7

30 9 0
                                    

SUASANA makan malam di rumah keluarga Tengku Ezriq atau lebih mesra dipanggil keluarga EE's berlangsung seperti biasa.

Hanessa Elvira, juga tidak terkecuali duduk di meja panjang bersama keluarga besar ini.

Semuanya kerana Tengku Erina lah.

Suapan demi suapan nasi diambil, tapi hakikatnya, Hanessa cuba mengelak dari menatap wajah-wajah Tengku Elman, Tengku Eric, Tengku Ezriq, dan Tengku Ellyz kerana rasa rendah diri yang sentiasa menghantui.

Walaupun ini bukanlah kali pertama dia makan bersama keluarga EE'S ini, dia tetap berasa janggal.

Nasib ada Eyash disini. Sejak Tengku Erina pulang dari Jerman kemarin, setiap hari Tengku Erina menyuruh Hanessa membawa Eyash kerumah. Katanya rindu.

Namun, ada lah Hallnessa bawa kadang-kadang. Hanessa tidak mahu mengacau keluarga tersebut dengan kehadiran Eyash walaupun Eyash dialu-alukan untuk datang ke rumah agam tersebut.

Hanessa hanya mahu bekerja sahaja, bukannya mahu tumpangkan anaknya rumah.

Haih! Pening sungguh!

Diperhatikan Tengku Ellyz yang sedang sibuk bercerita tentang hal kerja di pejabat sesekali itu disambut pula dengan tawa kecil daripada Tengku Eric.

Diperhatikan pula Tengku Ezriq. Macam biasalah! Duduk diam di hujung meja dengan pandangan tajam tapi dingin. Tetapi makanan tetap disuapkan di dalam mulut.

Anak kedua memang macam ni ke?

Eyash, si anak kecil Hanessa pula sibuk menikmati makanan sambil mulutnya tak berhenti berceloteh bersama Tengku Erina dan Tengku Elman.

Pasangan itu hanya melayan sahaja kerenah anaknya itu.

"Mummy." panggil Eyash sambil tersenyum. Hanessa tersenyum sebentar sebelum tangan kirinya mengambil tisu di atas meja lalu mengelap pipi Eyash yang kotor dengan sup bihun itu.

"Sedap mummy masak! Nanti bolehlah kahwin dengan Uncle Ezriq!" ujar Eyash dengan gembira.

Terjatuh rahang Hanessa di buatnya!

Allahu anakku! Kenapa lah suka malukan mak mu ini?

Hanessa rasa macam mahu lari sahaja dari meja makan ni. Kalau tak boleh, dia sorok bawah meja je. Malu sangat ni!

Jantungnya berdegup kencang. Hanessa hanya tersenyum kaku memandang seluruh keluarga tersebut.

Hanessa mengusap rambut Eyash sebelum kembali menunduk. Tapi saat itu, Tengku Erina bersuara.

"Betul tu, Eyash! Tokma sokong!" kata Tengku Erina dengan senyuman tersirat. Semua mata tertumpu ke arah Tengku Erina.

Aduh! Tokma pula.

"Sebenarnya... bonda nak cadangkan sesuatu malam ni."

Jantung Hanessa berdegup kencang. Takkanlah...

Tengku Eric berhenti makan, matanya membulat. Tengku Ellys menoleh dengan riak wajahnya penuh tanda tanya. Tengku Ezriq seperti biasa, mengekalkan ekspresinya yang datar, tapi Hanessa perasan bagaimana jari jemarinya terhenti seketika dari memegang sudu.

"Bonda rasa, dah sampai masanya Ez kahwin."

Serentak, bunyi batuk dan tersedak mengisi ruang makan. Tengku Eric menepuk dadanya dengan cepat, cuba menahan batuk.

Tengku Ellyz ketawa kecil, terkejut tapi jelas terhibur dengan situasi itu.

Tengku Ezriq pula sekadar memandang ibunya dengan mata yang sedikit membesar, namun tetap tenang.

Hanessa juga turut terkejut lalu tersedak kuat.

"Maaf." Hanessa tergagap, tersipu-sipu malu dengan kelakuan dia sebentar tadi. Dengan segera, Hanessa mencapai air sirap yang berada di hadapannya.

Dia tak berani memandang sesiapa di meja, terutama Tengku Ezriq. Dalam kepalanya hanya ada satu soalan;

Apa yang baru terjadi sebentar tadi?

Tapi malangnya, situasi belum selesai.

Tengku Erina tersenyum lebih lebar. "Jadi, bonda dah fikirkan calon yang paling sesuai untuk Ez."

Hanessa kaku di tempat duduk. Suara Tengku Erina bagaikan bergema di dalam kepalanya.

"Bonda nak Ez kahwin dengan Hanis."

Kali ini, bukan hanya tersedak. Hanessa terasa seperti dunianya berhenti sejenak. Dia mengangkat wajah, matanya melekat pada wajah Tengku Ezriq, menunggu reaksinya. Adakah lelaki itu setuju? Atau dia akan menolak tanpa belas?

Tengku Ezriq hanya duduk diam, tidak menunjukkan sebarang emosi, seolah-olah cuba memproses apa yang baru didengarnya. Mata Hanessa sedikit mengerling ke arah Tengku Ellyz yang tampak terkejut tapi tersenyum kecil, dan Tengku Eric, yang masih belum dapat bercakap dengan betul kerana terkejut.

Hanessa sedar dirinya. Dia hanyalah seorang chef. Dia tak setanding dengan keluarga besar ini. Tengku Ezriq, lelaki dengan status yang jauh lebih tinggi, pastinya tidak akan bersetuju.

Sementara itu, Eyash yang duduk di sebelahnya, tidak menunjukkan rasa terkejut sedikit pun. Malah, senyumannya semakin melebar.

"Yeay! Mummy dengan Uncle Ezriq kahwin! Uncle Ezriq nak jadi ayah Eyash ke? Yeay!" Anak kecil itu bertepuk tangan dengan gembira, tidak menghiraukan betapa malunya Hanessa di saat ini.

Tengku Ezriq, yang sejak tadi diam, akhirnya memandang sekilas ke arah Eyash.

Ada sesuatu dalam pandangannya dan sesuatu yang Hanessa tak pasti. Apakah lelaki itu sedang mempertimbangkan sesuatu?

"Ada hal yang perlu dibincangkan dulu. Ez tak boleh buat keputusan terburu-buru. Lagipun bonda sepatutnya lepaskan Ric kahwin dahulu baru Ez menyusul." kata Tengku Ezriq tiba-tiba dan memecah kesunyian.

Suaranya tetap datar dan dingin seperti biasa, tapi Hanessa tahu ia lebih daripada sekadar penolakan langsung.

Dia memandang Hanessa. Dengan isyarat mata sahaja, Hanessa sudah tahu bahwa Tengku Ezriq menyuruh keluar sebentar untuk berbincang.

Hanessa bangun perlahan-lahan, masih dalam keadaan terkejut dan serba salah. Sempat Hanessa meminta izin dahulu sebelum berlalu pergi.

Matanya terus melekat pada wajah Tengku Ezriq. Apa yang hendak dibincangkan? Adakah jejaka ini benar-benar akan mempertimbangkan cadangan gila bonda nya? Atau ini cuma caranya untuk menolak pernyataan sebentar tadi dengan sopan?

Eyash terus ketawa kecil sambil melompat-lompat kecil.

"Mummy, Eyash nak Uncle Ezriq jadi daddy Eyash! Mummy kahwin dengan Uncle Ezriq ye?" pinta Eyash dengan mata terkebil-kebil.

Hanessa keliru.

Aduhai, anakku! Jangan buat mak mu ini terseksa!

Hanessa tidak mampu membalas. Senyumannya pahit. Dia tahu, di sebalik senyuman ceria anaknya itu, realitinya jauh lebih rumit.

Di luar rumah, angin malam bertiup lembut. Hanessa menanti kata-kata Tengku Ezriq bersama hati kecilnya yang berdebar-debar itu.

TBC

takpa semua. saya pun anak kedua. *sob...sob*

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now