Prolog

15 1 5
                                    

"Ehh kau ni buta ke mat tak nampak ke aku kat sini yang kau main rempuh je dah kenapa!" marah Anna sambil mengelap mukanya yang penuh dengan lumpur.

"Sorry sorry aku tak nampak tadi masa lalu lagipun kalau kau nampak kenapa tak elak ke tak muat nak elak." Kata Fayyadh sambil mencari telefon dalam lumpur. Seingat Fayyadh dia melanggar sosok tubuh kecil je tadi. Tetapi disebabkan bahasa perempuan ni agak menyakitkan hati dia juga mengeluarkan mulut berbinasa nya.

" Woii sesedap kau je ngutuk aku. Aku kurus macam ni kau nak kata gemuk ke kau tu yang besar macam Gajah. Eh jantan kau nk mintak maaf pandang aku la siot." Marah Anna pada Fayyadh yang masih membelakangi Anna.

Fayyadh menghembus nafas menyampah sambil menyelak rambut atas tu ke belakang. "Eh aku tak ada masa la nak pandang kau la perempuan. Lebih baik aku cari telefon aku." Kata Fayyadh. Dia pun menunduk sambung mencari telefon nya yang tenggelam.

Anna mengempal tangannya kerana geram dengan sikap Fayyadh yang menyakitkan hatinya itu. Anna terus menyepak punggung Fayyadh sekuat hati menyebabkan kepala Fayyadh menyembah air lumpur itu. Tanpa melengah kan masa semasa Fayyadh cuba untuk berdiri Anna sudah melompat ke belakang tubuh Fayyadh dan menarik rambut lelaki itu sekuat hati.

"ARGHHHHHH SAKIT LAH PEREMPUAN. KAU TURUN SEKARANG SEBELUM AKU TOLAK KAU JATUH" marah Fayyadh sambil menarik tangan Anna dari menarik rambut nya.

"RASAKAN NI JANTAN !! RASAKAN !!" Anna berkata kegeraman.

"SAKIT LAH PEREMPUAN GILER" jerit Fayyadh

" APA! KAU KATA AKU PEREMPUAN GILER?! KAU MEMANG NAK KENA" marah Anna. Dia menarik rambut Fayyadh sekuat hati menyebabkan Fayyadh meraung kesakitan.

Fayyadh sudah naik darah dengan sikap Anna terus menyiku tepi pingung Anna. Tanpa sempat Anna paut pada Fayyadh, Anna jatuh keatas tanah tepi lumpur.

"Ahhhh sakit sakit. Sakitnya kaki aku !"Raung Anna. Semasa jatuh tadi kaki Anna terpeleot menyebabkan badan Anna menghentam kakinya sendiri.

"Padan muka kau perempuan WHAT YOU GIVE YOU WILL GET BACK !" Pandang Fayyadh kearah Anna yang meraung kesakitan. Kelihatan Anna yang ingin menangis kesakitan menyebabkan Fayyadh jatuh kesian.

Fayyadh mendekati Anna dan membelek kaki Anna yang sakit itu. Anna mengigit bibir menahan kesakitan sambil memejam mata apabila kakinya berdenyut denyut . Fayyadh memandang muka Anna. Fayyadh terkaku apabila melihat wajah itu. Lagi lagi melihat reaksi Anna membuatkan hati nya goyah.

Dup Dap Dup Dap

Dapat dia rasakan jantungnya seakan berdegup dengan lajunya. Tidak pernah dia rasakan jantung nya berdegup begini. Waktu ingin berperang pun tidak rasa begini

Apabila Anna rasa tiada pergerakan dari Fayyadh, Anna sebelah mata melihat Fayyadh. Anna pelik melihat muka kaku Fayyadh.

"Hello kau ok ke tak ni?" Panggil Anna. 'Aku rasa aku yang tak ok dia yang terkaku muka terkejut dah kenapa.' Kata Anna dalam hati.

"Heeello !!!" Panggil Anna lagi sekali sambil memetik ibu jari depan muka Fayyadh.

Fayyadh tersentak dari lamunan. Dia berdehem menutup lalu menggosok lehernya.

"Aku rasa kaki kau ni terseliuh. Jom aku hantar kau balik. Kau duduk mana?" Pelawa Fayyadh sambil menghulurkan tangan.

"It's okay aku boleh balik sendiri." Kata angkuh Anna sambil ingin berdiri. "ARGHHH!" Anna ingin jatuh semula menyembah tanah namun belum sempat dia sudah disambut oleh Fayyadh. Tangan Fayyadh berada dipinggang Anna dipeluk kemas supaya Anna tidak kembali jatuh. Kini Anna pula terkaku melihat wajah tampan Fayyadh sedekat beberapa inci dari wajahnya. Jantung Anna usah dikata sudah bekerja dengan lajunya.

"ALLAHUAKBAR ALLAH HUAKBAR" azan maghrib berkumandang. Menyentak lamunan mereka berdua dari merenung wajah masing-masing.

"Kau ok ke ni macam tak leh jalan je." Kata Fayyadh yang masih memeluk Anna. Dia mengangguk kepala menandakan boleh.

"Aik dah kena peluk dengan aku terus bisu ke? Tak payah nak berlagak kuat lah meh sini aku tolong." Anna mendengus dengan kata kata Fayyadh. Tanpa meminta izin Anna,Fayyadh terus mencempung Anna seperti bridal style. Anna terjerit kecil dengan tindakan mengejut Fayyadh. Sumpah kalini Anna rasa nak pengsan dengan kelakuan Fayyadh.

'Ya Allah hensemnya mamat ni. Tapi perangai macam haram, menyakitkan hati je Eyy nasib aku sakit kalau tak, rasa tengah bergaduh lagi ni' kata Anna dalam hati.

———————————————————————————

Hi guys sorry this story will not interested like another story. But I just write based on my imagination. Sorry jugak tulisan tak berapa cantik mcm penulis lain sebab saya tk berapa Mahir çara menulis cerita ni. I hope u guys enjoy it n give a feedback ok.

LEFTENAN PENCURI HATI [OG]Where stories live. Discover now