HANESSA berjalan perlahan di belakang Tengku Ezriq, keluar dari ruang makan yang penuh dengan keheningan canggung. Hatinya masih berdebar-debar.
Mereka melangkah ke halaman rumah. Sambil itu, Hanessa memandang sekeliling rumah di mana dihiasi lampu-lampu kecil menerangi taman yang luas.
Cantik!
Langit malam bersinar dengan bintang-bintang yang jarang dan menambahkan lagi kesunyian yang terasa ketika ini.
Tengku Ezriq tidak berkata apa-apa untuk beberapa saat, hanya melangkah beberapa tapak sebelum berhenti di tepi pagar besi hitam yang mengelilingi rumah agam mereka. Angin malam menghembus rambutnya, tapi wajahnya tetap sama-tenang, dingin, dan sukar dibaca. Sambil itu, Tengku Ezriq menyelak rambutnya yang jatuh di dahinya ke belakang.
Hanessa hanya memerhati. Dalam keadaan ini pun Tengku Ezriq masih hot!
'Eh? Apa kau fikir ni, Hanis? Gilo! Okay, now serious!'
Hanessa hanya berdiri di belakang Tengku Ezriq. Dengan adanya sifat rendah diri itu, membuatkan ia semakin menebal di dalam dirinya. Dia berusaha keras untuk mengatur pernafasannya yang sedikit sesak, menunggu apa yang akan jejaka itu katakan.
Setelah beberapa saat, Tengku Ezriq akhirnya bersuara, namun seperti biasa. Wajahnya langsung tiada emosi yang terlibat.
"Bonda... selalu terburu-buru dalam membuat keputusan," kata Tengku Ezriq, lebih kepada dirinya sendiri daripada Hanessa.
Hanessa hanya mengangguk, walaupun Tengku Ezriq tak memandangnya. Hanessa tahu betapa sukarnya untuk menentang Tengku Erina, seorang wanita yang penuh pengaruh dan tidak mudah dipujuk oleh anaknya sendiri melainkan Hanessa yang memujuknya. Malah, Hanessa masih belum percaya bahawa Tengku Erina benar-benar mahukan dia sebagai isteri untuk anaknya.
"Hanessa." Tengku Ezriq memanggil, dan kali ini dia memandang tepat ke arah Hanessa.
"Kita kena berbincang tentang hal ni. Aku taknak lukakan hati bonda aku dengan jawapan yang kita akan putuskan nanti."
Hanessa menelan air liurnya. Dia cuba untuk tidak kelihatan terlalu gugup. Dia tak tahu bagaimana mahu memulakan.
"Tengku Ezriq." Hanessa bersuara pula. Suaranya sedikit bergetar.
"S-saya tahu saya tak layak. Saya cuma seorang chef. Saya tak setanding dengan Tengku, mahupun keluarga Tengku. Saya langsung tak pernah terbayang ak-" belum sempat Hanessa menghabiskan ayat, Tengku Ezriq memotongnya.
"Ini bukan soal layak atau tak, Hanessa. Bonda mungkin fikir perkahwinan ini sesuai, tapi keputusan ni bukan keputusan yang kita boleh buat sewenangnya." balas Tengku Ezriq, lembut. Tidak seperti mula tadi, datar.
Hanessa terdiam. Jantungnya semakin berdegup laju. Matanya masih melekat pada wajah Tengku Ezriq. Hanessa cuba memahami maksud sebenar di sebalik kata-kata Tengku Ezriq.
Hanessa cuba menilai sama ada Tengku Ezriq benar-benar menolak cadangan bonda nya atau sekadar menangguhkan untuk perbincangan yang lebih lanjut.
"Tengku," Hanessa cuba mengatur kata-kata. "Saya tak pernah terfikir tentang ini. S-saya tak mahu menyusahkan sesiapa. Apatah lagi Eyash. Saya tahu, dia suka pada Tengku, tapi ini semua... tidak akan pernah terjadi." ayat akhir diperlahankan.
Tengku Ezriq mengangkat tangan sedikit, meminta supaya Hanessa berhenti.
"I understand." Nadanya lebih tenang, lebih lembut sedikit kali ini.
"Eyash is a good kid. Aku tak nafikan yang aku dah mula rapat dengan dia. Tapi ini soal kita, Hanessa. Bukan soal anak kau. Tapi fikirkan cadangan bonda aku."
YOU ARE READING
𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗
RomanceTengku Ezriq Eiyad x Hanessa Elvira Hanessa Elvira. Entah bagaimana dia tersangkut dengan satu jejaka dingin. Berkerja di rumah Tengku Eric membuatkan hari-harinya lebih indah tanpa mimpi ngeri itu. Namun, adanya anaknya, hidupnya sedikit demi sedik...