BAB 1

47 8 0
                                    

Hari itu terasa seperti hari-hari biasa yang lain bagi Elena. Setelah beberapa bulan mengumpul kembali kekuatan, dia mula menyusun kembali hidupnya. Kelas yoga dan pertemuan dengan rakan-rakan adalah sebahagian daripada rutinnya, tetapi dia tidak menjangka hari itu akan membawa perubahan yang besar dalam hidupnya.

Elena menghadiri majlis keluarga yang diadakan di rumah ibunya. Suasana majlis agak meriah dengan pelbagai hidangan dan perbualan antara ahli keluarga. Semasa Elena berlegar di sekitar ruang tamu, matanya tertangkap pada seorang lelaki yang berdiri di tepi meja makanan, berbual dengan tenang.

"Ini Iskandar, anak kepada kawan baik ibu," kata ibunya sambil memperkenalkan lelaki itu kepada Elena. "Iskandar, ini anak perempuan saya, Elena."

Iskandar tersenyum ramah. "Hello Elena, it was nice meeting you."

Elena membalas senyuman itu dengan sedikit kekok. "It was nice meeting you too." Balasnya pendek dan dingin.

Mereka berbual sementara menunggu majlis itu diteruskan lagi. Elena mengetahui bahawa Iskandar adalah seorang pegawai tentera. Iskandar, dengan pakaian santai tetapi masih menampilkan aura disiplin dan tanggungjawab, menceritakan tentang kerjayanya. "Saya bertugas sebagai pegawai tentera. Kadang-kadang kerja ini memerlukan saya untuk berada jauh dari rumah, tetapi ia juga memberi peluang untuk belajar banyak perkara."

Perbualan mereka bermula dengan ringkas, tetapi Elena merasakan ada sesuatu yang berlainan tentang Iskandar. Dia tidak cuba untuk mendekati atau mencuri perhatian, sebaliknya, dia kelihatan jujur dan bersahaja. Dalam beberapa minit berbual, Elena merasakan suasana yang tenang yang sudah lama tidak dia rasakan.

"Awak suka muzik?" tanya Iskandar sambil membuka topik perbualan yang baru.

"Yes, sedikit sahaja," jawab Elena, mula merasa selesa. Mereka berdua berkongsi minat yang sama dalam muzik, dan perbualan itu berkembang dengan lancar. Elena mula merasa kelegaan dari rutinnya dan merasai kemesraan yang belum pernah dia alami sejak lama.

Majlis itu berakhir dengan Elena merasakan sesuatu yang baru. Walaupun dia tidak sepenuhnya memahami perasaannya, dia merasakan sesuatu yang menyegarkan dalam pertemuan tersebut. "Mungkin ini adalah permulaan kepada sesuatu yang baru," bisiknya dalam hati.

Walaupun dia berbisik sebegitu di dalam hatinya, dia masih ada perasaan ragu ragu. "Tidak mengapa, lupakan sahaja. Allah ada." Bisik Elena untuk menenangkan dirinya.

Selepas majlis keluarga yang meriah, Elena kembali ke rutinnya sebagai doktor di maktab tentera, tempat yang dia pilih untuk memulakan hidup baru selepas melalui fasa sukar. Setiap hari, dia bertugas memastikan semua anggota pasukan berada dalam keadaan baik. Dia benar-benar bertekad untuk memberi yang terbaik dalam kerjanya.

Satu pagi, Elena sedang menjalankan pemeriksaan rutin di klinik maktab tentera apabila seorang pegawai tentera memasuki bilik pemeriksaan. Dia mengenali pegawai itu sebagai Iskandar, lelaki yang dia temui di majlis keluarga minggu lalu.

"Selamat pagi, Iskandar. Apa khabar?" Elena bertanya sambil memeriksa rekod perubatan.

Iskandar tersenyum. "Selamat pagi, Dr. Elena. Sihat, cuma datang untuk pemeriksaan berkala."

Elena mengangguk, agak terkejut tetapi cuba untuk bersikap profesional. "Okey, jom kita mulakan pemeriksaan."

Semasa pemeriksaan, mereka berbual tentang kehidupan masing-masing. Iskandar bercerita tentang tugasnya sebagai pegawai tentera. "Kerja ini memang memerlukan disiplin yang tinggi. Kadang-kadang agak mencabar, tapi saya suka apa yang saya buat," katanya.

Elena juga berkongsi tentang kehidupannya di maktab tentera. "Bekerja di sini memang membantu saya untuk mulakan hidup baru. Saya mula rasa lebih selesa dengan rutin saya sekarang," balas Elena. Iskandar menangguk faham.

"It was nice to meet you again. Sampai berjumpa lagi." Kata Iskandar lalu meninggalkan bilik itu. Elena termenung.

"Aku tak pernah tahu pun dia kerja dekat sini..?" Bisik Elena di dalam hati, jam ditangan dipandang. "Let's focus on our work everyone.." Katanya sendiri sambung fokus pada kerjanya, beberapa jam selepas itu. Jam menunjukkan tepat pada pukul 1 waktu untuk makan tengahari, Elena mengambil beg tangannya dan beg telekung.

Rakan sekerjanya, Hana memandang Elena. "Lunch dah ke?" Elena menanggukkan kepalanya.

"Jom lunch, macam biasa cafe!" Kata Farah yang baru keluar dari bilik rawatnya itu. Mereka bertiga telah berkawan rapat. Mereka makan tengahari di cafe bersama sama.

Sambil mereka menjamu selera sambil itu adalah masa untuk mereka berbual. Farah dan Hana memandang antara satu sama lain lalu memandang Elena.

"Kenapa?" Elena memandang pelik. Farah memandang Elena. "Aku dengar ada pegawai baru disini. Tiga pegawai baru." Kata Farah tenang. "Of course ramai nurse nanti gilakan mereka bukan?" Hana tertawa kecil. Peha hana dipukul.

"Jaga - jaga, mereka boleh je ada di sekitar kita." Pesan Farah, muka Elena nampak tenang. "Siapa je tiga pegawai itu?" Soal Elena.

Maktab tentera itu baru sahaja menerima kemasukan tiga pegawai baru yang akan bertugas di sini. Pegawai - pegawai baru ini terdiri daripada seorang Leftenan yang baru dinaikkan pangkat, seorang Mejar yang berpengalaman, dan seorang pegawai muda yang baru sahaja menyertai tentera.

"Leftenan yang baru dinaikkan pangkat, nama dia Faiz." Kata Farah sambil tersenyum - senyum. Peha Farah pula dipukul. "Amboi! kawal sedikit senyuman tu." Elena tertawa kecil. Bukan selalu mereka berbual begini.

"Mejar yang berpengalaman, Haris. Dan yang terakhir Pegawai muda yang baru sahaja masuk tentara. Nama dia Luth Rayyan." Kata Hana tenang. Elena tersedak apabila mendengar nama lelaki itu. Mengapa lelaki itu berada disini? Adakah hidup dia akan bertambah hancur apabila dapat tahu lelaki itu ada disini?

"Eh Elena engkau okay tak ni?" Kata Hana sambil mengusap belakangnya dan memberikan air kepada Elena, Elena menganggukkan kepalanya.

"Aku okay." Katanya tenang, Hana dan Farah melepaskan keluhan. "Buat kitaorang risau sahaja!" Bahu Elena dipukul lembut. Mereka tertawa.

Beberapa jam kemudian, mereka semua terlibat dalam pengenalan pengawai baharu. Izam Iskandar merupakan pegawai tentera senior di maktab. Dia turut terlibat dalam pengenalan pegawai baru ini kepada rutin dan tanggungjawab mereka.

"Kita ada beberapa pegawai baru yang akan bergabung dengan kita. Pastikan kita semua memberikan sambutan yang baik dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran sini," Kata Iskandar kepada mereka.

Elena memandang ke arah pegawai itu. Salah satu daripada mereka memandang Elena lama. Luth Rayyan.

Elena berasa kurang selesa, dia baru sahaja ingin melangkah meninggalkan kawasan itu dan merasakan dirinya terlanggar seseorang. Izam Iskandar.

"Are you fine Dr.Elena?" Soal Iskandar tenang, matanya risau. Perlahan Elena menganggukkan kepalanya.

"S-saya okay. Maaf terlanggar!" Kata Elena sambil meninggalkan Iskandar seorang diri, Elena kembali bertugas di klinik maktab. Iskandar memandang gadis itu pelik. "She said to me that she is fine..? Mata dia seolah - olah ketakutan.." Bisik Iskandar dalam hati, dia mengambil langkah mendekati tiga pegawai itu, Iskandar membawa mereka pusing di maktab tentera itu.

Adakah pertemuan Elena dan Luth Rayyan akan membawa nasib malang atau disebaliknya?

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀  [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now