5

45 9 4
                                    

TENGKU Ezriq menjeling Hanessa yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut Eyash. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Hanessa dan Eyash. Dengan itu, sempatlah dia menjeling-jeling kearah Hanessa.

Sedar akan ada yang melihatnya, terus Hanessa mengangkat muka.

Dilihat Tengku Ezriq sedang menatapnya dengan tajam. Terus Hanessa menunduk.

Apa pandang-pandang?

Dia terus menyambung menyuap bubur ke dalam mulut Eyash. Kacau jela nak bagi anak lunch.

Tengku Ezriq senyum senget. 

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

Tepat pada pukul 7 malam, terlihat Hanessa sedang meletakkan makanan yang dimasaknya tadi ke atas meja makan. Batang hidung anaknya juga tidak kelihatan. Mungkin ada di Rian?

"Mane oleh."

Dengar sahaja suara pelat Eyash, terus Hanessa memandang kearah ruang tamu. Terlihat Tengku Ezriq sedang bermain dengan Eyash. Tidak semena-mena Hanessa tersenyum nipis.

Lucu.

Hanessa mendekati ruang tamu yang adanya Tengku Ezriq dan anaknya.

"Ehem! Rasanya masa menjaga anak saya dah habis kut, Tengku Ezriq." tegur Hanessa. Leka betul Tengku Ezriq mengikuti kehendak anaknya itu.

Terhenti pergerakan Tengku Ezriq yang melayan Eyash itu.

"What did you call me?" soal Tengku Ezriq. Tajam anak mata itu memandang kearah Hanessa.

Hanessa meneguk liur. Tulah kau, Hanis! Memandai panggil dia Ezriq. Kan dah ketar lutut.

"E-erm, E—Ezriq?"

"Okay, panggil aku dengan panggilan tu lepas ni." selepas memberi kata, Tengku Ezriq terus melepasi Hanessa yang berdiam diri disitu.

Perlahan-lahan senyuman kecil di bibir Hanessa terbit. Eiii, sukanyaa!

"Haidar, jom kita makan!" dia memimpin tangan anaknya.

"Oceyy, mummy." terus Hanessa memimpin tangan kecil anaknya untuk ke dapur.

Semasa dia sedang mahu lintasi meja makan itu, Tengku Erina menyapanya,

"Eh, Hanessa nak pergi mana? Makan je sini. Bagi sini Eyash tu. Biar bonda bagi dia makan."

"Eh, bonda. Takpelah. Biar Hanis je buat. Anak Hanis juga." pintas Hanessa. Rasa menyusahkan pula kalau Tengku Erina yang bagi Eyash makan.

"Takpe, Hanis. Bonda boleh handle. Don't worry, okay?" ujar Tengku Erina bersungguh-sungguh.

Hanessa mengeluh berat. "Baiklah, bonda. Hanis takut je Eyash ni meragam." takut kalau Eyash mengada-ngada semasa makan. Eyash kalau makan mesti nak ada kartun. Dia pun tak tahu siapa yang ajar anaknya tengok kartun.

"Takpe, Hanis. Bonda tahu cara elakkan Eyash meragam." dengan itu, Hanessa hanya mengangguk sahaja. Dia tahu, dia tidak boleh bantah.

Bak kata pepatah 'aku lebih makan garam dari kau'

Hanessa mengambil tempat duduk disebelah Tengku Ellyz. Di hadapannya pula terdapat Tengku Ezriq.

Habislah!

"Nanakk! Nanakk makan nasyii!!"  mendengar rengekan Eyash itu membuatkan Hanessa susah hati.

Allahu anakku. Jangan malukan mak mu ini dihadapan orang ramai.

"Alaa, Eyash. Makanlah nasi. Bubur takdalah, sayang." pujuk Tengku Erina lembut.

"Nanakk!" tolak Eyash lagi.

"Haidar!" panggil Hanessa sedikit tegas.

Nak kena babap Eyash ni.

"Meh sini dekat uncle." tanpa aba-aba, Eyash terus naik ke pangkuan Tengku Ezriq.

"Kenapa taknak makan ni? Bubur takdalah, Eyash." ujar Tengku Ezriq lembut.

Terkedu Hanessa mendengar suara lembut Tengku Ezriq.

Cubalah cakap dekat aku lembut-lembut? Takdalah aku nak cari gaduh dengan kau setiap masa.

"Hmm. Kalau takda bubur, uncle syuap boleh?"

"Boleh, sayang." tersenyum Eyash mendengarnya. Manakala Tengku Erina ternganga. Apa pasal dia pujuk tak jalan?

"Maaflah ye, Tengku. Saya taktahu pula anak saya ni nak suap. Selalunya dia pandai makan sendiri. Menyusahkan tengku je." kata Hanessa serba-salah.

Jemu dia nak pujuk Eyash makan sendiri. Tak jalan langsung! Dapat kartun, laju je makan sendiri.

Macam-macam Eyash ni...

"Its okay. Small problem." suaranya datar kembali.

Tengku Elman, Tengku Erina, Tengku Eric dan Tengku Ellyz yang berada di meja makan itu, tersenyum melihat keakraban dua orang itu.

Seperti anak dan ayah.

TBC

stop sampai sini dahulu. bcs , saya nak fokus dekat GPB 🤗

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now