part3

3 0 0
                                    

gadis itu bangkit dari duduk nya dan tersenyum manis,

" amiza, panggil saya amiza."

senyuman gadis itu membuat reza terpana, sungguh manis senyuman nya. Muka reza sudah merah membahang. " how about you?" soal gadis itu apabila reza tiba tiba diam kembali. "ehem, reza. You can call me reza" apabila sudah sedar sambil menggosok belakang leher nya,malu.

"hm,kalau macam tu saya pergi dulu dah masuk waktu"

ucap amiza apabila mendengar laungan adzan,lagipun tidak elok jika mereka berdua duaan disitu. "oh, o-okay" balas reza, kenapa bila dia melihat gadis itu hati nya berdegup kencang? dah jatuh cinta kah? reza terus menggelengkan kepala membuang pemikiran itu, dan terus kaki nya melangkah masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat isyak.

makan malam

"reza, bila nak bagi ibu menantu? ibu tak sabar nak tengok anak ibu yang sorang ni naik pelamin" ucap Puan Rosma membuat reza terbatuk,cepat cepat Puan Rosma menghulurkan air kepada nya.

selesai minum air yang diberi reza rasa sedikit lega,

"ibu ni,kan reza dah cakap yang reza taknak bercinta dahulu, hati ini masih sakit lagi"

kata kata reza membuat Puan Rosma mengeluh.

"sampai bila reza nak macam ni, ibu teringin nak tengok reza bahagia dengan istri sendiri. Yang lepas biar lah lepas,lupakan dia cari yang lebih baik."

ucap Puan Rosma, reza hanya diam tidak membalas apa apa, sebenarnya dia sudah pun melupakan benda yang lepas itu tetapi hati nya masih terluka dan susah untuk percaya mana- mana wanita.

Melihat anak nya diam Puan Rosma berkata
"kalau ibu yang carikan kamu bakal istri nak?"
soalan ibu membuat reza tersenyum nipis dan mengangguk,

sekarang mungkin masa nya untuk dia buka hati nya kembali dan dia yakin pilihan ibunya yang terbaik.

Disisi lain, amiza yang santai duduk bersama seorang wanita tua di ruang tamu, mereka berdua sedang menyiapkan biskut untuk dibawa ke majlis esok. sedang amiza ralit memasukkan biskut red velvet itu ke dalam balang tiba tiba wanita tua itu bersuara,

"kamu bila nak ada teman lelaki miza?"

soalan dari wanita tua itu membuat amiza terhenti dari aktiviti nya tadi, dia melihat kearah wanita tua itu sambil tersenyum."amboi nana kenapa,dah bosan tengok miza single?" tawa amiza apabila disoal begitu.

wanita tua atau dikenali sebagai nana iaitu nenek amiza menggelengkan kepala
"takde lah tapi daripada kamu selalu luangkan masa dengan miko di tepi tangga masjid lebih baik mencari buah hati" sambil mencuit tepung di muka amiza hal itu membuat amiza ketawa.

" Insya Allah, nanti miza fikir pasal tu. Yang penting sekarang miza dapat spend time together with nana" kata-kata dari amiza membuat nana tersenyum manis.

"nana nak tengok kamu naik pelamin, nak tengok kamu ada anak dengan suami kamu,nak tengok cucu nana ni gembira. Nana dah tua, nana risau tak sempat", ucap nana. Hal itu membuat amiza terdiam dan melihat nana yang sedang menguli doh,

"kalau miza nikah tahun ni jugak, nana happy?"
soal amiza, dia tidak mahu mengecewakan nenek nya itu dia mahu menghabiskan masa bersama nana selagi ada masa .

" mesti lah nana happy dapat tengok cucu kesayangan nana ni dah tak single" ucap nana mengundang tawa pada amiza.

" nanti miza cari bakal suami yang baik sangat" sambil tangan nya menyumbat biskut itu kedalam mulut nya , sudah dari tadi dia menahan diri dari tidak memakan biskut itu. Nana hanya ketawa melihat telatah cucunya itu .

Keesokan hari nya,

sesampai sahaja amiza dan nana nya di rumah yang mengadakan satu majlis mereka keluar kereta dan membuka pintu belakang untuk mengambil biskut yang siap didalam balang. tidak sampai 1 minit ada suara yang menyapa

" eh,kak milah tak payah lah susah susah angkut balang semua tu biar anak bujang saya yang tolong ambil kan ha"

laju sahaja Puan Rosma menghalang kak milah dari mengangkut semua balang , sudah ada razif datang untuk membantu mereka membawa biskut biskut itu masuk "kak milah dah tolong buatkan, biar anak saya yang bawa masuk semua tu. Jom masuk kita makan " amiza yang berada disitu juga ditarik masuk ke dalam rumah.

Ya, Puan Rosma membuat majlis sempena kelahiran cucu kedua nya anak kepada anak sulung nya rafiq, rizwan pula bakal menimang cahaya mata pertama nya dalam beberapa bulan lagi.

Masuk sahaja ke dalam rumah mereka dapat melihat ramai orang kampung juga sedang duduk berbual ,ada yang melihat lihat anak teruna Puan Rosma, hendak dijadikan menantu agaknya.

beberapa mata melihat amiza dan nana nya yang sedang berjalan menuju ke dapur kerana dibawa oleh Puan Rosma, lebih tepat memandang amiza ,dia tersenyum manis apabila tetamu disitu melihat nya sambil tersenyum sampai sahaja didapur amiza dan nana dihidangkan makanan hal itu membuat mereka berdua segan kerana Puan Rosma sungguh melayan mereka dengan baik.

Puan Rosma tidak berhenti melihat amiza yang sedang duduk rapat dengan nana nya, sungguh tidak dapat dinafikan mata amiza yang cantik itu menarik perhatian orang ramai dan Puan Rosma juga. Dia sungguh berkenan dengan amiza sejak kali pertama melihat gadis itu di pasar semasa membeli barang basah.

FLASHBACK

amiza sedang sibuk memilih bahan yang dipinta oleh nana nya untuk membuat biskut kata nana bahan yang ada tidak cukup, nana nak buat banyak biskut. tiba tiba ,Bukk.  Amiza terlanggar seorang wanita, hari ini sudah dua orang yang dia terlanggar tetapi tidak seteruk melanggar lelaki tadi. " maaf kan saya makcik, saya tak sengaja" ucap amiza dengan cepat membantu wanita itu mengutip barang nya yang terjatuh.

"takpe, makcik pun tak sengaja" ucap Puan Rosma. Namun setelah terpandang mata amiza, Puan Rosma seakan terpana dengan kecantikan nya. Mata gadis itu tidak pernah gagal menarik perhatian orang.

"cantik mata kamu nak" puji Puan Rosma. Amiza hanya mampu tersenyum manis sudah ramai yang memuji mata nya jadi dia sudah terbiasa tentang hal itu.

Reza's Little esposaWhere stories live. Discover now