part 1<3

13 0 2
                                    

Awal pagi lagi seorang lelaki sudah duduk santai di balkoni bilik nya ,embun di pagi hari menambahkan lagi rasa sejuk yang membuatkan semua manusia masih di selimuti rasa mengantuk namun tidak pada lelaki ini .

Dia menikmati pagi nya dengan segelas kopi panas dan sebuah buku novel sambil menikmati bunyi hempasan ombak . Ya, rumahnya berada dekat dengan pantai kerana itulah dia amat suka meluangkan masa nya dia rumah lebih tepat di balkoni bilik nya.

"reza, mari tolong ibu sekejap" suara wanita tua yang bergelar ibu kepada lelaki ini memanggil nya,

dengan cepat lelaki itu membalas "baik ibu, sekejap tau" dengan lekas reza bangkit dari duduk nya untuk menjumpai ibunya. Belum sempat dia memulas tombol pintu Tingg! handphone nya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

"Rez please maafkan I,smpai bila u nak ignore i ni🥺" -marissa

Namun dia biarkan mesej itu tidak terbalas hati nya masih sakit dengan wanita yang bernama marissa itu,kaki laju melangkah menuju ke dapur "assalamualaikum ibu kesayangan reza" sapa reza sambil menghadiahkan ciuman di pipi ibunya. Puan Rosma atau dikenali sebagai ibu kepada reza tersenyum manis

"waalaikumsalam kesayangan ibu, boleh tolong ibu ?" reza memeluk ibunya dari belakang "tolong apa? nak beli something ke?"

"haah,tepung dah habis ibu baru nak buat cucur udang. Reza tolong belikan ibu tepung ye?" pinta Puan Rosma sambil menepuk pipi anak ketiga nya itu.

senyum manis dihadiahkan untuk ibunya "boleh tapi kena bagi reza kiss dulu" sambil menunjuk nunjuk pipi nya.

Puan Rosma hanya ketawa nipis melihat anak nya yang manja ini, satu ciuman berjaya mendarat di pipi reza membuatkan reza tersenyum lebar

" I'm on my way to beli tepunggg" teriak nya sambil berlari menuju bilik barangkali ingin mengambil dompet nya. Puan Rosma hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anaknya.

Selang berberapa minit ada suara yang menyapa "assalamualaikum cinta hati abang" ya, itu adalah suami Puan Rosma, Tuan Rauf.

"waalaikumsalam abang sayang" balas Puan Rosma kepada suami nya sambil mebancuh teh untuk minum pagi. Tuan Rauf Tersenyum lebar saat melihat isteri nya membawa nasi goreng kesukaan nya "Thank you cinta hati" ciuman di dahi diberi kepada Puan Rosma.

"EHEM!" reza berdehem apabila merasai menjadi orang ketiga di dapur itu. "pagi - pagi lagi dah ada drama sweet ni "ucap reza sambil jalan mendekati ayah nya di meja makan,

Tuan Rauf menjeling "sibuk lah, ibu kan istri ayah jadi sukahati ayah ler" muka seakan mengejek di beri kepada reza.

" ibuuu, tengok ayah ni" rengek reza pada ibunya apabila ayah nya seakan mengejek diri nya yang belum mempunyai 'istri' itu . Hal ini selalu terjadi membuatkan Puan Rosma hanya memekakkan telinga nya,

"gaduh lah kamu berdua sampai esok, cepat pegi belikan ibu tepung" reza melangkah lambat merajuk, kerana Puan Rosma tidak mahu memihaknya

"hmph takpe, nanti reza dah ada istri sendiri reza cuddle dengan dia depan ayah dan ibu hahaha" ucap reza sambil berjalan " hmmm bila lah agak nya tu" seloroh Tuan Rauf sengaja menguatkan suara nya apabila mendapati reza semakin jauh .

Sesampai di kedai reza cepat masuk dan mencari bahan yang dipinta Puan Rosma tadi. Bukk. Reza tidak sengaja melanggar seseorang hingga menyebabkan gadis itu terjatuh

"awh, maafkan saya encik" ucap gadis itu masih terduduk dan ralit mengutip kembali barang yang terjatuh. Reza hanya melihat

"lain kali hati hati la,ada mata kan? tak pakai ke?" soalan reza membuat kan gadis itu melihat ke arah nya

" saya mintak maaf dah kan, kenapa perlu cakap kasar macam tu" hal itu membuat kan gadis itu tidak puas hati kerana ucapan reza

" dah tu kau nak aku buat apa? berlutut mintak maaf?" seloroh reza menyebabkan gadis itu memicingkan mata nya

" pakcik ni memang xbelajar adab kan?" laju reza melihat sambil menjeling tajam ke arah gadis itu

" kau panggil aku apa tadi budak? pakcik? eh aku ni baru 24 tahun tahu?" gadis itu mencebik

" still older than me,cih PAKCIK KEREK" gadis itu berlalu pergi setelah selesai mengatakan ayat itu, reza seakan tidak berpuas hati dengan cepat mengejar langkah gadis tersebut.

"heh kau ni memang tak reti hormat orang tua ke?" soal reza

" kalau pakcik nak saya hormat pakcik, please hormat orang lain jugak if someone dah mintak maaf cakap lah elok elok" bidas gadis itu sambil menjeling tajam ke arah reza.

"wow! takguna cantik kalau tak reti hormat orang tua " ucap reza seakan mengejek gadis itu tetapi ayat nya itu di biar kan begitu saja kerana gadis itu sudah selesai membayar barang dan sempat melanggar bahu reza. Hal itu menyebabkan reza tidak puas hati tetapi gadis itu sudah menjauh..

"ibuu, ni tepung nyaa~" reza meletakkan tepung diatas meja . " morning bro" sapa razif adik kepada reza,

"morning ,ibu mana?" soal reza saat tidak melihat kelibat wanita itu "pergi jemur baju kat belakang, kau lama sangat ibu cakap" jawab razif

" tadi ada problem sikit" ucap reza , razif mengangkat kening nya membuat muka tertanya tanya "asal?" soal razif "adalatu tadi budak perempuan mana entah"ucap nya dengan nada geram.

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now