PART 13<3

7 0 0
                                    

"abang, betul ke kita nak pergi honeymoon esok?" soal miza sebenarnya dia masih ragu sedikit, yalah baru sahaja plan tahu² esok sudah pergi. Reza yang sedang bermain phone nya hanya mengangguk. Amiza bergerak ke katil dan mendekati suami nya

"nanti kat sana kita pergi jalan² lepastu beli banyak barang okay? nak bagi nana jugak" ucap amiza sambil tangan nya bermain dengan pipi reza dan kepala dilentokkan di bahu reza. "Boleh sayang, nak beli mall kat sana pun boleh" seloroh reza sambil ketawa kecil, reza meletakkan phone nya di meja kecil di tepi katil dan menarik amiza untuk baring bersama dengan nya.

"kita pergi pantai boleh?" soal amiza teruja , reza yang sedang seronok bermain dengan rambut amiza menoleh, laju reza mengangguk tanda boleh.

"lagi nak pergi mana lagi?" soal reza melihat amiza yang seakan berfikir, amiza hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu dan amiza angkat dari baringnya.

"abang nak baby tak?" soal amiza tiba² sejujurnya dia dari tadi memikirkan hal itu selepas ibu menanyakan hal itu. Reza tersenyum manis, dia tahu isteri nya risau tentang hal itu. "Abang ikut sayang, yang mengandung tu kan sayang, abang tak boleh lah paksa sayang sesuka hati" ucap reza sambil bermain dengan jari runcing isteri nya.

"sayang nak baby" ucap amiza dengan nada yang sedikit kecil, sejujurnya dia mahu merasa ada anak sendiri, dia suka melihat anak Kak Alizah yang baru lahir itu. Reza yang dengar hal itu tersenyum nipis kerana isteri nya masih muda , dia juga ingin memiliki anak cepat² namun, dia tidak mahu memaksa.

"kalau ada rezeki kita dapat baby awal alhamdulillah, kalau tak kita boleh usaha lagi okay" ucap reza, amiza yang mendengarkan itu terus berkata " kita usaha lah dari sekarang", reza yang mendengarkan ucapan isteri nya itu tersenyum nakal, "ke sayang memang nak ni, guna alasan nak baby padahal nak abang belai dia yeeee" ucap nya sambil mengangkat kening nya berkali kali.

Amiza yang mendengarkan itu terus tersenyum nakal"abang nak ke?" soal nya sambil mendekati suami perlahan. "Abang on je" Reza yang sudah melihat amiza mendekati nya terus baring, "jom" ucap amiza.

"jom lah" reza yang mendengarkan ajakan isteri nya itu terus bangkit, namun tiba² amiza menarik duvet sehingga paras dada nya dan berkata "abang nak ke mana?" soal nya melihat reza bangkit.

"sayang kata 'jom' tadi, abang bangun lah dah ready ni" ucap reza polos.

Amiza yang mendengarkan itu terus ketawa "abang ni gatal ehh, sayang ajak abang tidur. Abang fikir apa?" usik amiza lagi, dapat dilihat wajah reza memerah akibat malu, haih itulah fikir lain lagi kan dah malu. Melihat hal itu amiza terus menarik suami nya untuk berbaring sama sambil ketawa kecil, sungguh comel reza dimata nya sekarang,pipi reza merah tidak kalah telinga nya juga turut sama memerah akibat malu.

Terus reza menyembunyikan wajah merah nya itu di ceruk leher amiza dan memeluk isteri nya itu. "sayang niiii, suka usik orang" ucap reza lalu digigit nya leher amiza, "AHHH ABANG NANTI MAKIN BANYAK LAH KESAN" jerit amiza apabila terkejut dengan tindakan tiba² reza itu.

" biar lah, abang tinggal kesan yang menandakan sayang ni milik abang seorang sahaja" ucap reza sambil tersenyum nakal, amiza yang dengar hal itu terus menjeling. "gatal betul pakcik sorang ni" ucap amiza, reza yang mendengarkan itu terus ketawa"heyyy pakcik ni dah jadi husband you tau" sambil menjeling manja isteri nya.

Amiza terus ketawa kecil, " sayang suka pakcik gatal ni" ucap nya sambil memeluk suami nya. "Dah tidur esok nak pergi honeymoon yeayyyy" ucap amiza dengan nada semangat.

Keesokan hari nya,

"sayang bangun, kata nak pergi honeymoon nanti lewat kena tinggal" ucap reza perlahan sambil mengusap lembut pipi amiza. "eunghhh lima minit lagi boleh, sayang ngantuk"ucap amiza dengan nada mengantuk dan mata nya masih tertutup rapat.

"no, bangun cepat kata semalam tak sabar nak pergi honeymoon dengan abang" ucap reza lagi, dia menarik lengan isteri nya perlahan dan mendudukkan amiza, mata gadis itu masih sama tertutup. Hal itu membuat reza tersenyum suka melihat tingkah amiza, sungguh comel.

"nak abang mandikan ke?" soal reza berbisik di telinga isteri nya, terus sahaja mata gadis itu terbuka dan amiza terus bangkit, " errr sayang mandi dulu ya, tunggu tau" ucap nya lalu pergi. Reza yang melihat itu ketawa, haih ada² sahaja isteri nya itu. "tadi bukan main mengantuk" ucap reza perlahan sambil menggelengkan kepala nya.

SKIP

"Nanti hati² tau kat sana, Reza jaga amiza. Dia ni bukan boleh lepas sekejap" ucap nana. Ya, sebelum mereka bergerak ke airport amiza mahu jumpa nana dahulu, kerana ingin mengambil barang nya yang tertinggal, "ish nana nii miza bukannya budak kecil lagi lah" ucap amiza sambil memuncungkan mulut nya

"Baik nana, saya jaga budak kecik ni baik²" ucap reza bergurau sambil mengusap lembut kepala isteri nya, selepas itu mereka bersalaman kerana tidak boleh berlama² nanti terlepas flight.

Sepanjang perjalanan ke airport amiza hanya diam namun muka nya memancarkan riak teruja, Reza yang duduk di sebelah nya tersenyum melihat amiza, dari awal perjalanan mata Reza tidak lepas memandang amiza, rasa seperti sedang diperhatikan amiza melihat suami nya, "abang kenapa pandang macam tu? kat muka sayang ada apa² ke?" soal nya bertubi tubi.

"takde lah, sayang just cantik sangat so my eyes can't stop looking at you, so gorgeous" ucap reza sambil mengemaskan kembali pegangan tangan mereka, Razif yang memandu di hadapan sudah membuat muka meluat mendengarkan ucapan Reza itu,

"Aih dulu bukan main, cakap tak suka lah itu lah ini lah. Sekarang bukan main lagi ehh" ucap razif menyindir abang nya. Reza yang mendengarkan itu terus melihat kearah cermin pandang belakang dan menjeling kearah razif, "sibuk je" ucap reza singkat.

"kalau amiza nak tahu ada orang tu dulu cakap ahhh aku tak nak bercinta lah siap cakap besar² pulak tu, sekarang ni tengok lah siapa yang melekat 24 jam dengan isteri dia huh" ucap razif, Amiza yang mendengarkan itu terus ketawa "iya?hahaha apa lah abang ni, itulah orang cakap jangan berlagak, nanti makan kata² sendiri"

Reza yang mendengarkan itu terus tersenyum malu. " Alah, itu kan zaman tak jumpa sayang" ucap Reza untuk cover malu.

Tidak lama selepas itu mereka tiba di airport. "Terima kasih sebab hantar kitorang zif" ucap reza.

Razif mengangguk " nanti balik jangan lupa bawa barang baik" ucap nya membuat reza dan amiza bingung, dia ada minta beli barang ke semalam?

" barang apa?" soal reza, mendengarkan itu razif tersenyum nakal "bawa anak buah comel² kalau boleh package kembar" ucap nya selamba. Mendengarkan itu terus muka amiza memerah, reza pula tersenyum nakal
"Alah no worries, aku ni lelaki sejati" ucap nya sambil melihat ke arah amiza sambil mengangkat kening nya berkali kali.

Melihat hal itu amiza terus memandang ke arah lain, wajah nya sudah merah seperti tomato.

"okay lah kitorang gerak dulu, assalamualaikum" ucap reza dan amiza lambai ke arah razif, namun cepat² ditarik tangan nya oleh reza. Jealous. Amiza hanya bingung dan mengikut Reza sambil berpegangan tangan bersama suami nya.

"cih, jealous lah tu" ucap razif sambil ketawa melihat telatah abang nya.

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now