BAB 9

11 4 1
                                    

Elena kini berada di hospital, beransur pulih selepas diselamatkan. Farah, seorang doktor yang rapat dengan Iskandar dan juga Elena. Dia ditugaskan untuk membantu Elena bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental dan emosi.

Trauma yang dialami oleh Elena bukanlah mudah untuk diatasi, tetapi atas sokongan daripada Ehsan, Iskandar, Haris dan Faiz memberinya kekuatan untuk terus bertahan. Setiap daripada mereka memainkan peranan yang penting dalam membantunya pulih.

Iskandar yang sentiasa berada di sisi Elena untuk memberinya ketenangan. Dia berasa bersalah kerana tidak mampu melindungi Elena terlebih awal. Faiz dan Haris pula cuba untuk menceriakan suasana dengan jenaka bodoh mereka, sementara Ehsan menjaga adiknya dengan penuh perhatian. Walapun mereka tahu bahawa luka di dalam hati Elena mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Sementara itu, Hana. Dia melawat Elena yang berada di hospital sebaik sahaja dia mendapat berita itu daripada Dr.Zara. Farah melangkah masuk ke ruang legar hospital, sedikit terkejut apabila terlihat hana sedang berdiri di tepi koridor. Hana kelihatan cemas, matanya melirik ke arah bilik pesakit, tetapi cepat - cepat dialihkan pandangan sebaik sahaja Farah mendekatinya.

"Hana?" Farah menyapa, nada suaranya lembut tetapu penuh tanda tanya. "Eh, tak sangka jumpa engkau dekat sini. Buat apa dekat sini?" Hana terkejut, wajahny pucat seketika sebelum memaksa dirinya untuk senyum. "Oh, aku datang nak melawat Elena. Engkau pula buat apa dekat sini?" Suaranya terdengar goyah, tetapi dia segera membetulkan nadanya.

Farah tersenyum kecil, matanya tidak lepas dari mengamati wajah Hana yang kelihatan tidak tenang. "Aku kena jaga Elena. Dia dah semakin pulih, alhamdullilah. Tapi.." Farah berhenti seketika, memandang Hana dengan sedikit kehairanan. "Engkau tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dekat Elena?"

Hana tersentak sedikit, namun dia cuba mengawal dirinya. Tangannya menggengam erat tali beg yang disandang di bahunya. "Erm.. aku dengar dia ada kemalangan?" Hana berpura - pura tidak tahu, sambil cuba mengekalkan riak wajahnya yang tenang. "Aku tak pasti sangat dengan apa yang terjadi.. engkau tahu ke Farah?"

Farah menatap Hana dengan pandangan penuh curiga, namun tidak mendesak. "Elena belum cerita dekat aku pasal apa yang terjadi pada dia di rumah usang tu tapi aku harap dia okay. Luka luar memang boleh sembuh tetapi luka di dalam macam trauma itu tidak pernah akan sembuh. Farah mengeluh perlahan, masih memerhatikan reaksi Hana yang tampak semakin gelisah.

Farah mengamati wajah Hana yang semakin gelisah. Ada sesuatu yang tidak kena. Setelah beberapa saat, Farah tersenyum kecil dan berkata. "Engkau nak melawat Elena kan? Jom ikut aku." Hana terdiam sejenak.

Darahnya terasa berderau. "Eh takpelah, aku rasa Elena okay je tu. Lagipun aku dah tak rapat dengan dia sangat." Kata Hana sambil memandang mata Farah. Farah mengerutkan kening. "Tidak mengapa, sekurang - kurangnya kalau engkau melawat dia, dia akan rasa ramai orang mengambil berat tentang dia. Nada suara Farah lembut, namun ada sedikit ketegasan. "Aku rasa dia memerlukan sokongan sebanyak yang mungkin buat masa sekarang."

Hana terdiam, dia merasakan tekanan yang semakin kuat. Dia tidak mampu mencari alasan yang sesuai untuk menolak. Dengan tangan yang sedikit menggigil, dia menarik nafas panjang dan memaksa senyuman. "Baiklah, sekejap sahaja."

Farah tersenyum lega. "Baguslah. Jom." Dia berpaling, memberi isyarat kepada Hana untuk mengikutinya. Langkah Hana terasa berat, setiap langkah menuju ke bilik Elena bagai menghimpit dadanya. Jantungnya berdegup kencang, dan peluh dingin mula membasahi dahinya. Dia tidak bersedia untuk berdepan - depan dengan Elena, tidak selepas apa yang berlaku. Namun, Hana tidak mempunyai pilihan yang lain.


Farah menolak pintu bilik itu perlahan - lahan, membawa Hana masuk ke dalam. Di dalam bilik itu, suasana tegang terasa. Ehsan duduk di tepi katil Elena, tangannya menggengam erat tangan adiknya. Wajahnya yang biasanya tegas kini penuh dengan kekhuatiran. Iskandar berdiri tidak jauh, bersandar di dinding dengan lengan bersilang di dada, matanya tajam memerhatikan setiap pergerakan di dalam bilik. Faiz dan Haris, yang biasanya periang kini senyap, duduk bersebelahan di sofa kecil di sudut bilik. Di sebelah mereka, Dr.Zara. Doktor yang bertanggungjawab merawat Elena, sedang memeriksa laporan di tangannya.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀  [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now