SEPASANG mata berkaca hitam merenungnya dari sudut yang tidak terlihat. Aki tiba di kediaman di kaki bukit itu sejak 10 minit lalu. Tempat itu yang disenangi dan menjadi pilihan oleh Dhul Fiqar untuk mereka melangsungkan acara temu bual.
Kelibat Dhul Fiqar masih tidak kelihatan. Hanya Hambali yang terpacak di anjung rumah. Menyediakan keperluan seperti makanan dan minuman belan-belan memerhati gerak-geri Aki. Bukan Aki tidak rasakan pandangan keras si Hambali itu ke arahnya. Seolah memeriksanya setiap kali mereka bersemuka. Mungkin dia masih mengambil hati akan ulasan si penulis tentang dirinya pada pertemuan awal mereka dahulu.
"Maaf, aku lambat," pinta Dhul Fiqar yang hadir dalam persalinan serba putih. Sehelai T-shirt santai dan berseluar chinos putih.
Aki bangkit daripada kerusi. Terpempan, penampilan Dhul Fiqar yang berpakaian serba putih itu membuatkan dia melarikan pandangan. Rambutnya kebasahan, tampil segar dengan bauan harum menusuk ke hidung si penulis. Namun cermin mata hitam itu tidak pula dilupakan.
Yang terbayang di mata Aki hanya seorang duda. Perkataan itu menderap memainkan lagu gundah, menyeksa ketidaktahuannya. Entah mengapa, seperti hati gadis yang terluka dimainkan si jejaka, Aki merasakan serupa. Bayangan seorang jelitawan tidak bernama kian menghantuinya. Malahan perihal rumah tangga Dhul Fiqar itu tiada terpapar di mana-mana. Andai tidak kerana pendedahan Harun itu, Aki juga gagal mengetahuinya. Sepertinya dia mengejar hantu. Mengenangkan biografi itu sebagai rintisan untuk dia mendahului dunia, bersama sisi peribadi seorang jejaka yang menjadi tagan, Aki tersenyum liar.
"Kau terkejut seperti ternampak hantu?" duga Dhul Fiqar.
'Di sebalik pakaian serba putih itu, harus apa lagi aku fikirkan kalau tidak hantu?' bisik Aki dalam hati.
"Berpakaian formal atau kasual, you still look arrogant."
Sial! Sejurus kepala Aki tertunduk ke bawah melarikan gelora yang mula berkecamuk menghamun rasa. Apa dia sudah hilang waras kerana berkata demikian? Salangkan dia juga tidak sedar jenis perasaan apa yang merasuknya kini. Mungkin gugup diusik seorang persona segah Dhul Fiqar. Dia kaget, malahan mahu sahaja mengetuk kepala sendiri.
"Baru selesai bersenam di gim. Itu rutin aku pada masa lapang."
Itu menjelaskan rambutnya yang kebasahan.
"Aki, selepas ini pertemuan kita akan diadakan di rumah ini."
Seperti yang Aki jangkakan. Langsung dia menganggukkan kepala, akur dengan permintaan itu. Fikirnya Dhul Fiqar itu memilih kediaman sendiri hanya kerana ketenangan.
"Siapakah Dhul Fiqar yang sebenarnya? Selain daripada seorang usawahan muda yang berjaya, siapa Dhul Fiqar di luar RHEA?"
Perakam suara di telefon pintar mula memainkan peranan. Dhul Fiqar dilihat merenung ke hadapan. Sepasang mata coklat di sebalik cermin kaca hitam itu mengecil tanpa dapat disaksikan sesiapa. Dia mengumpul kata. Renungannya jauh merentasi perbukitan. Sebelum kehijauan alam itu menyeru Dhul Fiqar. Dia bangkit, dalam tenang melangkah. Aki rapat membontoti. Dhul Fiqar mula meluah kata.
Perkataan pertama yang menerjah ke pemikiran Aki tentang siapa Dhul Fiqar itu, adalah membangkitkan. Betapa Aki sendiri terpegun. Susun katanya penuh santai namun digarap jelas. Tidak sekadar beromong-omong walhal yang mempengaruhi pandangan Aki itu adalah aura seorang jutawan. Lagaknya tidak diada-adakan. Buat pertama kalinya Aki menyaksikan keunggulan karisma.
Pencinta alam. Tidak gemar dipanggil bos.
Patah kata itu menjadi catatan pada helaian nota Aki.
"Kenapa tak suka dipanggil tuan atau bos?"
YOU ARE READING
Taman Rahsia Khadijah
Tiểu Thuyết ChungAngker dari mula, tugasan penulisan biografi seorang jutawan bernama Dhul Fiqar seakan memerangkap Aki Maylea. Hatinya penuh debar, emosinya dikacau seorang jejaka berkaca mata hitam. Sesi temu ramah yang tegang, Dhul Fiqar yang dingin dan seringkal...