BAB 4

28 6 0
                                    

Pagi itu, secara tiba-tiba Elena mendapat panggilan kecemasan daripada ibunya.

"Assalamualaikum, ibu. Kenapa?" Elena menjawab panggilan ibunya dengan lembut. Suara ibunya yang panik membuatkan dia terasa segar daripada rasa ngantuk.

"Ayah di hospital." Ibunya menjawab dengan nada cemas. "Tunggu di situ, Elena. Saya akan datang."

"Baik, ibu. Tunggu sebentar," kata Elena sambil bangun dan menyiapkan diri dengan cepat. Ayah Elena adalah seorang Jeneral, seorang pegawai tinggi dalam angkatan tentera yang terkenal dengan kepimpinan dan kebijaksanaannya.

Tepat pada pukul 6 pagi, Elena tiba di hospital. Dia merasa pelik mengapa ramai orang berada di bilik tersebut. Dia segera masuk dan melihat ibunya yang sudah menangis terduduk di tepi birai katil. Elena memeluk ibunya dengan erat.

"Ibu, kenapa menangis ni?" Elena mengusap air mata yang turun dari mata ibunya. Dia kemudian memandang ayahnya. "A-ayah.." Pada saat itu, Elena baru sedar bahawa ayahnya telah meninggalkan mereka buat selamanya.

"Ya Allah, ayah!" Elena cuba mengejutkan ayahnya, tetapi dia hanya berpura-pura tidur. Malangnya, ayahnya telah pergi untuk selama-lamanya. Abangnya, Idris Ehsan, cuba menenangkan mereka berdua. "Sabar, ibu. Sabar adik. Allah itu Maha Adil."

Flashback...

"Ayah, Elena dah tak bersama dia. Elena sakit, ayah..." Katanya teresak-esak, menangis dibahu ayahnya sambil memukul dadanya. Encik Eithan, ayah Elena, menahan tangan anaknya dengan lembut.

"Berhenti, sayang. Allah itu Adil. Cinta tidak selalu bermaksud memiliki; kadang-kadang cinta adalah tentang membiarkan seseorang pergi jika itu yang terbaik untuknya." Kata ayahnya sambil mengusap kepala anaknya dengan lembut, diikuti dengan satu ciuman di dahi.

"Lepaskanlah, nak. Ayah ada di sini untukmu." Air mata ayahnya turut mengalir, merasakan kesedihan anaknya.

End of flashback...

Elena memandang ayahnya di atas katil. "Ayah, kenapa tinggalkan Elena dan ibu begitu awal? Ayah jahat! Ayah janji tidak akan tinggalkan kami lagi!" jerit Elena, emosinya meluap-luap. Ehsan cuba menenangkan adiknya.

"Berhenti, Elena! Kita harus ingat bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Kita hanya boleh berusaha dan berserah kepada-Nya." Kata Ehsan dengan tenang, meredakan suasana. Dia sudah reda dengan ketentuan yang terjadi, walaupun hatinya masih penuh dengan kesedihan.

Beberapa hari kemudian...

Elena duduk di ruang tamu rumahnya, memandang sekitar rumah yang terasa sepi tanpa kehadiran ayahnya. Suasana tenang di luar jendela tidak mencerminkan kekacauan yang dirasakannya di dalam hati. Ibunya masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehilangan, manakala Ehsan berusaha untuk kekal kuat sebagai tulang belakang keluarga.

"Bagaimana hari ini, ibu?" tanya Elena, memecahkan keheningan. Ibunya hanya mengangguk lemah, masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa Encik Eithan.

"Alhamdulillah, kita masih diberi kekuatan untuk teruskan hidup. Ayah mungkin telah pergi, tapi kenangan dan nasihatnya tetap hidup dalam diri kita," kata Elena dengan penuh kesedihan. "Dia selalu berkata bahawa kita perlu kuat dan berserah kepada Allah."

Ehsan yang baru pulang dari urusan luar rumah, duduk di sebelah Elena. "Kita perlu teruskan hidup dengan penuh keberanian dan penghargaan terhadap apa yang kita ada. Ayah telah memberi kita banyak pengajaran tentang kehidupan dan cinta."

Elena mengangguk, menyeka air mata yang mengalir di pipinya. "Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana kita boleh meneruskan tanpa ayah. Tapi saya tahu, dia mahu kita teruskan hidup dengan penuh rasa syukur."

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀  [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now