BAB 5

50 9 1
                                    

AKU macam tak percaya aje yang ayah dah meninggal dunia. Aku baru aje bersembang dan bergurau pasal ayah dengan mak. Mana tahu... Rupa-rupanya ayah dah pun meninggal dunia. Sebulan yang lalu pula tu... Tak ada sesiapa yang beritahu aku. Kalau tak ada yang beritahu aku, apatah lagi mak.

Tergamam la aku sekejap...

Tak sangka betul...

Betul-betul tak sangka!

"Helo... Cik..."

"Ya, saya... Saya."

"Boleh tak saya dapatkan nombor terkini atau alamat terkini Puan Ami..."

"Tak boleh."

"Hah?"

"Errr... Maksud saya, biar saya cakap dengan mak saya dulu sebelum encik cakap dengan dia. Saya takut dia terkejut nanti bila dapat berita yang Encik Hamzah dah meninggal dunia. Mak saya tu ada sakit jantung."

"Oh..."

"Nanti, bila saya dah cakap dengan mak saya, saya akan telefon encik balik. Nombor yang ini ke?"

"Ya, nombor yang ini. Minta cik tolong telefon saya segera. Saya perlu berjumpa dengan Puan Amina sebelum bacaan wasiat yang akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan dengan semua pewaris."

"Baik... Baiklah. Saya akan call encik segera."

Kalau mak tahu berita ni daripada peguam, tak pasal mak boleh terkena serangan jantung lagi. Sebab itu, aku tak boleh nak bagi nombor mak semudah itu. Masalahnya... Macam mana aku nak cakap dengan mak yang orang yang dia tunggu-tunggu selama ini sudah tiada...

"Cik..."

"Ya?"

Aku memandang ke arah suara yang menegur aku.

"Cik nak naik ke?"

"Oh, tak apa... Tak jadi."

Terus aku tak jadi nak masuk ke dalam lif untuk lapor diri. Nanti ajelah aku lapor diri tu. Aku masih ada masa sebelum minggu depan. Cumanya... Hal ayah ni lebih penting dan aku masih tak habis terkejut lagi dengan berita yang baru saja aku terima. Tak dapat aku nak bayangkan... Macam mana keadaan mak nanti kalau dia dapat tahu tentang ayah. Dah lama dia menanti kemunculan ayah... Tahu-tahu dah innalillah!

"Wau!"

Rana menekup mulutnya tatkala melihat aku muncul dengan penampilan baru kat RR Design, syarikat milik Rana. Sengaja aku singgah... Sebab Rana mesti ada cara untuk aku beritahu pasal ayah pada mak. Rana kan... Banyak idea! Sebab itulah dia seorang designer!

"Satu lagi kejutan. Hari tu rambut pendek, hari ni... Bertudung pula. Alhamdulillah..."

"Tapi bukan ini aje kejutannya... Ada lagi yang datang!"

"Yang datang? Maksud kau?"

Aku baru nak buka mulut...

Rana dah menyampuk dulu.

"Kejap... Kau dah mula kerja ke? Bukan next week ke?"

"Memang next week tapi dia orang suruh aku pergi lapor diri dulu sebelum next week. Jadi, aku pergilah hari ni selepas hantar Atief. Atief dah full day sekolah hari ni... Tapi, belum sempat lapor diri... Lain pula yang jadi."

"Apa yang dah jadi?"

"Aku dapat call daripada peguam."

"Peguam? Jangan cakap peguam Jeofri! Dia dah tahu pasal Atief ke? Dia nak rebut Atief ke? Kau pasang aje sepuluh lawyer. Aku boleh bayar. Jangan bagi dia ambil Atief!"

OMMAWhere stories live. Discover now