

Tahulah dia yang aku memerli dia.

Tapi, dia rajin melayan Atief.

Ah... Siapa aje yang kenal Atief memang akan memanjakan dia. Atief memang pakar buat orang jatuh sayangkan dia walaupun baru pertama kali berjumpa. Aku sendiri jatuh sayang pada dia sewaktu aku tahu dia ada kat dalam rahim aku.

OMMAWhere stories live. Discover now