MATI bukanlah perbandingan kepada hidup. Tapi, mati... Adalah sebahagian daripada kehidupan. Sebab, semua yang hidup pun... Pasti akan mati. Aku, Atief, mak... Mahu pun ayah. Tak akan terlepas daripada kematian.
"Mak macam mana?"
"Diam aje."
"Diam macam mana? Tak bercakap ke? Takkan seharian tak bercakap?"
"Gila tak bercakap. Mak aku... Mana boleh seharian dia tak bercakap. Dia cuma tak bercakap hal ayah. Dia buat macam... Ayah tu memang dah tak wujud. Memanglah rarely cakap pasal ayah tapi lately ni kan... Asyik cerita pasal ayah kan. Lepas aku cakap yang ayah meninggal dunia... Dia terus diam."
Mak macam tengah psiko aku...
Tapi, kenapa dia nak psiko aku pula.
Bukan aku yang buat ayah meninggal dunia pun.
"Pula..."
"Mak aku tengah depress ke, Ran?"
Masuk hari ni...
Dah kira dua hari la berita kematian ayah aku dah sampaikan pada mak. Tapi, mak... Dia langsung tak cakap pasal ayah dengan aku. Dia diam aje... Masalahnya, Encik Romly tu dah banyak kali mesej dan bertanyakan pada aku. Dia nak cepat berjumpa dengan mak tapi keputusan tu bukannya kat tangan aku.
"Taklah. Mungkin mak masih terkejut kut. Ditinggalkan hidup dengan ditinggalkan mati... Tu ada banyak beza tau. Selama ini, mak tahu yang ayah kau tu... Masih hidup walaupun tak bersama. Sekarang, ayah kau tak bersama untuk selamanya... Mestilah mak rasa, separuh daripada diri dia... Dah tak ada. Her other half kan..."
Huh...
"Takkanlah mak masih berharap yang ayah akan kembali kepada dia?"
"Mungkinlah kut. Sebab dia tak pernah membenci pun kan... Kalau dia benci, dia dah ajar kau untuk membenci ayah kau. Dia akan maki, kutuk... Ayah kau tu. Tapi, mak... Dia tak buat pun macam tu. Dia seperti berharap. Dia tak pernah keluar dari Taiping kut... Fikir tengoklah!"
Hai, mak...
"Anyway, aku call kau sebab aku nak cakap yang aku nak gerak ke Taiping hari ni tau. Aku nak ambil Atief kat sekolah dan terus pergi."
"Sebab itu aje ke kau call aku?"
"Yalah. Nanti kau datang rumah, aku tak ada pula. Kau kan suka makan free kat sini dan suruh mak masak macam-macam untuk kau. Kau ingat aku tak tahu ke? Pelik juga bila mak masak benda yang kau suka dan kau tiba-tiba aje muncul!"
Rana ketawa.
"Konon langkah kanan..."
Rana ketawa lagi.
Banyaklah akal Rana tu!
"Tapi, itu aje ke yang kau nak cakap dengan aku? Tak ada sembunyikan benda lain? Kau tahu kan... Kita dua ada sis code, tak ada rahsia antara kita."
Dahi aku berkerut. "Benda apa? Sembunyi apa?"
"Macam... Panggilan telefon daripada encik pakej ke?"
"Encik pakej? Ridzal? Kenapa dia nak call aku pula?"
"Serius dia tak call kau ke?"
"Tak ada, sis... Lagipun, kenapa pula dia nak call aku? Angin tak ada, ribut tak ada... Tiba-tiba, pokok bergoyang, atap pun tumbang... Apa kes?"
Yang hari-hari telefon dan mesej aku...
Encik Romly tu.
Encik pakej tak ada pula...