8.30 a.mAnna sekarang berumur 20tahun dan tengah menduduki semesta 4. Baju kemeja belang biru putih menjadi pilihan hati bersama seluar slack hitam. Baju itu di tuck in dalam seluar. Gaya Anna seolah pekerja office. Dia duduk di meja belajar untuk menghias wajahnya bermula dengan memakai moisturiser dan sunscreen. Kemudian Anna memakai foundation Maez code caramel dan concealer dibawah mata. Kuantiti yang dipakai oleh Anna sangat la sikit sehinggakan foundation dia masih boleh bertahan 2 tahun. Walaupun Anna semula jadi cantiknya tapi dia tetap memerlukan makeup untuk keyakinan dirinya. Sedangkan makeup yang dipakai masih tak ubahkan wajahnya yang asli. Sedang Anna memakai lipmate code brown dibibir dia akan teringat sesuatu.
"Ya Allah aku lupa nak kejutkan Nik" ujarnya dalam hati. Dia berjalan merapati katil Nik.
"Nik bangun woii sat gi kelas kul 9. Sekarang dah 8.30 pi bangun cepat. Dah Lah kelas miss Nadira Ibrahim kau nak kene kunci ke?"
"Hmm kejap kejap 5 minit." Nik sambung tidurnya yang masih kantuk itu.
"5 minit ye..." Anna tersengih jahat
"BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM.. YASSIN.." bergema telefon Anna dengan bacaan surah yassin.
"WEYY WEYY WEYY SAPA MATI WEY!" gelabah Nik bangun dari pembaringan.
"Lah hidup rupanya kau aku ingat kau dah nak mati lagi 5 minit."
"Astagfirullah alazim.. kurang hajo punya budak. Aku nak sambung tidur sekejap je!" Marah Nik sambil meramas rambutnya.
"Tak da tak da 5 minit. Pergi cepat mandi kau lambat aku tinggal. Aku malas nak join kau lepak depan pintu."
"Kau nak tau tak. Kau lah kawan tak boleh PAKAI ." Ujar Nik geram.
"Tak leh pakai ni juga lah kau cari nanti. Dah pergi mandi lah."
"Ish yelah." Turun Nik dari katil. Toiletries di ambil dengan gaya memberontak.
"Haah hentak kuat lagi kaki tu" jeling Anna pada Nik
Nik atau nama penuhnya NIK ELIQA BINTI NIK ELHAM, ini adalah rakan karib Anna bak kata orang putih BFF (bestfriend forever). Ye dia ada keturunan NIK atas dasar namalah. Nik ini seorang kawan yang masuk air juga dengan Anna. Mereka kalau bab membahan satu sama lain tak sah dalam sehari. Mereka berkawan sejak pertemuan pada perjumpaan bidang pengajian masing-masing pada semesta 1. Alkisahnya, Anna ingin mencari rakan sekelasnya bagi memudahkan dia menyoal soalan tentang jadual dan kedudukan kelas. Setelah 3 semesta bersama Nik, Anna telah mengeluarkan perangai sebenarnya yang kasar. Tidak betah juga Nik menunjukkan belangnya juga pada Anna. Hal itu membuatkan Anna lebih selesa berkawan berbanding dengan rakan perempuan sekelasnya.
Kebanyakkan semuanya control Ayu dan menggedik dengan lelaki. Itu yang membuatkan Anna menyampah dengan perempuan zaman sekarang. Lagi membuatkan hati Anna meluat melihat rakan sekelasnya bergurau bertepuk tampar tanpa jaga batasan. Segelintir classmate perempuan gelarkan Anna 'perempuan sombong' kerana Anna sering pamerkan wajah beku dan marah. Namun Anna seorang yang tidak makan dengan kata kata orang mengedahkan hinaan orang dan tetap buat halnya sendiri.
Nik dan Anna seorang gadis yang berpakaian biasa yang tidak tahu cara berfesyen. Oleh itu, mereka sering berdua kerana classmate yang lain hanya berkawan dan menegur apabila memerlukan pertolongan je. Namun tidak semua classmate perempuannya begitu, ada juga yang melayan mereka seperti biasa. Bagi Anna cukuplah Nik sahaja rakannya. Kerana dia agak serabut mempunyai rakan karib yang ramai. Sayangnya Anna pada Nik sehingga mereka memohon kediaman kolej sebagai rakan sebilik.
"Haih cepatlah Nik dah pukul 8.55 ni."
"Ye kejap nak tacap lipmate je lagi. Ok done jom."
Kasut sneaker putih menjadi pilihan Anna. Manakala Nik memilih sandal tumit rendah berwarna cream dipadankan dengan baju cream and seluar putih nya.
YOU ARE READING
LEFTENAN PENCURI HATI [OG]
RomanceSLOW UPDATE‼️ Ariana iris Seorang gadis hati batu dengan para lelaki yang mendekatinya. Yang Ada di hatinya adalah segulung ijazah dan selempang pink pada hari graduation dia nanti. Namun hati batu dia telah diketuk oleh jejaka di kg kawannya. Fay...