part5

4 0 0
                                    

dua minggu telah berlalu , keluarga amiza pulang ke kampung setelah mendengarkan berita gembira dari nana, sebenarnya Puan Rosma hendak masuk meminang amiza tetapi mereka tidak memberi tahu hal itu kepada gadis itu. Oleh kerana hal itu amiza hairan keluarga nya tiba tiba sahaja pulang ke kampung kerana dia tahu ibu bapa nya itu sibuk.

" mama dengan babah bukan busy ke?" hairan dia sebab dua hari lepas dia telefon mama nya itu mereka mengatakan masih sibuk. Puan Saliha memberikan senyuman manis " takkan lah mama tak datang waktu bahagia amiza ni"

kata kata itu buat amiza tambah bingung. Bahagia?

Tuan Zamir yang melihat anak daranya itu bingung menarik nya masuk ke rumah "semua dah bincang kamu je tak tahu" ucap tuan Zamir sambil mencium kepala anaknya itu menambahkan lagi rasa bingung.

Esoknya, semua orang sibuk menyiapkan hidangan. Amiza yang disitu melihat hairan "ada apa hari ini? hari jadi nana lambat lagi, tapi kalau hari jadi nana kenapa aku yang orang suruh pakai cantik cantik?" pusing kepala nya.

Mama nya yang melihat anak daranya sedang duduk bingung tersenyum manis dan mendekati amiza "anak mama dah ready?" amiza pandang mama nya " ready apa?" mama nya hanya senyum kepadanya

" nanti amiza tahu ya" sambil mengusap kepala amiza.

Tepat setelah semua nya siap, mereka mendengarkan ada salam yang diberi amiza dan yang lain pergi ke ruang tamu, dapat dilihat Puan Rosma dan keluarga nya yang lain turut ada " masuklah panas kat luar tu" jemput Tuan Zamir sambil bersalaman dengan Tuan Rauf, Puan Rosma pula menyalami Puan Saliha dan nana dapat dilihat juga beberapa orang membawa dulang yang cantik dihiasi. Ramai juga yang datang tetapi hampir semua amiza sudah pernah nampak semasa majlis dirumah Puan Rosma .

Setelah semua duduk ditempat masing masing amiza masih bingung, kenapa mereka datang? Tuan Rauf mula bersuara

"kami datang ke sini ada hajat yang besar , saya rasa Tuan Zamir sudah tahu namun biarlah saya beritahu lagi agar yang tidak tahu menjadi tahu" sambil memandang amiza dia tahu amiza sedang bingung.

Tuan Zamir mengangguk "apa hajat nya? kerana disini masih ada yang bingung akan kehadiran semua orang disini" ucap tuan Zamir juga sambil melihat amiza yang sedang hairan kerana menjadi perhatian dua orang itu.

"Hajat kami bawa sangat besar, dan kami ingin meminta izin penjaga taman bunga ini . kami ingin memetik bunga ditaman ini untuk tuan reza kami". Amiza yang mendengarkan nama itu perlahan-lahan mula faham maksud mereka.

Tuan Zamir pula bersuara "alangkah elok kita bertanya 'bunga' itu sendiri, adakah dia mahu dipetik dan menjadi 'bunga' kesukaan tuan reza."

  semua mula melihat ke arah amiza yang sudah tertunduk malu apabila dipandang oleh ramai mata . Puan Rosma bertanya " amiza nak tak jadi suri hati anak ibu?" amiza mula memandang ibu reza yang disebelah nya itu tersenyum malu dengan perlahan-lahan dia mengangguk tanda terima.

semua yang berada dirumah itu mengucap syukur kerana bunga mahu dipetik. Cincin cantik diambil Puan Rosma dan perlahan-lahan mengambil tangan kecil gadis itu lalu di sarungkan ke jari gadis itu. Lalu amiza menyalami Puan Rosma. semua yang berada disitu gembira melihat senyuman manis amiza, risau juga mereka jika amiza menolak namun alhamdulillah semua nya berjalan lancar.

Puan Saliha memberikan ciuman hangat di pipi anak nya itu. Selesai sahaja satu sesi itu, semua orang dijemput makan semua yang berada disitu sudah tidak sabar untuk mengisi perut ada juga yang berborak, rumah nana menjadi riuh lagi lagi dengan suara para bapa bapa seronok berborak.

Amiza sedang berada dalam bilik untuk berehat sekejap, rasa berdebar masih belum hilang tiba tiba Ting! bunyi handphone amiza menandakan ada mesej yang masuk cepat amiza mengambil dan nombor yang tidak dikenali namun mesej itu membuat amiza tersenyum manis

"assalamualaikum my bunga<3
Terima kasih sebab dah sudi jadi bunga di hati aku <3"

tahulah dia bahawa itu reza,mungkin dia mendapatkan nombor amiza dari Puan Rosma . amiza membalas mesej yang dikirim reza

"kenapa tak datang? tak nak tengok bunga awak ni ke? :/"

Disisi lain reza tersenyum gembira apabila menerima mesej dari amiza

"sibuk, lagipun nanti lepas kawin pun boleh tengok bunga aku ni puas puas heheh😏❤️‍🔥 "

lepas sahaja amiza membaca mesej itu dia dipanggil dan mereka menamat kan perbualan itu .

sejak dari hari itu amiza dan reza sibuk untuk menguruskan majlis pernikahan mereka

"awak cantik tak baju ini pada saya?" reza yang mendengarkan soalan itu terus melihat, jujur dia terpana dengan kecantikan amiza,

gadis itu melihat reza diam pun bertanya "tak sesuai ke?" reza sedar dari lamunan nya tersenyum manis "hmm risau pulak nanti orang culik kau sebab cantik sangat" amiza sudah tertunduk malu dengan perkataan reza itu.Pekerja butik juga sudah tersenyum suka melihat pasangan tersebut.

selepas sahaja membeli baju mereka berdua menuju ke kedai makan.

"kenapa kau pilih aku? padahal first time kita jumpa kita bergaduh?"

amiza tersenyum mendengarkan soalan itu.

"awak tak ingat ke?" Reza bingung dengan soalan amiza itu ,dia ada terlupa sesuatu kah?.

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now