"ANNA! KAU MEMANG NAK MATIKAN." Jerit seseorang gadis, Tasya yang berpakaian seksi iaitu dress ketat menunjukkan bentuk badanya dan separas atas lutut.
Tasya ialah classmate mereka yang paling anti dengan Anna kerana Anna nak dikatakan wanita yang digilai oleh para jejaka. Selain itu, juga Anna merupakan pelajar terbaik setiap semesta. Oleh itu, dia sangat mencemburui Anna apabila semua pensyarah melayan Anna sangat baik. Tasya ini juga ialah salah satu student perempuan yang tergilakan luqman. Nik, Fit dan Nurul menjadi saksi Tasya yang selalu menganggu Luqman lagi - lagi ketika berada di medan selera kampus.
"Bala dah mai." Fit berbisik sesama mereka disitu. Anna berkerut dahi dengan kata - kata Fit.
"Eh perempuan kau ni memang tak gunakan." Satu tamparan hinggap di pipi Anna. "Kau siapa nak luqman aku HAA!" " sedar la diri sikit kau tu dah lah hitam, miskin pulak tu ada hati nak luqman." hambur Tasha depan Anna yang terkedu dengan tamparan tadi.
"Eh kau apahal Tasha, datang terus tampar orang pastu hina orang pulak tu. Jaga sikit mulut longkang kau. Jangan tak beradab sangat kau. Jangan disebabkan kau kaya putih kau boleh hina sesuka hati." Tolak bahu Tasha oleh Nik. Sebenarnya, ton kulit Anna adalah sawa matang bukan tan skin tapi disebabkan Tasha yang terlalu putih melepak menyebabkan dia rasa hina dengan Anna yang sedikit gelap.
"Kau tak payah nak masuk campur ini masalah aku dengan perempuan ni." Tuding jari dihadapan Nik.
"Kau dah naik tangan dengan kawan. Kau ingat aku nak berdiam diri ke. Masalah Anna masalah aku juga, kau nak gaduh meh dengan ak...." Terdiam Nik apabila Anna menarik tanganya duduk semula.
"Tasha kau dengar sini, kau salah paham je ni. Aku dengan dia tak ada apa apa pun. Aku dengan dia terserempak je masa aku jogging dekat tasik haritu. Kami sembang kosong je tak ada lebih-lebih pun. Kalau kau perasan gambar itu nampak ke aku tengah senyum? Lagi pun dia yang tegur dulu bukan aku." Anna cuba menerangkan situasi dengan nada yang tenang dan bersabar walaupun hati sudah panas terbakar dengan hinaan yang diterima. Dia malas membuat onar dalam kelasnya kerana niatnya hanya belajar.
"Kau tak payah la nak menipulah. Jadi kau nak cakap yang Luqman yang nak dekat kau. Eh dia muka hot macam tu tak teringin la dengan kau. Ke kau yang jadi perempuan murahan nak dia dengan cara kotor. Mak bapak kau tak ajar kau ke sial."
PAK
Terkejut Nik dan yang lain melihat pen ditangan Anna patah dua. Tanpa sangka kemarahan Anna terlalu tinggi sampaikan genggamannya mampu mematahkan pen dengan sebelah tanganya sahaja.
"EH PEREMPUAN TAK CUKUP KAIN! KAU JANGAN NAK LIBATKAN MAK BAPAK AKU! kau jaga sikit mulut kau tu . Aku tak gila lagi nak jadi perempuan murahan disebabkan jantan. Aku tak ingin la dengan mamat kesayangan kau tu. Kau ambik la." Tengking Anna depan semua orang. Lalu Anna mengambil barangnya dan berlalu pergi dengan perasaan sangat marah. Nik mengejarnya namun dicegah oleh Nurul. Nurul yang mempunyai kelebihan dalam membaca reaksi orang tahu bahawa Anna ingin bersendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bunyi ombak memenuhi pendengaran Anna. Sekarang dia membawa diri ke pantai bagi menenangkan dirinya. Semakin lama Anna menahan marah semakin kabur matanya bertakung air mata. Itulah kelemahan Anna, apabila terlalu marah ia akan berserta air mata. Sekeras atau seganas mana pun seseorang perempuan ia tetap mudah mengalirkan air mata. Semakin lama bunyi tangisan kedengaran. Anna memeluk lutut dan menekup muka di lututnya. Rapuhnya Anna apabila dia hina murah dan betapa marahnya apabila mak bapak dia turut dihina. Inilah sebabnya kenapa Anna susah membuka hati kepada seorang lelaki. Dia takut. Takut dia mengambil hak orang dan menyakiti hati perempuan lain. Dan lagi Anna takut dia disakiti oleh lelaki. Anna tak mampu nak hadap kesakitan itu.
YOU ARE READING
LEFTENAN PENCURI HATI [OG]
RomanceSLOW UPDATE‼️ Ariana iris Seorang gadis hati batu dengan para lelaki yang mendekatinya. Yang Ada di hatinya adalah segulung ijazah dan selempang pink pada hari graduation dia nanti. Namun hati batu dia telah diketuk oleh jejaka di kg kawannya. Fay...