part 9

4 0 0
                                    

"Ramai nya hari ni, selalu takde pulak ramai macam ni" ucap amiza melihat orang² di masjid. Nana yang melihat amiza seperti ragu² tahu cucunya itu tidak suka keramaian, tetapi ini kan masjid tambah lagi ada program jadi mahu tidak mahu harus masuk juga. "kalau rasa tak selesa, jangan jauh² dari nana ya nanti tak pasal² kamu lesap." mendengarkan itu membuat amiza gelak "takpe amiza okay je lah nana" sambil menggosok lengan nana nya.

"kamu cari apa?" soal nana melihat cucunya seperti mencari sesuatu, amiza menoleh ke arah nana "miza cari Miko sebab tadi tak sempat nak bagi makan dia, mesti dia lapar" sambil menunjuk makanan kucing yang dia bawa untuk miko. Nana sudah menggelengkan kepala "ada tu, cuba cari dekat tepi tangga selalu nya miko duduk situ" balas nana mendapat anggukan dari amiza.

selesai sahaja program amiza terus mencari miko, "ha, tu dia" dengan cepat kaki melangkah ke arah tangga. Benar kata nana miko ada di sini, "hi miko, mesti awak lapar kan" tetapi baru saja mahu memberi makanan amiza melihat pinggan miko masih ada makanan, seperti tidak disentuh miko kerana ikan rebus itu masih elok.

" kenapa miko tak makan, nanti lapar tau"melihat miko yang sudah duduk di riba amiza , tiba² dia dapat menghidu bau perfume yang sungguh dia rindu ini. Bau perfume reza. Perlahan kepala amiza angkat untuk melihat dan ya, reza berada dekat nya patut lah kuat bau reza di sekitar amiza. Seperti nya reza termenung melihat nya. senyuman sinis terukir dibibir

"seronok ke pandang anak dara orang macam tu pakcik" melihat reza masih diam terus disoal kembali "dah takde kerja sampai pandang orang macam tu sekali?"senyuman sinis masih terukir dibibir nya. Tetapi di dalam hati nya sungguh gembira kerana dapat melihat reza lagi. Tapi harus di control wajah nya tidak mahu menunjuk diri nya sungguh beria.

Dalam masa yang sama amiza perasan, "kenapa dia macam tak ingat aku?" ucap amiza  dalam hati nya, dan benar perasaan nya reza tidak ingat akan diri nya, terbit rasa sedih tapi dia tidak boleh mengalah kerana dia sudah janji mahu menikah dengan reza .

Amiza cuba sehabis baik menahan rasa sedih dengan mengukir senyuman manis, sudah tentu lah reza tidak mengingati nya mereka berjumpa hanya beberapa kali dahulu dan itu sudah 12 tahun berlalu, tetapi kenapa dia masih ingat reza. Mendengar sahaja bunyi laungan adzan amiza pun berkata "hm,kalau macam tu saya pergi dulu dah masuk waktu" lagi pun dia tidak selesa jauh dari nana.

Selepas balik dari masjid, amiza membantu nana nya menyusun biskut ke dalam balang untuk  di bawa ke majlis esok, dengar kata menantu Tuan Rauf mengidam mahu makan biskut buatan nana, namun amiza tidak tahu yang Tuan Rauf itu adalah ayah kepada reza.

Keesokan hari nya,

"nana,siapa Tuan Rauf ni? diorang buat majlis apa?" soal amiza kerana dia tidak mengenali siapa gerangan orang yang bernama Tuan Rauf. "Tuan Rauf ni adalah suami kepada Puan Rosma,dia merupakan seorang pemegang syarikat terbesar di Malaysia tapi sekarang giliran anak nya pula, tak silap nana anak nombor 3 segak orang nya, bahasa pun lembut saja ditutur kan oleh nya. Sesuai untuk kamu kalau kamu mahu" gelak nana suka "harini majlis kesyukuran, anak sulung nya telah menimang cahaya mata ke dua" ucap nana lagi

Amiza yang mendengarkan itu hanya senyum nipis "tapi aku nak kawin dengan reza" ucap nya dalam hati. Sesampai sahaja di rumah yang dituju mereka baru saja ingin membuka pintu belakang untuk mengambil biskut tiba² ada suara seorang wanita dia menghalang mereka dari membawa biskut itu dan menyuruh anak nya yang bawakan. "hm, macam pernah nampak wanita ini, tapi dekat mana eh?"soal amiza dalam hati nya

wanita itu menarik mereka masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur untuk makan.Sungguh ramai orang di ruang tamu jadi beberapa orang duduk di dapur bersama Puan Rosma. Amiza dapat mendengar pujian dari makcik² yang ada disitu tidak lain tidak bukan tentang mata nya, ada juga yang sempat mengelus lembut kepala amiza dan memuji amiza. Hal itu membuat amiza kekok, lagi² apabila di tanya pelbagai soalan dari Puan Rosma.

Tidak sampai beberapa minit dia dapat melihat seorang lelaki masuk ke dapur dan terus mencapai gelas yang berada disitu, barangkali anak tuan rumah kerana gaya nya seperti sudah terbiasa jika tetamu pasti dia akan menanyakan di mana itu dan ini. Namun apa yang membuat amiza tertarik ada lah bau perfume yang dia kenal ada pada lelaki itu.

"reza ke?" ucap amiza di dalam hati, tidak sampai beberapa saat lelaki itu memusing kan tubuh nya dan pandangan mereka bertaut. Amiza sudah tertunduk malu apabila melihat reza tersenyum manis padanya, padahal semalam bukan main kasar dia dengan amiza. Tidak sangka yang amiza sekarang berada dirumah first love nya. Reza nampak kacak berbaju melayu warna biru, sama warna dengan baju kurung yang amiza sedang pakai sekarang.

Amiza bertambah malu apabila ibu reza berkata dia mahu menjodohkan mereka berdua, reza kelihatan tidak keberatan malah dia memandang amiza dengan senyuman nakal nya sambil mengangkat kening nya berkali kali.
Selesai saja makan, amiza memberitahu nana untuk mengambil angin di luar . Amiza memilih untuk duduk di meja batu di taman rumah itu.

Tidak sampai beberapa minit ada suara memberi salam, amiza terus memaling kan kepala nya dan tersenyum. " buat apa sini sorang diri? taknak borak dengan ibu kat dalam?" soal reza. "takpe la lagipun saya tak biasa dekat dengan ramai orang. malu" ucap amiza.
Melihat reza termenung ke arah nya membuat amiza bertambah malu, dia tidak boleh apabila mata coklat terang itu melihat nya, rasa ingin tercabut jantung nya.

Dan dari situ lah baru dia kenal reza ini siapa.Sejak dari itu dia mahu reza ingat tentang nya ,dia akan usaha jika reza tidak ingat.

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now