PROLOG I

170 9 0
                                    

Pagi itu terasa ceria dengan sinar matahari yang menyinari ruang tamu mereka. Inessa Elena tersenyum apabila memandang ke arah Luth Rayyan yang sedang duduk di sofa itu sambil membaca buku. Elena mengambil langkah ke arah Luth Rayyan yang sedang duduk di sofa itu, dia duduk bersebelahan Luth Rayyan.

"Luth, ingat lagi tak hari pertama kita berjumpa?" Mata Elena memandang ke mata Luth, Luth tertawa kecil. "You look cute. Senyuman awak buatkan saya rasa nak bersama awak buat selamanya." Balas Luth sambil memandang Elena dengan penuh makna. Namun..

Momen - momen indah itu seperti mimpi yang tidak mahu berakhir. Janji - janji manis mereka seolah - olah menjanjikan masa depan yang penuh dengan kebahagiaan dan cinta abadi. Cinta mereka seolah - olah tidak dapat dipecahkan oleh sesiapa atau apapun.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kebahagiaan tidak pernah kekal lama, satu demi satu detik manis digantikan dengan kesedihan. Hujan dimalam itu menambah rasa sedih di dalam hati Elena. Dia memandang Luth yang sedang berdiri di hadapannya, seolah - olah cuba untuk mengambil hatinya kembali.

"Elena.. percayakan saya! Saya tak curang dengan awak." Dia memegang tangan Elena kemas, langsung ditarik tangan itu. Elena menolak Luth kasar.

"You cheated on me twice Luth! Twice Luth Rayyan! Saya masih terima awak dan terima kemaafan awak sebab saya percaya awak boleh berubah dan cintai saya lebih baik dan jauh lebih bahagia daripada sebelumnya." Air mata mengalir ke pipinya, badannya rasa seakan - akan dihentam oleh ombak yang berpilu - pilu.

Luth Rayyan memandang Elena. "It's not my fault that i cheated on you! You never have time for me Elena." Satu lempangan jatuh dipipi Luth. Sudah lama Elena menahan geram. "Kau kata aku tak pernah ada masa dengan engkau? Selamani aku ada dengan engkau kau buat apa Luth Rayyan? Engkau sentiasa dengan telefon engkau 24 jam Luth!"

Amarah Elena pertama kali dilihat oleh Luth. "You slapped me..?" Pipinya dipegang sambil memandang Elena yang sedang marah itu. Dia mengambil langkah kebelakang.

"Awak tak pernah faham saya Elena! Awak sentiasa busy bekerja dan tidak pernah ada masa dengan saya. Not even once!"

Satu lagi lempangan di pipi Luth. "I work for us Luth Rayyan! Us. Awak yang kata awak nak perkahwinan yang mewah hidup yang mewah so i work it for us! Untuk senang dan mudahkan hidup kita dimasa akan datang, but this is what i get?" Barang - barang Luth dicampak keluar dari rumah iu.

"Out of my house now! From now on, aku benci engkau dan aku tak ingin engkau sesekali muncul depan mata aku."

Amarah Elena dalam nada yang bergetar. Pantas Luth meninggalkan rumah itu dan meninggalkan Elena keseorangan, Elena jatuh terduduk air matanya makin lebat seperti hujan pada malam itu. Tanggal 26 Februari merupakan hari paling malang untuknya.

Dari detik itu, kenangan terindah mereka yang pernah menjadi sumber kebahagiaan kini menjadi pengingat kepada luka yang tidak akan pernah sembuh.

"12 tahun.. hilang dalam sekelip mata. Angkara perempuan itu," Elena berbisik pada dirinya sendiri, matanya memandang dinding dirumah itu gambar - gambar mereka berdua. Lantas Elena bangun dan menghempaskan semua gambar itu.

"I hate you Luth Rayyan!" Kata Elena sambil menghempas gambar - gambar tersebut. Mulai saat itu, hatinya yang terluka, dia berjanji untuk tidak lagi mempercayai cinta.

It hurts to say goodbye to someone you thought you'd spend forever with, but sometimes, goodbye is the only option left.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀  [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now