BAB 21

25 1 0
                                    

Destiny took its time, but now she is finally his, just as it was always meant to be.
________________________________________________
Suasana malam itu tenang. Bunyi angin yang berdesir lembut di luar jendela menambah ketenangan dalam bilik mereka. Elena dan Iskandar baru sahaja selesai membersihkan diri setelah seharian yang melelahkan dengan majlis perkahwinan mereka. Walaupun kedua - duanya penat, hati mereka terasa lapang.

Iskandar menatap wajah Elena yang sedang duduk di hujung katil. Matanya redup memandang ke arahnya, seolah - olah cuba mencari kata - kata yang sesuai untuk diungkapkan.

"Sayang.." bisik Iskandar perlahan, suaranya penuh kelembutan. Elena memandang Iskandar melalui pantulan cermin, sedikit terkejut mendengar panggilan itu. Hatinya berdegup laju.

"Awak ada rasa letih ke? Atau sakit dekat mana - mana lepas habis majlis tadi?" Tanyanya dengan penuh perhatian, jarinya mengusap perlahan bahu Elena. Elena tersenyum tipis, hatinya tersentuh dengan kelembutan suaminya.

"Saya okey, Iskandar." Cuma.. penat sedikit." Iskandar memegang pipi lembut isterinya itu. "Kalau ada rasa tidak selesa, awak beritahu saya, ya? Saya  tak nak awak tahan sorang - sorang."

Elena mengangguk perlahan, tersentuh dengan keprihainan Iskandar. "Jangan risau, Iskandar. Saya betul - betul okay. Saya cuma perlukan rehat.. dan awak di sisi saya." Iskandar tersenyum mendengar kata - kata itu.

"Let's sleep now, Sayang." Kata Iskandar lembut, perlahan - lahan tangan Elena dipegang olehnya dan mendekatkan jarak mereka, malam itu tenang. Dahi Elena dicium lembut dan Elena berada di dalam pelukan Iskandar.

"Selamat malam.. Sayang. If you need me, i am here with you. Your husband, Izam Iskandar." Iskandar mengusap sambil membaca surah - surah pendek dengan punuh kelembutan. Suaranya mendayu - dayu memenuhi bilik, memberikan suasana yang tenang. Dia memulakan dengan Surah Al - Fatihah, diikuti Surah Al - Ikhlas, Al - Falaq dan An - Nas. Setiap bacaan yang keluar dari bibirnya penuh khusyuk, seolah - olah setiap ayat itu dipanjatkan dengan doa yang tulus melindungi Elena.

Elena merasakan kehangatan dan ketenangan memenuhi hatinya. Setiap kalimah yang dibaca  oleh Iskandar seolah - olah menyelimutinya dengan rasa aman. Perlahan - lahan, matanya semakin berat, dan akhirnya tertutup rapat. Dia hanyut dalam mimpinya, dengan suara Iskandar yang masih bergema lembut di dalam pendengarannya.

Iskandar menutup bacaan dengan doa, lalu merenung wajah Elena yang sudah lena. Tangannya menyentuh lembut pipi isterinya, bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk melindungi wanita yang kini menjadi miliknya. Mereka berdua dibuai mimpi, membiarkan malam itu membawa mereka ke dalam ketenangan yang mereka perlukan.

Azan Subuh berkumandang lembut dari masjid berhampiran, memecah kesunyian pagi. Elena sedikit tersentak dari lenanya, matanya perlahan - lahan terbuka. Chaya di luar masih kelam, namun panggilan azan itu cukup untuk membangunkan kesedarannya.

Di sebelahnya, Iskandar sudah terjaga. Dia mengalihkan sedikit tubuhnya, memandang Elena yang masih dalam keadaan mamai. Dengan lembut, dia menyentuh lengan isterinya, menyedarkan lebih sedikit.

"Sayang.." bisik Iskandar lembut. "Sudah Subuh. Jom, kita solat." Elena mengangguk perlahan, mengumpul kekuatan untuk bangun. Iskandar membantunya bangkit dari katil, menunggu di sisinya dengan sabar. Dia mencapai kain telekung untuk Elena yang sudah dilipat kemas di tepi katil sebelum mereka menuju ke  bilik air untuk mengambil wudhu.

Selesai wudhu, mereka berdua berdiri di atas sejadah. Iskandar menjadi imam, suara bacaan Al-Fatihahnya bergema lembut di dalam bilik itu, membuatkan Elena rasa tenang di belakangnya. Hati Elena berbisik syukur, diizinkan oleh Tuhan untuk melalui detik indah ini, solat berjemaah bersama suaminya buat kali pertama.

Selesai solat, Iskandar mengangkat kedua - dua tangannya, berdoa dengan penuh khusyuk. Elena di belakangnya turut berdoa, berharap agar perjalan rumah tangga mereka diberkati dan dilindungi. Usai doa, Iskandar berpaling, menatap wajah Elena yang masih dalam telekung. Matanya dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran.

"Terima kasih sebab solat dengan dengan saya, sayang," ujar Iskandar perlahan, suaranya penuh kelembutan.

Elena tersenyum kecil, merapatkan dirinya ke arah Iskandar. "Saya suka awak jadi imam saya. Terasa tenang."

Iskandar menarik Elena ke dalam pelukan hangatnya. "Saya akan jadi imam awak, buka setakat solat.. tapi dalam hidup kita juga. Saya janji."

Cahaya matahari pagi yang lembut menyelinap masuk melalui langsir nipis, menyentuh wajah Elena yang masih lena di atas katil. Iskandar sudah terjaga lebih awal, namun dia tidak berani bergerak, bimbang mengejutkan isterinya yang masih dalam pelukan nyenyak.

Iskandar memerhati wajah Elena dengan senyuman kecil di bibirnya. Wajah Elena tenang, nafasnya perlahan dan teratur. Rambutnya yang sedikit kusut dibiarkan jatuh di atas bantal. Dia kelihatan begitu damai, seolah-olah segala penat dari hari sebelumnya telah hilang.

Elena mula menggerakkan tubuhnya sedikit, tanda-tanda dia sudah mula tersedar. Matanya perlahan-lahan terbuka, dan yang pertama dia lihat ialah wajah Iskandar yang sudah lama memandangnya. Wajahnya kemerah-merahan, malu bila menyedari suaminya sedang menunggunya bangun.

"Selamat pagi, sayang," Iskandar berbisik lembut, suaranya dalam dan menenangkan. Tangannya yang hangat menyentuh lembut pipi Elena.

Elena tersenyum kecil, matanya masih separuh tertutup. "Selamat pagi..." Dia sedikit malu dengan keintiman pagi itu. Namun, dalam hati, ada rasa selesa yang tidak dapat diungkapkan.

Iskandar ketawa kecil melihat reaksi malu-malu isterinya. "Awak tidur nyenyak malam tadi?"

Elena mengangguk, kepalanya masih berat di atas bantal. "Terima kasih sebab bacakan surah untuk saya. Saya rasa tenang sangat."

Iskandar merendahkan wajahnya, mencium lembut dahi Elena. "Saya akan selalu ada untuk pastikan awak rasa tenang, sayang."

Elena tersenyum lebar kali ini, rasa syukur yang melimpah di hatinya. "Awak tak rasa terganggu ke jaga awal-awal macam ni?" tanyanya perlahan.

Iskandar menggeleng dengan senyuman lebar di wajah. "Kalau bangun dan tengok awak di sebelah saya, itu dah cukup buat hari saya sempurna."

Elena ketawa kecil mendengar kata-kata manis suaminya, tetapi dalam hati dia tahu, setiap perkataan itu ikhlas. "Awak ni pandai buat saya cair, tahu?"

Iskandar tersenyum nakal. "Itu memang niat saya."

________________________________________________
Happiness is knowing that at the end of the day, there's someone who loves you just as you are.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀  [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now