"Waalaikumusalam." Tutup panggilan tadi. "Haih budak bertuah ni." Mengeluh puan fara di ruang tamu.
"BAA!!"
"Oii pocot kau terbang!" Melatah puan fara sehingga terbaling telefon keatas.
"Gotcha." Tangkap telefon itu dengan cekap.
"Ish Abang ni terkejut saya. Tak boleh bagi salam ke wahai cik abang." Tampar puan fara pada perut Tuan wafi bapa Fayyadh yang berada dia belakang sofa yang diduduki puan fara.
"Sorry my wife. Nak gurau manja je." Bahu puan Fara dipeluk namun ciuman dilabuhkan di pipi kiri puan fara. Tangan tuan wafi diusap lembut.
"Dah tua pun nak manja bagai."
"Heyy siapa kata kita tua. Saya nak bagi adik kat Fay pun boleh lagi tau."
"Auch. Sakit la sayang." Dicubitnya tangan tuan wafi. Jari ketam puan fara memang merbahaya. Sekali hinggap boleh lebam. Kalah cik ketam.
"Jangan nak mengada. Ni tadi Fayyadh kirim salam. Dia tak dapat balik, cuti dia ditarik. Ada misi katanya." Ujar puan fara.
"Lah ye ke. Tak pe la abang nak cuddle dengan isteri abang je. Nanti dia balik jadi penyebok je." Seloroh Tuan wafi.
"Ish abang tak baik cakap macam tu. Tu anak sulung abang tau. Perangai pun macam abang." Tamparan kali kedua hinggap ditangan Tuan wafi.
"Sayang ni asyik pukul abang je, sayang tak sayang abang ke. Abang merajuklah Bye!" Muka sedih Tuan wafi dipamerkan meraih simpati. Dan terus berlalu pergi naik ke bilik.
"Eh abang janganlah merajuk. Alolo kesayangan saya ni. Abang!" Jerit puan fara di sofa ruang tamu.
"Cepatlah naik pujuk abang. Abang nak cuddle ni." Jerit pula Tuan wafi dari ruang atas. Puan fara mengeluh dan menaikki tangga menuju ke suami tergediknya. Tanpa pengetahuan mereka Ada seseorang sedang bersandar di muka pintu dan memeluk tubuh sedang memerhati sinetron mereka dari tadi.
"Haih tak hormat langsung orang single. Dah tua pun nak macam orang baru kahwin. Anak dah 2 masih tergedik gedik lagi. Ni haa anak dah balik pun tak perasan. Ni siapa nak masak dinner ni? Tak lain tak bukan diri kau la Fay. Kalau daddy kau dah nak bercuddle dengan mummy kau lebih kurang dah malam baru kuar bilik." Fay bermonolog seorang diri dihadapan muka pintu masuk. Sejak dia pulang dari kolej di sudah menjadi penonton drama mummy daddy nya. Naik berbulu matanya melihat mummy daddy nye berpeluk dan merajuk dari tadi. Dia bersyukur dapat mummy daddy yang sailing mencintai satu sama lain. Dan tidak pernah menyakiti sesama sendiri. Setiap hari perkara yang mencuit hatinya mesti terhidang di depan mata, Seperti tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedang Anna fokus dalam mereka design rumah yang telah diberikan tugasan oleh pensyarahnya. Walaupun tarikh penghantarannya lambat lagi, dia tetap ingin menyiapkan kerjanya dengan cepat. Sekarang melakukan kerjanya di perpustakaan dan dia memilih meja paling hujung bersebalahan dinding cermin yang memamcarkan pemandangan luar. Fokusnya terganggu apabila melihat suasana yang cerah kian menggelap dengan gumpalan kapas yang terlakar di langit. Gumpalan kapas yang memberat merembeskan titisan air menyembah bumi.
Anna mengelamun diluar dinding cermin itu melihat keindahan rahmat tuhan itu. Dia menatap hujan tu dan tersenyum nipis. Tanpa dia sangka hati dia begitu senang melihat hujan seperti ada juga yang sedang melihatnya melalui hujan ni. Sudah tentu dia membayangkan bakal suaminya yang turut melihatkan hujan dan mengingati dirinya walaupun tidak dia ketahui siapakah bakal isterinya begitu juga dia. Dia suka akan hujan dia ingin mandi hujan tapi bukan buat masa sekarang. Anna berhajat ingin mandi hujan bersama suaminya kelak. Mengapa Anna berhajat sebegitu kerana dia dan bapanya sering bermain ditengah hujan ketika dia kecil. Namun terhenti apabila kesihatan bapaknya yang makin merosot. Dia merindui kenangan itu dan Anna pasti akan mewarnai kenangan itu kembali bersama suami halalnya.
YOU ARE READING
LEFTENAN PENCURI HATI [OG]
RomanceSLOW UPDATE‼️ Ariana iris Seorang gadis hati batu dengan para lelaki yang mendekatinya. Yang Ada di hatinya adalah segulung ijazah dan selempang pink pada hari graduation dia nanti. Namun hati batu dia telah diketuk oleh jejaka di kg kawannya. Fay...