BUK.....
Terdengar kuat bunyi ketukan pada pintu kayu dapur nek mah mengejutkan mereka berempat termasuk nek mah. Nek mah yang melihat gerangan itu berkata panjang umur. Mereka bertiga yang melihat itu menelan air liur dengan kesat. Monster Nik dah bangkit. Itu yang mereka nampak apabila ada api kemarahan di mata Nik. Manakala Anna hanya berkerut muka menandakan dia marah.
"Korang baru bangun ke haa? Korang tahu tak sepatutnya kita buat kerja pukul 8 pagi tadi. Sekarang dan pukul berapa baru nak bangun." Marah Nik pada mereka bertiga. Nek mah terkejut dengan sıfat Nik yang garang itu. Setelah itu nek mah gelak mengejek pada mereka bertiga.
"Nek tolong kami nek." Rayu Hareyz yang gelabah seperti cacing kepanasan. Sangat seram dengan aura Nik sekarang ni seperti lion king.
"Maaf nek tak masuk campur." Nek mah melarikan diri naik ke atas rumah menuju ruang tamu.
"Sorry lah terlajak tidur." Kata Kimi itu.
"Sorry banyaklah kau. Sorry sorry naik lori lah." Marah pula Anna dibelakang Nik.
"Eh yang kau pergi ketuk pintu rumah nek aku kenapa. Roboh nanti macam mana." Marah Hareyz pada Nik men Cuba untuk menukar topik.
"Nek tak marah pun. Marah lagi depa Nik Anna." Menyampuk nek mah yang berada diatas. Hareyz yang dengar itu mengeluh pasrah.
"Haah dengar tu. Nek mah pun tak kesah yang kau bising apasal." Marah Nik lagi.
"Yelah yelah kami mintak maaf sebab terlajak tidur. Esok la kita start buat. Semalam penat sangat sebab tu terlajak." Pasrah Hareyz mengucapkan kata maaf.
"Tak Adanya esok baru nak start. Kami dah mula buat untuk sesi pagi punya. Korang buat 3 slot lagi ye. Bye." Kata Anna memeluk tubuh. Dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
"Wey korang nak pergi mana." Jerit Hareyz.
"Buat report. Korang punya part aku dah letak dalam group." Kata Anna yang ingin masuk ke bilik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ok done dah siap slot petang." Kata Mifzal yang baru sahaja selesai mengambil data tugasannya.
"Ok. Kau send kat Nik dia tengah edit tu." kata pula Anna yang sedang mengambil data - data itu untuk diisi di dalam report.
"Nik kat mana?" Tanya Kimi pula.
"Ada kat pangkin tepi sawah tu."
"Ouh. Kami duduk kat sana la boleh tolong Nik sekali." Cadang Kimi. Hareyz dan Mifzal setuju dengannya.
"Haah ok. Aku nak keluar jalan - jalan jap hirup udara petang." Anna terus menutup laptopnya dan mengemas. Dia perlulah jaga adab dirumah orang supaya Tuan rumah selesa dengan tetamu.
"Nak ikut." Minta mifzal.
"Eh tak payah aku nak call mak aku nanti. Bye." Kata Anna supaya me time dia tidak diganggu oleh orang lain. Tapi memang benar dia mahu telefon ibunya kerana dia belum memberitahu bahawa dia sedang membuat tugasan di kedah. Anna pun berlalu pergi ke dapur memberitahu nek mah bahawa dia ingin keluar. Nek mah pula sedang menyediakan makan malam itu membenarkan Anna keluar bersiar- siar.
Anna menikmati pemandangan kehijauan sawah padi itu. Sumpah dia rasakan ketenangan di sini. Dia sangkakan hanya bunyi dan bauan pantai mampu menenangkan dia namun udara segar dari tumbuhan hujan dan keheningan suasana membuat hatinya yang lelah kembali bersemangat. Anna berhenti di tepi jalan berdekatan sawah padi. Anna melakukan teknik pernafasan, breath in breath out menghirup udara segar. Setelah itu dia mengeluarkan telefon di poker seluarnya. Kenalan ibu tersayang di tekan dan mendail nombor itu. Selang beberapa minit kedengaran suara di sebalik telefonnya.
YOU ARE READING
LEFTENAN PENCURI HATI [OG]
RomanceSLOW UPDATE‼️ Ariana iris Seorang gadis hati batu dengan para lelaki yang mendekatinya. Yang Ada di hatinya adalah segulung ijazah dan selempang pink pada hari graduation dia nanti. Namun hati batu dia telah diketuk oleh jejaka di kg kawannya. Fay...