9

46 10 1
                                    

PAGI itu, Hanessa terbaring di atas katil. Sungguh Hanessa malas hendak bangun dari katil.

Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celah tirai membuatkan biliknya sedikit terang. Namun, rasa malas mengatasi segalanya.

Hanessa memejamkan mata semula.

Dia cuba menyambung tidurnya kembali. Tetapi, bunyi deringan daripada telefon pintarnya yang kuat menganggu ketenangannya.

Dengan berat hati, Hanessa mencapai telefon di sebelah katil dan melihat nama Tasneem terpapar pada skrin.

Bekas teman serumahnya itu jarang-jarang menghubungi, jadi Hanessa menjawab tanpa banyak fikir.

"Hello, Tas?" balas Hanessa dengan suara yang sedikit serak.

"Hanessa! Jom keluar hari ni! Aku dah lama tak jumpa kau. Lagipun, aku dah rindu nak lepak macam dulu. Kau buat apa sekarang ni?" suara Tasneem ceria seperti biasa...penuh tenaga seawal pagi.

Allahu, Tasneem. I tengah tidur ni.

"Ergh… Aku tak ada mood la nak keluar. Malas sikit." Hanessa mengeluh sambil membetulkan selimutnya. Hari ini Hanessa tidak bekerja dan hanya mahu duduk di rumah sahaja.

"Alaa... please lah, Hanessa. Hari ni kan hari weekend dan tiada ada alasan nak duduk rumah je. Kau mesti bosan kalau duduk sorang-sorang, kan? Jom la! Aku datang jemput. Alaa, sekejap je pun."

Hanessa diam seketika. Memang betul, dia rasa bosan. Memandangkan Eyash pun keluar bersama ibu bapanya hari ini, Hanessa tinggal berseorangan di rumah. Tiada apa-apa yang menarik pun untuk dia lakukan di rumah.

"Okay lah, aku ikut. Tapi sekejap je, eh?" Hanessa menyerah juga akhirnya. Memang susah nak tolak bila Tasneem ajak keluar.

"Yaey! Aku datang jemput dalam setengah jam! Jangan lambat, ya!" Tasneem menamatkan panggilan dengan pantas.

Hanessa menggeleng kepala sambil tersenyum tipis. Tasneem memang tak pernah berubah. Ceria, bersemangat, dan sentiasa tahu cara nak memujuk Hanessa keluar dari zon selesanya.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──


Di dalam kereta, Tasneem seperti biasa tak berhenti bercakap. Dia bercerita tentang suaminya, Danish Luthfi, tentang kegiatannya di rumah, tentang novel yang baru dia beli minggu lepas, dan juga tentang beberapa rancangan drama yang dia baru tonton.

Hanessa hanya mendengar sambil sesekali ketawa dengan gelagat Tasneem.

Mereka tiba di pusat membeli-belah yang terkenal di bandar. Orang ramai berjalan ke sana ke sini. Suasana yang sibuk dan meriah itu membingitkan telinganya sedikit.

Tasneem menarik tangan Hanessa untuk memasuki beberapa kedai. Seperti kedai baju untuk melihat pakaian dan kedai aksesori.

Tetapi, Hanessa lebih tertarik untuk duduk dan berehat di kerusi luar. Biarlah Tasneem berbelanja dirinya sendiri.

Hanessa ingatkan ucapan kata hatinya betul. Namun, salah! Tasneem membawa beberapa bag shopping setelah selesai membayar.

Hanessa pula serba-salah dibuatnya.

"Jomlah pergi makan dulu. Penat aku ikut kau pusing-pusing ni." Hanessa mengeluh manja sambil meletakkan tangan di pinggang. Beg kertas itu diambil dan dipimpin.

"Boleh jugak. Jom kita cari tempat makan yang best." Tasneem mengangguk setuju sambil berjalan ke arah food court.

Hanessa mengikut dari belakang, tetapi tiba-tiba dia berhenti.

Dari jauh, dia melihat Tengku Ezriq. Dia sedang berjalan seorang diri dan kelihatan serius seperti biasa. Hati Hanessa berdegup kencang, seolah-olah baru nampak bayangan seseorang yang sangat dirinduinya.

'Aipp, Hanis! Gatal kau!'

Tasneem yang perasan Hanessa berhenti, menoleh kebelakang. "Kenapa kau? Kau nampak siapa?" soal Tasneem.

Hanessa cepat-cepat tunduk, cuba mengelak daripada kelihatan gelisah. "T—tak ada apa."

Tasneem sengih. "Eh, betul ke? Kau tengok siapa tu?" Tasneem menjenguk-jenguk ke arah yang Hanessa pandang.

"Oh, wait… itu bukan Tengku Ezriq ke? Ya ampun, dia nampak handsome gila hari ni!"

Tasneem ni dia lupa ke yang dia ada suami?

Hanessa terdiam. Dia tak tahu nak balas apa. Jantungnya berdegup makin laju.

Tasneem yang memang kenal perangai Hanessa, terus mengusik tanpa henti.

"Eh, semalam kau cerita macam nak tak nak je pasal dia. Tapi sekarang ni, kau punya reaksi macam ada sesuatu yang kau tak nak beritahu aku. Cakap betul-betul, apa cerita ni?"

'Aduh! Menyesal pergi cerita dekat dia semalam.' keluh Hanessa di dalam hati.

Hanessa mengeluh perlahan. Dia tak sangka akan terserempak dengan Tengku Ezriq di sini.

Tapi dia tahu, Tasneem takkan berhenti bertanya selagi dia tak dapat jawapan.

"Semalam... bonda dia melamar aku," Hanessa mengaku, tak mahu menyembunyikan lagi. Lagipun, dia ada cerita sedikit tentang Tengku Ezriq dekat Tasneem semalam.

Salah dia juga mulut celupar sangat. Kan dah ter—beritahu si Tasneem tu.

Tasneem ternganga. "What?! Bonda Tengku Ezriq melamar kau? Serious lah, Nissa?!"

Hanessa angguk perlahan. "Ya."

Tasneem terkaku seketika, cuba menghadam maklumat itu. "Kau bergurau ke ni?" soal Tasneem dengan nada terkejut.

"Tak. Aku tak bergurau. Semalam, bonda dia melamar aku. Family dia ada juga dekat situ and family dia akan datang untuk pinang aku secara rasmi. Jangan tanya bila. Sebab aku pun tak tahu lagi." balas Hanessa jujur.

Mata Tasneem membulat. "Oh my God, aku tak percaya ni. Kau betul-betul kena bagitahu mak bapak kau cepat-cepat. Kau dah bagitahu ke belum?"

Hanessa geleng kepala. "Belum lagi. Aku tunggu Tengku Erina datang dulu baru aku nak bagitahu. Lagi pun... aku sendiri belum betul-betul bersedia."

Tasneem masih terkejut, wajahnya penuh emosi. "Ya Allah, Nissa. Kau memang bertuah gila. Tengku Ezriq? Lelaki yang kau selalu cerita, yang kau anggap macam unreachable tu, akan kahwin dengan kau? Aku kalau jadi kau, aku dah menjerit kat satu dunia!" ujar Tasneem dengan teruja.

Hanessa ketawa kecil, walaupun dalam hati dia masih penuh dengan tanda tanya. Memang tak mudah untuk menerima semua ini dengan tenang, terutama bila melibatkan Tengku Ezriq. Tapi dia tahu, ini baru permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

"Aku rasa macam nak pengsan je dengar cerita kau tadi." tambah Tasneem.

"Kalau kau pengsan tadi, siapa yang nak angkat kau keluar dari mall ni?" Hanessa cuba bergurau untuk meringankan suasana.

Tasneem ketawa besar. Lalu menggoyangkan bahu Hanessa dengan manja.

"Kau ni memang! Apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar. Nanti jangan lupa ajak aku masa majlis, okay?"

Hanessa tersenyum lalu mengangguk laju.

Hanessa masih kekal senyum walaupun hatinya masih keliru dengan semua yang berlaku semalam.

TBC

vote lerr.. penat tulis tpi tkde vote. huhu 🤧

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now