6

22 6 0
                                    

HANESSA masih tidak beranjak dari tadi walaupun Tengku Ezriq jelas-jelas suruh dia pergi tadi.

Bukan apa, Hanessa tersangatlah bosan sekarang. Lepas Hanessa masak lunch tadi Hanessa terus solat Zuhur lepas tu sekarang Hanessa nak buat apa? Malas pula nak main gadjet. Sakit matanya pula!

So, itulah sekarang dia disini! Sengaja nak kacau Tengku Ezriq kita.

Hehe!

Entah apa yang buat Hanessa degil hari ni. Biasanya kalau orang lain bercakap kasar dengan dia, sudah lama dia tunjukkan taring.

Tapi dengan Tengku Ezriq, Hanessa jadi lain.

Mulutnya tak mampu nak balas, hatinya pula... pelik. Seolah-olah ada magnet yang menarik Hanessa untuk terus berada dekat dengan jejaka tersebut.

"Kenapa kau tak pergi lagi ni?" Tengku Ezriq bersuara. Dia langsung tak memandang ke arah Hanessa.

Matanya masih melekat pada telefon di tangan, tapi nada suaranya tetap datar dan dingin, seperti tadi.

Hanessa tersenyum kecil. "Saya rasa tak nak. Tak salahkan saya duduk sini kejap? Lagipun, saya kan chef terpenting dekat sini?" perkataan chef terpenting ditekan.

Tengku Ezriq menghela nafas panjang. Jelas sangat muka Tengku Ezriq menunjukkan yang Tengku Ezriq tak berminat dengan alasan Hanessa.

Apa dia kesah? Kalau orang cakap A, dia cakap B.

"Salah! Aku tak suka dan kau sangat lah menyemak. Jadi, kalau kau ada otak, berambuslah sekarang." selamba sahaja Tengku Ezriq menghalaunya.

Perlahan-lahan Hanessa menundukkan kepala, memandang rumput di bawah kakinya.

Hanessa sepatutnya yang marah, tapi Hanessa pula terasa hati.

Tapi entah kenapa, kata-kata dingin Tengku Ezriq itu tak lebih dari angin lalu. Mungkin sebab Hanessa dah terbiasa, atau mungkin sebab... Hanessa memang sukakan cara lelaki itu bercakap. Dingin, datar, tapi... ada aura yang buat jantung Hanessa berdetak laju setiap kali Ezriq bersuara.

'Ehh? Kau dah kenapa ni, Hanis?'

"Tengku tak pernah terfikir ke nak bercakap baik dengan saya?" tanya Hanessa tiba-tiba, suaranya lembut dan polos, sesuatu yang tak pernah Hanessa tunjuk depan orang lain.

Ezriq akhirnya memandangnya, matanya yang tajam itu menusuk tepat ke dalam mata Hanessa.

Wajahnya tetap dingin, tiada ekspresi lembut dan mesra langsung!

"Kenapa aku patut cakap baik dengan kau? Kau takde kepentingan untuk aku."

Pedas.

Hanessa tergamam seketika, namun bibirnya masih tersungging senyuman nipis.

Dalam keadaan macam ni pun, Tengku Ezriq nampak... hot.

'Gila betul aku ni!' Hanessa membebel dalam hati dan dalam masa yang sama, Hanessa mengutuk dirinya sendiri.

"Tapi Tengku pun tak ada sebab nak cakap kasar dengan saya, kan? Saya tak buat salah apa pun." balas Hanessa. Hanessa cuba untuk tak menunjukkan yang sekarang ni Hanessa berasa sedikit geram dengan Tengku Ezriq sorang ni.

Tengku Ezriq tak jawab, cumanya Tengku Ezriq merenung Hanessa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Seketika, suasana menjadi sunyi. Hanya desiran angin yang kedengaran, menggerakkan daun-daun kecil di halaman rumah itu.

Akhirnya, Tengku Ezriq  berdiri. Tengku Ezriq menjatuhkan pandangan pada Hanessa yang masih berdiri di situ dengan wajah polosnya.

"Kau ni pelik, tahu tak?! Orang suruh pergi, kau tak nak. Apa sebenarnya yang kau nak dari aku?" soal Tengku Ezriq mendatar dalam masa sama, suaranya menaik sedikit.

Orang cakap baik-baik taknak dengar! Nak juga kena tengking, baru dengar ke?

Hanessa terdiam.

"Apa sebenarnya yang kau nak dari aku?"

Soalan itu berlegar dalam kepala Hanessa dan Hanessa tak pasti apa jawapannya.

Hanessa sendiri keliru. Mungkin Hanessa tak nak apa-apa, atau mungkin Hanessa nak lelaki itu berhenti jadi dingin dan mula melihat dia dengan cara yang berbeza.

"Tengku tahu tak? Walaupun Tengku ni menjengkelkan, saya tetap rasa yang Tengku ni... menarik." kata Hanessa tanpa berfikir panjang.

Selepas ayat itu keluar, Hanesa segera menutup mulutnya. Terkejut dengan dirinya sendiri, mungkin?

Hanessa menepuk mulutnya yang sedikit lancang itu.

Tengku Ezriq memandangnya dengan wajah tak percaya.

"Menarik? Kau gila ke apa?" sungguh wajah Tengku Ezriq itu menunjukkan dia tak suka.

Hanessa cepat-cepat geleng kepala, rasa malu mula menjalar ke wajahnya.

"Eh, taklah! Maksud saya... argh, lupakan sahaja apa yang saya cakap tadi." berona wajahnya menahan malu.

Ezriq mendekat.

Jaraknya dengan Hanessa semakin rapat hingga Hanessa terpaksa melangkah ke belakang sehingga belakangnya berlanggar dengan dinding.

Jantungnya berdegup kencang. Makin dekat Tengku Ezriq, makin susah Hanessa nak bernafas dengan normal.

"Apa sebenarnya yang kau nak dari aku, Hanessa Elvira?" ulang Tengku Ezriq, kali ini suaranya lebih perlahan, tapi tetap dingin.

Aduh! Hot pula dia sebut nama panjang kita!

Hanessa terdiam.

Hanessa memandang wajah Ezriq yang terlalu hampir dengannya. Dapat Hanessa merasakan aura dingin yang memancar dari Tengku Ezriq tersebut.

Tapi di sebalik kedinginan itu, ada sesuatu yang memanaskan hatinya. Mungkin kerana Tengku Ezriq adalah lelaki pertama yang buat Hanessa keliru dengan perasaannya sendiri. Dingin, menjengkelkan, tapi entah kenapa Hanessa tak boleh lari dari perasaan aneh ini.

'Ahh, Hanis! Sedarlah dari realiti yang Tengku Ezriq dengan kau jauh beza. Terlalu jauhh. Wahai setan, jin sekalian.. Berambuslah kamu semua!'

"Saya... tak tahu." jawab Hanessa akhirnya. Suaranya berbisik supaya Tengku Ezriq tidak boleh mendengar apa yang Hanessa berkata.

"Tapi saya tak nak pergi. Itu aje yang saya pasti." sambung Hanessa lagi.

Ezriq mengerutkan dahi mendengar alasan yang tidak munasabah dari Hanessa itu.

Boleh panggil munasarawak ni, bukan munasabah!

Tengku Ezriq merenung Hanessa lama sebelum akhirnya Tengku Ezriq mengeluh dan berpaling.

"Kalau kau tak nak pergi, itu masalah kau. Tapi jangan harap aku nak layan kau lebih dari ni." ujar Tengku Ezriq malas.

Hanessa tersenyum kecil. Walaupun Tengku Ezriq masih dingin, entah kenapa, Hanessa rasa menang hari ini.

Mungkin sebab Hanessa sudah berjaya kekal di situ walaupun dah kena halau berkali-kali.

Haha!

"Kita tengok siapa yang menang pada akhirnya, Tengku Ezriq Eiyad." bisik Hanessa dalam hati. Matanya langsung tidak lepas dari memandang Tengku Ezriq  yang sudah berjalan kembali ke arah bangkunya.

TBC

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now