BAB 6

56 4 0
                                    

Kelibat dua pasangan yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan dipandang lama.

 Pasangan itu kelihatan sangat bahagia. Senyuman tak henti-henti menghiasi wajah mereka. Ibarat dunia ini penuh dengan kebahagiaan sedangkan ada manusia yang berada dalam keperitan. 

Kepahitan hidup membuatkan seseorang itu belajar untuk menutupnya daripada dilihat orang lain.

Tanpa menghiraukan suara kanak-kanak yang menjerit kegirangan melihat pelbagai jenis bunga yang sedang mekar menghiasi laluan pejalan kaki, dia mengorak langkah menghampiri pasangan itu. Suara gelak tawa memenuhi halwa telinganya. Kornea mata merenung tajam kearah pasangan itu.

Sedikit demi sedikit, hujung bibirnya melakar satu senyuman. Bukan senyuman manis atau senyuman ikhlas.

Tetapi senyuman misteri.

Senyuman yang penuh dengan muslihat.

"Oh perhaps, the game has just begun."



SUASANA yang bising dengan gelak tawa, suara orang terpekik terlolong, suara kanak-kanak menjerit kegirangan, semuanya menjadi satu. Hujung bibir Emily ternaik sedikit demi sedikit dan menjadi senyuman lebar sehingga mampu menggetarkan hati Dylan. Senyuman manis yang sentiasa menjadi peneman dalam hidupnya.

"Yeah!! Seronoknya!" Emily menjerit keriangan.

Tangannya didepakan secara luas sambil dia berpusing dan melompat setempat seperti kanak-kanak kecil. Betapa gembiranya dia dapat ke sini bersama-sama dengan Dylan. Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukannya. Lompatan kecil berterusan dibuat menandakan betapa gembiranya hati seorang wanita yang bernama Emily.

Dylan yang memerhati sejak awal mereka menapak masuk ke sini turut tersenyum melihat Emily yang gembira melompat kegirangan di tengah-tengah laluan. Pedulikan apa orang nak cakap tentang mereka. Yang penting, tiada lagi bermasam muka, tiada lagi kesedihan yang melanda hati. Mereka hanya ingin bergembira sepanjang hari.

Mereka bernasib baik kerana Dylan sememangnya cuti hari ini. Disebabkan Dylan tidak mahu merungsingkan fikiran berkenaan kes pembunuhan itu, Dylan membawa Emily ke taman bunga yang sentiasa disebut-sebut Emily sejak awal perkenalan mereka.

"Honey. Jangan senyum manis sangat. Nanti ada lelaki yang tergoda dengan senyuman you tu." Tangan Emily ditarik rapat ke tubuhnya lalu tangan kiri Dylan diletakkan diatas bahu Emily sambil mereka mengorak langkah memasuki laluan yang penuh dengan pelbagai jenis bunga.

"Tak ada siapa yang minat dengan I. Hanya Dylan Heinster yang tergila-gilakan I." Laju Emily membidas kata-kata Dylan seraya menjeling manja kearah Dylan.

"I memang gila. Sebab tu you sayang sangat dekat I. Sampai I nak pergi tandas pun, you sibuk nak ikut." Dylan juga turut membidas laju tidak mahu kalah. Selalu lelaki je yang mengalah. Apa salahnya kalau kali ini lelaki nak menang? Betul tak?

"Mestilah. Mana tahu tiba-tiba you nak pasang yang baru? Lepastu you simpan dia dalam tandas. I tak nak ada pesaing." Kedua tangannya tergawang-gawang menandakan betapa Emily tidak berpuas hati.

Tanpa berlengah, Dylan menarik bahu Emily duduk di sebuah bangku kayu yang terletak di sepanjang laluan taman bunga ini. Kedua tangan Dylan memegang kejap bahu Emily supaya mereka duduk saling berhadapan.

"Listen honey. A real man won't chase hundreds of women. They make others jealous of one woman." Riak wajah Dylan berubah tegas dan serius. Dylan tidak mahu Emily berterusan berfikir tentang sesuatu yang pastinya tidak akan terjadi dalam hubungan mereka.

"You know what, you're stone hearted. You never say those three words." Ucap Emily dengan penuh makna. Setiap kali Emily melafazkan kata 'I love you', Dylan tidak pernah membalas kata-kata tersebut.

BLOODY CHECKMATE (TERBIT)Where stories live. Discover now