Kereta alza berwarna hitam memasuki perkarangan kolej kediaman anggerik. Dilihat Kimi sedang memarkir keretanya di parkir kereta. Anna dan Nik yang melihat mereka terus menuju kesitu.
"Korang nak tinggal terus ke apa ni." Hareyz berkerut dahi melihat Anna dan Nik bawa beg luggage.
"Eyy kita duduk seminggu kan. Bisinglah kau." Kata Anna. Beg mereka bertukar tangan ke Kimi yang sedang menyusun beg itu.
"Memang la seminggu. Yang korang bawa ni macam nak duduk sebulan." Kata Hareyz lagi.
"Biarlah. Ada aku suruh kau bawa beg kami ke? Tak ada kan." Perli Nik.
"Ni alat dah bawa ke. Kita pergi kedah aku malas nak patah balik." Tanya Kimi kepada Anna.
"Ada." Tunjuk Anna bagpack yang disandangnya.
"Ok jom gerak. Maybe kita sampai malam ni. Hareyz bagi tahu atok kau kami sampai malam." Arahan Kimi yang melihat jam tangannya menunjukkan 6.30 petang. Mifzal yang dari tadi hanya mendengar sahaja.
Dalam perjalanan itu, suasana mereka dipenuhi alunan lagu pilihan mereka. Kadang- kadang, mereka turut menyanyikan lagu itu bersama. Ada juga mereka berhenti di kawasan rehat untuk makan malam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya mereka tiba ke destinasi yang dituju pada jam 10 malam. Laluan memasuki kawasan itu pada waktu malam agak mencabar apabila kelilingnya hanya sawah padi.
"Assalamualaikum." Beri salam Hareyz, Anna dan Nik. Kimi dan Mifzal pula sedang mengeluarkan barang mereka berlima.
"Waalaikumusalam. Dah sampai dah cucu aku. Abang ni haa cucu dah sampai ni " Jawab nenek Hareyz di hadapan pintu kayu. Anna dan Nik terus melulu kearah nenek Hareyz dan menyalamnya.
"Mak cik, pak cik Sihat?" Tanya Anna.
" Sihat alhamdulillah. Ish muda sangat panggil mak cik, Pak cik. Panggil nek mah dengan atok je." Kata nenek Hareyz.
"Baik nek mah, atok."
"Haah ni jemput masuk, bilik tidur kamu nek mah dah siapkan. Meh meh haa lelaki tolong bawa beg anak dara ni masuk ye." Kata nek mah.
"Ehh mana acik nek. Beg mereka dah la berat macam nak duduk sebulan." Ngadu Hareyz yang tidak puas hati itu.
"Hang tak yah banyak bunyi. Hang angkut je." Nik yang mendengar kata nek mah itu terus bermuka bangga sambil menjelirkan lidah mengejek kearah Hareyz.
"Hareyz jangan banyak bunyi. Kau angkut sekarang sebelum atok kunci kamu kat luar." Atok pula berkata mengugut Hareyz yang masih berdiri tegak dengan keadaan protes dalam masa yang sama Kimi dan Mifzal sudah berjalan kearah atok dan menyalaminya.
"Ish ye la."
"Ni kamu semua dah makan ke? Kalau belum nek mah panaskan lauk." Tanya nek mah kepada mereka yang sedang duduk diruang tamu.
"Ehh tak payah nek mah susah susah je. Kami semua dah makan tadi kat rnr." Tolak pelawaan nek mah oleh Nik. Mereka yang lain mengangguk kepala tanda setuju dengan pernyataan Nik.
"Tak adanya susah. Kalau macam itu kamu semua rehat la ye. Kamu mesti penat jalan jauh. Bilik nek mah dah siapkan lelaki bilik bawah, perempuan bilik atas."
"Terima kasih nek mah."
"Sama-sama. Nek mah masuk tidur dulu ye. Atok kamu pun sudah mengantuk tu. kamu buat le macam rumah sendiri ye. Kalau nak minum ada tu haa dalam peti ais. Selamat malam, Assalamualaikum." Berlalu pergi nek mah masuk ke biliknya.
YOU ARE READING
LEFTENAN PENCURI HATI [OG]
RomanceSLOW UPDATE‼️ Ariana iris Seorang gadis hati batu dengan para lelaki yang mendekatinya. Yang Ada di hatinya adalah segulung ijazah dan selempang pink pada hari graduation dia nanti. Namun hati batu dia telah diketuk oleh jejaka di kg kawannya. Fay...