part6

1 0 0
                                    

FLASHBACK

"Reza!!" teriak seorang budak lelaki memanggil reza yang sedang berjalan menuju ke perpustakaan, "hm, kau nak apa hariz?" tenang sahaja reza menjawab. Hariz masih lagi kepenatan kerana berlari.

"kau tahu tak ada budak baru pindah ke kampung kita ini" ucap hariz yang masih lagi kepenatan,

reza yang tidak tahu atau lebih tepat tidak peduli hanya menjongket bahu nya."kenapa aku nak ambil tahu tentang itu?" reza membuat muka tertanya tanya, hariz mengeluh

"mana lah tahu kau juga nak tahu tentang ini, aku nampak ada sorang budak perempuan yang comel tadi" hariz tersenyum manis mengingati wajah budak perempuan itu.

reza yang mendengarkan itu hanya mampu menggelengkan kepala,hariz ini kalau boleh semua perempuan dia minat .

sampai sahaja mereka di perpustakaan,reza segera mencari bahan bacaan.Reza amat gemar membaca bagi nya hal itu sungguh menenangkan dirinya,reza juga tidak suka bergaul dengan bukak perempuan kerana hal itu sungguh bosan tetapi pada saat itu hati reza sedang menyukai seorang budak perempuan iaitu marissa dia adalah anak kepada sahabat ayahnya Tuan mazlan.
  sedang ralit reza membaca dia tidak menyedari yang waktu sudah berlalu terlalu lama ,hariz? sudah tidur kerana tidak meminati tentang membaca.

Semasa jalan pulang, reza melihat ada seorang budak perempuan sedang duduk di tepi padang. Hairan hari sudah petang kenapa dia masih disitu dan reza cuba mendekati nya tinggal dua langkah lagi reza berhenti kerana dia mendengar suara tangisan dari budak perempuan itu.

"assalamualaikum, kenapa kau nangis?"

budak perempuan itu terkejut akan kehadiran reza, dia melihat kearah reza dan berkata

"saya jatuh, lepastu miko masuk dekat longkang tu"

sambil jari nya menunjuk kearah patung yang sudah didalam longkang itu,reza juga turut melihat ke arah yang sama.

"tak perlu lah menangis, ni pegang buku aku biar aku tolong kau ambil patung kau"

budak perempuan itu seakan tidak percaya "boleh ke awak masuk dalam longkang tu ,kan kotor" reza hanya menjeling malas

" kau nak patung kau tu balik ke tidak?" soal reza tegas, budak perempuan itu mengangguk perlahan . "jadi, jangan banyak songeh" ucap reza tanpa berlengah masa lagi reza masuk ke dalam longkang itu.

"terima kasih sebab dah ambil miko" ucap budak perempuan itu "nama awak siapa?" soal nya ,reza yang memandang budak perempuan itu menjawab singkat "reza"

namun apa yang membuatkan reza terdiam ialah apabila dia melihat mata budak perempuan itu sungguh cantik sehingga membuat muka budak perempuan itu seperti patung. "cantik mata kau" puji reza tanpa sengaja, budak perempuan itu tersenyum manis dan hal itu membuat reza semakin terpana.

" takpelah saya balik dahulu. Terima kasih sebab dah sudi tolong saya"

budak perempuan itu berjalan pulang dan reza masih disitu kerana masih kaku melihat kecantikan nya. cepat cepat reza membuang pemikiran itu kerana bagi nya mereka jauh beza dari segi umur reza sekarang berumur 12 tahun tapi dia tidak tahu umur budak perempuan itu.

satu minggu kemudian.

"hariz,kau nak teman aku pergi perpustakaan tak?" soal reza , waktu itu mereka sedang duduk di depan kantin mak limah. hariz yang mendengarkan itu berkata "kalau aku tak teman kau ,aku nak kemana dengan kau jelah aku selalu nya. tak payah tanya pun aku ikut" reza mengangguk faham sambil menghabiskan ice cream di tangan.

"assalamualaikum, hai reza" sapa seseorang,

apabila reza melihat, ya. itu adalah  budak perempuan yang ditolong nya minggu lepas "waalaikumsalam, hm kau nak apa?' soal reza acuh tak acuh,

"saja dah lama tak tengok awak dekat perpustakaan " ucap budak perempuan itu sambil tersenyum manis, reza dengan cepat mengalih kan pandangan nya ke arah lain ,tidak dapat melihat kecantikan budak perempuan itu,jika dia lihat pasti jantung nya berdegup kencang.

"suka hati aku lah nak pergi atau tidak bukan menganggu kau pun" ucap reza sebenarnya dia sedang menahan rasa berdebar yang semakin kuat. " jomlah hariz, dah lambat ". mereka beredar begitu sahaja membuatkan budak perempuan itu sedih.

"weyh,kenapa kau layan dia macam tu?" soal hariz

"lepastu kau nak buat apa? main kejar- kejar dengan dia?" ucap reza,

hariz sudah terbiasa dengan sikap reza hanya mampu menggelengkan kepala. Pada petang itu reza baru balik dari bermain bola sepak, sekali lagi dia melihat budak perempuan itu ditepi padang sedang duduk sendirian, tanpa membuang masa reza mendekati nya.

"kau buat apa kat sini sorang diri?"

gadis itu melihat reza dan tersenyum manis" takde apa ,saja ambil angin. kenapa? takboleh ke?" mendengarkan itu reza terus mengambil tempat di sebelah nya

" umur kau berapa?" soal reza"tujuh tahun" jawab budak perempuan itu singkat "awak pulak?" soalnya kembali .

" dua belas tahun " reza menjawab entah kenapa dia suka melihat mata budak perempuan itu, sungguh menarik perhatian reza .

" saya suka kat awak" dengan tiba tiba sahaja budak perempuan itu bersuara.

Reza yang mendengarkan itu menjongket kening nya " kena fikir masak-masak dulu sebelum keluarkan ayat tu dari mulut kau" ucap reza.

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now