Ep 3

3 1 4
                                    

Kotak pakaian stokin ditenung. Jari telunjuk mengetuk dagu serupa memikirkan stokin manakah menjadi pilihan. "Ni atau ni hmmm." Soalnya sendiri.

"Kau dah kenapa termenung depan almari." Kata Nik yang baru lepas mandi itu.

"Kau rasa yellow or green?" Tunjuk Anna stokin berwarna kuning sebelah kanan dan hijau dikiri.

"Yellow."

"Cun cantik taste kau." Teruja Anna.

"Ni kau nak pergi mana?" Soal Nik lihat Anna sudah siap dengan pakaian t shirt hitam dan seluar bootcut sportnya.

"Jogging dekat tasik depan. Kau nak ikut tak?" Ujar Anna sambil menyumbat earpod ditelinga disebalik tudung bawalnya.

"Emm nope lebih baik aku tidur. I miss my bobo bantal." Nik memeluk bantalnya seerat nya.

"Ok la bye. Nanti malam kau tak boleh tidur jangan kacau aku pulak. Kau mintak akak tak sikat rambut tu teman kau. Pastu jangan lupa suruh dia baca buku sekali untuk kau. HA HE HE HE HE." Anna menyakat Nik dengan bunyi bunyi akak ponti itu.

"Eyy diam lah kau." Geram Nik dengan tingkah Anna dan dengan kekuatan tangan yang ada terbang lah bantal kesayangannya ke muka Anna.

"HAHAHHA PADAN MUKA. BYE!!!" Mencicit lari Anna dari kene baham singa yang confuse jantina tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

You made me insecure
Told me I wasn't good enough
But who are you to jugde?
When a diamond in the rough
I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else
Na na na na, Na na na na,
Na na na na, Na na na na,
Na na na na na
I'm no beauty queen
I'm just beautiful me
Na na na na, Na na na na,
Na na na na, Na na na na,
Na na na na na

- Who Says by Selena Gomez

Anna berjogging sambil mendengar lagu dari penyanyi kegemarannya. Dia sudah menghabisi 4 pusingan maka tinggal satu pusingan sahaja lagi. Tiba- tiba Anna merasakan sesuatu yang mengikutinya dari pusingan ketiga tadi. Namun dia endah kan je kerana ditasik tersebut ramai pelajar pelajar melakukan aktiviti riadah disitu malahan ada yang berdating sambil tengok kura-kura. Disebabkan itu Anna malas ingin mengambil kesah yang berada dipersekitaranya. Kerana dia rasa berbulu matanya tengok pasangan zaman sekarang jenis tidak jaga batasan.

Sambil laju Anna berlari, semakin laju juga orang yang mengikutinya. Anna dengan beraninya berhenti mengejut dan ingin melayangkan penumbuknya pada orang itu. Belum sempat buku limanya hinggap dimuka itu. Anna terkejut yang mengikutinya adalah mamat grab tadi. Mamat tadi mengangkat tangan melindungi mukanya daripada terkena tumbukan Anna.

"Eh kau mamat grab tu kan?" Soal Anna sambil menunding jari. Mamat itu membuka mata dan tersengih.

" hehe ye. Hi, Anna kan. Saya luqman."

"Kau ikut aku ni kenapa? Aku ingat penyangak tadi dah nak sampai buku lima aku. Nasib baik sempat break."

"Sorry la saya perasan awak jogging tadi, niat nak tegur tapi saya malu. Tapi saya nak tegur juga."

"Haa?"

"Ouh btw awak memang selalu jogging kat sini ke?"

"Hmm boleh lah kalau rajin adalah kat sini."

"Ouh I see. Saya pun kekadang jogging kat sini. Tak sangka pulak terjumpa jodoh kat sini." Sungguh ayat buaya di telinga Anna.

LEFTENAN PENCURI HATI [OG]Where stories live. Discover now