TOK
TOK
TOK
3 kali Hanessa mengetuk pintu bilik itu. Tetapi, masih tiada tanda-tanda untuk membuka.
Hanessa mengeluh kesekian kalinya.
Hanessa terus memulas tombol itu. Dengan tiba-tibanya, pintu itu terbuka.
Hanessa ingatkan pintu ini dikunci. Rupa-rupanya tidak dikunci. Kalau buaya tino masuk dalam ni macam mana?
Dia tidak maksudkan sesiapa termasuklah Alya.
Oops!
Hanessa membaca bismillah dahulu sebelum masuk kedalam bilik. Takut ada makhluk lain ikut sekali.
Haha!
Kakinya terjengket-jengket memasuki ke dalam bilik itu. Pintu dibiar buka supaya tiada sesiapa yang menabur fitnah terhadap mereka walaupun ada Eyash didalam bilik tersebut.
Kadang-kala, takut juga Hanessa terhadap Alya.
Alya seperti tidak suka kehadirannya. Mungkin dia ingat Hanessa nak rampas Tengku Ezriq daripadanya kut.
But, maaf Alya. I dah dapat dia dulu melalui anak I.
Haha! Berangan kau ni Hanis
Namun, apa dia peduli? Dia mahu bekerja bukan dikerjakan.
Hanessa tersenyum nipis melihat susuk tubuh Tengku Ezriq yang sedang tidur membelakanginya. Terdapat Eyash didalam pelukannya.
Seperti bapak dan anak!
Hanessa berkira-kira untuk mengejutkan Tengku Ezriq. Buatnya Tengku Ezriq tu mengamuk kacaunya tidur, bagaimana? Malu tujuh keturunan dia.
Namun, dia harus memberi anaknya makan. Takkanlah nak tunggu Tengku Ezriq ni bangun? Entah-entah, maghrib baru nak bangun.
Woi, berani ngumpat! Kalau depan mata, jangan harap!
Dengan kekuatan yang Hanessa ada, dia terus mengejutkan Tengku Ezriq dengan jarak yang jauh.
Kata Tasneem, "Ikhtilah kau mana? Hilang?"
"Tengku Ezriq. Ohh, Tengku Ezriq~" meleret-leret Hanessa memanggil Tengku Ezriq.
"Bangunlah. Saya nak ambil anak saya ni. Kalau Tengku taknak bangun say-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, suara Tengku Ezriq memotong.
"Senyaplah." mendatar suara Tengku Ezriq. Sebenarnya dia dah perasan kedatangan Hanessa. Cuma dia mahu melihat tindakan Hanessa selepas itu sahaja. Buatnya si Hanessa tu ada ambil barang dia?
Hanessa tercengang. Tengku Ezriq suruhnya senyap? Dia mahu mengambil anaknya, bukan mahu mengacau Tengku Ezriq. Ini tak boleh jadi ni.
Hanessa menyinsing kan lengan bajunya.
"Tengku Ezriq. Saya nak ambil anak saya. Bukan nak membebel-bebel macam makcik bawang dekat Tengku Ezriq." ujar Hanessa sedikit kuat. Marah dah tahap maksimum dah ni.
"Ambil lah sendiri." arah Tengku Ezriq selamba.
Hanessa tercengang kali keduanya.
"Hey! Haram tahu tak? Awak ingat kita ni dah kahwin bagai? Macam isteri nak ambil anaknya dekat suami? Itu anak saya, bukan anak awak! Kalau nak anak sangat, pergilah buat sendiri!" bidas Hanessa laju. Sakit pula hatinya bercakap dengan Tengku Ezriq ni.
Tengku Ezriq mengalihkan tubuhnya. Kini dia berhadapan dengan Hanessa. Dia berdiri.
"Suka hati kau lah. Aku malas nak layan. Aku dah suruh ambil, kau taknak." masih mendatar suara itu.
"Jangan marah kalau saya dekat dengan awak." Hanessa terus mendekati birai katil itu. Gila! Memang gila! Kalau tahu dek ibu bapanya, silap hari, tak mengaku anak gamaknya.
Sampai dihadapan katil, terus laju Hanessa mengambil anaknya. Didukung anaknya gaya bridal style.
Dengan tiba-tiba, Tengku Ezriq mengaut pinggang Hanessa.
Hanessa terkaku.
"Aku tak marah. Tapi, kalau ada orang tabur fitnah..." ayat Tengku Ezriq sengaja digantungkan.
Cepat-cepat Hanessa meleraikan pegangan Tengku Ezriq di pinggang nya.
"Apa? Nak suruh orang tabur fitnah ke? Biar kahwin free? Siapa nak kahwin dengan tengku? Cehh! Setakat muka macam tengku ni, berlambak dekat lorong." ujar Hanessa laju.
"Hmm?" Tengku Ezriq mengangkat kening. Seperti ada yang lain diayat Hanessa.
Hanessa mengontrolkan mukanya. Hisy, mulut ni.
"Maksud saya, muka macam tengku ni, berlambak dekat pasar malam." bidas Hanessa kuat sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik tersebut.
BAM!
Pintu bilik ditutup kuat. Kalau tak tutup karang, marah bapak singa tu.
Tengku Ezriq tersenyum senget. Pasar malam ye? Tunggulah nanti..
TBC
YOU ARE READING
𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗
RomanceTengku Ezriq Eiyad x Hanessa Elvira Hanessa Elvira. Entah bagaimana dia tersangkut dengan satu jejaka dingin. Berkerja di rumah Tengku Eric membuatkan hari-harinya lebih indah tanpa mimpi ngeri itu. Namun, adanya anaknya, hidupnya sedikit demi sedik...