PROLOG

147 9 0
                                    

Zapp!

Splash!

Bunyi libasan yang kedengaran berserta dengan darah yang memercik tepat mengenai wajahnya langsung tidak dihiraukan. Tubuh yang terkulai jatuh di hadapannya hanya dipandang tanpa terpalit sedikitpun rasa kasihan.

Bauan darah yang masih segar lagi, berlumba-lumba memasuki rongga hidungnya. Sedikitpun dia tidak merasa jijik dengan mayat dan darah yang mula memenuhi ruangan itu.

Satu senyuman misteri mula terukir diwajahnya seolah-olah pandangan matanya dihiasi dengan satu pemandangan yang cukup indah.

Darah.

Tanpa ada sekelumit rasa serba salah, dia memijak tubuh yang sudah tidak bernyawa itu dengan menggunakan sebelah kakinya dan melangkah melepasi mayat itu. Hanya dengan lirikan mata, kuli-kulinya yang lain terus menarik mayat itu keluar dari gudang.

Dia puas!



"BERITA terkini. Penemuan sebuah mayat yang tergantung di kawasan sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka telah menggemparkan seluruh negara. Laporan pihak polis mengesahkan bahawa mayat tersebut ditemui dengan kesan kelaran yang dalam. Walau bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat punca kejadian berlaku. Laporan awal menyatakan bahawa motif pembunuhan masih belum dapat dikenalpasti. Sebarang penemuan objek pembunuhan juga masih belum dijumpai. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan, diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi talian hotline yang tertera."

Cawan yang berisi teh panas, dicicip sedikit bersama satu senyuman yang cukup misteri. Berita kali ini menarik! Dia sukakan kelainan.

Next, where should we go?

BLOODY CHECKMATE (TERBIT)Where stories live. Discover now