part 8

4 0 0
                                    

FLASHBACK

"nana buat apa tu?" soal amiza melihat nana nya sibuk di dapur, amiza terus memeluk  nana nya dari belakang. sudah seminggu dia tinggal di kampung namun belum pernah dia keluar ke mana mana , amiza lebih suka duduk di rumah .

" nana nak buat biskut red velvet, nanti ada majlis dekat rumah encik Rauf" ucap nana sambil menyediakan bahan.

amiza hanya meng-oh kan sahaja kerana dia tidak kenal banyak orang di kampung ini. "nak miza tolong ke nana?" soal amiza sambil mengambil air minum di dalam peti sejuk, haus.

nana melihat amiza dan melihat kembali bahan ,di lihat nya satu² bahan "Hmm, rasanya ada yang tak cukup ni" ucap nana, dilihat nya kembali amiza yang sedang focus menuang air untuk nya.

"miza tolong nana beli bahan ni boleh? ada yang tidak cukup" soal nya .

Amiza mengangguk tanda setuju lagipun dia mau juga sekali sekala keluar walaupun dia tidak biasa. Saja, ambil angin segar daripada terperap di dalam rumah.

Di kedai,

"hm,ni ke untuk buat biskut? patutlah biskut aku takpernah jadi rupanya takda bahan yang ni. Ish ish ish miza²" gumam nya perlahan.
selesai dia memilih bahan amiza baru sahaja memusing kan tubuh nya tiba²,Bukk.

"awh.maafkan saya encik" terus tangan nya mengutip kembali bahan yang jatuh nasib tak pecah. Namun dia tidak melihat ke arah lelaki yang dilanggar nya. Lelaki itu juga hanya diam sebentar dan tiba² bersuara "lain kali hati² la,ada mata kan? tak pakai ke?" soal lelaki itu kasar.
Hal itu membuat amiza terhenti dan terus mengangkat muka nya melihat wajah lelaki itu . "reza?" ucap nya didalam hati nya , terus amiza bangkit dari jatuh nya tadi dan berkata

"saya mintak maaf dah kan, kenapa perlu cakap kasar macam tu" ucap amiza, lelaki itu masih sama, kasar tapi sekarang makin kasar . reza juga tidak mahu kalah " dah tu kau nak aku buat apa? berlutut mintak maaf?". Hal itu membuat amiza geram apabila reza seperti tidak peduli padanya.

" pakcik ni memang xbelajar adab kan?" kata² yang diucapkan amiza menarik perhatian reza, dia paling pantang orang memanggil nya 'pakcik' walaupun sudah ada 2 orang anak buah,hanya mereka boleh memanggil nya begitu.
  Dalam tidak sedar amiza gembira kerana berjaya jumpa kembali 'first love' nya. kerana lelaki ini lah dia kembali ke kampung dan kerana lelaki ini juga dia tidak peduli dengan lelaki lain yang merayu untuk menjadi kekasih nya , sengaja amiza memanaskan lagi hati reza. kenapa? rindu.

" kau panggil aku apa tadi budak? pakcik? eh aku ni baru 24 tahun tahu?"  ucap reza tidak puas hati . Wah gadis di depan nya ini sungguh mencabar iman nya. amiza memberikan senyuman sinis

" still older than me,cih PAKCIK KEREK",dengan berani amiza mengatakan hal itu lalu berlalu pergi.

reza yang sudah geram menggepalkan tangan nya sehingga urat nya terlihat dia sungguh mencabar reza. dia mengejar langkah amiza
"heh kau ni memang tak reti hormat orang tua ke?" soal reza dia sedang menahan rasa marah nya, lagi² yang melawan nya sekarang ini nampak muda dari nya.

Amiza yang dengar itu seolah olah mahu mencabar nya lagi

" kalau pakcik nak saya hormat pakcik, please hormat orang lain jugak if someone dah mintak maaf cakap lah elok²" puas dia melihat muka reza yang sedang menahan marah.

"wow! takguna cantik kalau tak reti hormat orang tua " Amiza tahu dia menyindir tetapi amiza tidak termakan dengan kata² itu . Dengan berani lagi dia membiarkan sahaja tidak terbalas dan berlalu pergi kerana tidak mahu berlama lama dengan encik first love nya, banyak bahan yang belum lengkap harus dia cari di tempat lain. Sempat dia melanggar bahu reza mahu memarakkan lagi api kemarahan lelaki itu.

Skip sampai di rumah
"huhhh, penat nyaaa" kata amiza sambil meletakkan barang di atas meja dengan berhati hati. 

"nana, amiza dah beli barang ni" ucap nya . Tidak sampai lima minit nana masuk ke dapur baru habis selesai solat zohor, melihat cucunya penat terus dia berkata

"dah,pergi solat lepastu rehat. petang nanti ada program dekat masjid ikut nana ya". amiza hanya mengangguk faham dia suka pergi ke masjid kerana dia boleh berjumpa dengan miko, kucing peliharaan orang di masjid itu .
amiza terus naik ke bilik untuk menunaikan solat zohor dan rehat . Kepala tidak habis memikirkan kejadian tadi membuat dia tersenyum suka. Encik first love, kita jumpa lagi.

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now