part 4

5 0 0
                                    

apabila merasakan dirinya diperhatikan amiza melihat Puan Rosma yang tersenyum manis melihat nya, amiza membalas senyuman itu walaupun dirinya rasa malu sekarang ini . amiza adalah seorang yang tidak biasa dengan keramaian kerana dirinya yang pemalu itu.

melihat ketidakselesaan cucunya itu nana mula bersuara "Rosma jangan lah pandang miza macam tu.kamu tengok ni dah merah muka nya" sambil ketawa apabila tahu cucunya itu sudah tertunduk malu. Puan Rosma juga tertawa

"kak milah tak cakap pun ada cucu cantik macam ni" puji Puan Rosma.

" dia ni baru je datang jumaat lepas,baru habis belajar itu yang tak pernah nampak tu" nana mengelus lembut kepala amiza kerana tahu dia tidak selesa dengan orang ramai. Puan Rosma mengangguk faham

" kamu sudah berpunya ke? siapa nama kamu?" lembut Puan Rosma bertanya sambil mendekati amiza ,

gadis itu melihat Puan Rosma apabila disoal begitu "a-amiza,saya belum ada kekasih" jawab amiza, hal itu membuat Puan Rosma tersenyum suka sambil menepuk tangan gembira," boleh lah saya kenankan dengan anak saya ya kak milah" ucap Puan Rosma gembira,

nana juga turut tersenyum melihat amiza dilayan baik oleh Puan Rosma "ikut kamu lah rosma,dia pun bukan kesah janji kak milah nak anak kamu layan dia baik" amiza hanya tersenyum manis.

  Tidak sampai beberapa minit, reza memasuki dapur kerana haus penat mengangkat barang yang diberi tetamu untuk anak buah nya, sungguh banyak. Alhamdulillah rezeki keluarga abang nya. semasa mengambil gelas mata reza terlihat seorang gadis yang amat dikenali nya. Ya, dia ingat gadis comel itu. Gadis itu juga terpandang ke arah reza dan tersenyum manis, sekali lagi senyuman itu membuat reza terpana.

kenapa saat amiza senyum kepadanya hati nya berdegup kencang , sedangkan bila dengan gadis lain dia seperti biasa sahaja, tidak merasakan apa apa dan saat melihat mata gadis itu dia rasa seperti pernah melihat nya tetapi reza tidak dapat mengingati nya . Puan Rosma yang perasan hal itu menarik reza

" inilah yang makcik nak kenankan dengan kamu amiza" Puan Rosma tersenyum lebar apabila orang yang hendak dia jodoh kan dengan amiza sudah datang sendiri.

Reza yang mendengarkan itu bertambah kaku dan melihat ibu nya sambil mengangkat kening nya membuat muka tertanya tanya.
Puan Rosma yang faham akan itu berkata

"kan ibu dah cakap yang ibu nak carikan kamu bakal istri. Ini lah dia, ibu sudah  berkenan dengan nya" lembut tutur nya sambil mengusap lengan anak nya itu.

Reza yang melihat amiza sedang tertunduk malu itu berkata "cepat nya jumpa bidadari untuk reza" sambil tersenyum manis ke arah amiza , gadis itu melihat reza juga tersenyum nipis kekok dengan situasi sekarang. " tapi ibu bagi lah masa kami berdua kenal mengenal dahulu" ucap reza.

Selepas selesai makan amiza lebih memilih untuk duduk di luar rumah kerana tidak selesa di dalam bersama nana nya ,dia tidak mahu menganggu urusan orang tua. "assalamualaikum" sapa reza apabila melihat amiza duduk sendiri, amiza yang melihat reza juga turut menjawab salam dan tersenyum. reza mengambil tempat di hadapan amiza

"buat apa sini sorang diri? taknak borak dengan ibu kat dalam?" soal reza apabila melihat semua di dalam dan hanya dia diluar .

"takpe la lagipun saya tak biasa dekat dengan ramai orang. malu" ucap amiza, reza hanya mengangguk faham sambil mata nya melihat kecantikan amiza . gadis itu perasan akan pandangan itu

" tak baik pandang anak dara orang macam tu"

membuat reza tersenyum nakal " kenapa takboleh pulak? kan pandang bakal istri sendiri jugak" sengaja mengusik amiza dia tahu gadis itu cepat malu apabila dipandang begitu.amiza menjeling tajam ke arah reza "yakin nya encik" reza tersenyum

" takpayah nak berencik encik dengan aku, panggil je reza or hubby " usik nya lagi . " of course lah yakin, pilihan ibu kot"

amiza yang mendengarkan ayat itu membuat muka. "tapi kita tak kenal each other" ucap amiza . Reza hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum nakal " lepas kawin kan boleh kenal sayang" dia sungguh suka mengusik gadis ini .

Amiza yang mendengarkan itu sudah gelabah, " saya nak masuk dalam dulu " laju langkah nya masuk kerumah, reza hanya ketawa melihat telatah amiza.

" she's kinda attractive " ucap reza melihat amiza yang sudah memasuki ke dalam rumah.

makan malam

apabila makan malam amiza dan nana duduk bersama di meja makan,setelah lama diam nana membuka mulut untuk bertanya "miza suka dengan keluarga reza?" soalan itu membuat amiza tersenyum "suka, ibu reza baik sangat dengan miza yang lain pun sama" jawab nya.

Nana mengangguk faham"jadi kamu dah sedia nak jadi menantu keluarga itu?" soal nana,
amiza memandang nana nya dan bersuara "nana suka ke kalau amiza kawin dengan reza?" soal nya kembali. Nana tersenyum manis

"tentulah suka,reza adalah seorang lelaki yang sangat baik . walaupun dia tidak ramah dengan gadis lain tapi dia menghormati orang yang tua dari nya"

amiza mengangguk dia dapat melihat itu reza sangat tidak selesa dengan gadis gadis yang mendekati nya tetapi bila dengan orang yang tua dia sangat ramah , bahasa nya juga sangat lembut, kerana itulah ramai gadis kampung ini tertarik dengan reza .

"kalau nana suka amiza setuju".

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now