BAB 1

136 11 0
                                    

Daun pintu dikuak lebar sebelum ditutup dengan satu hempasan yang cukup kuat. Wajahnya tidak usah dikata. Merah.

Dengan hati yang mula membara, fail kes terbarunya dihempas ke atas meja dengan rasa geram. Rambutnya diraup kasar bersama keluhan nafas berat. Nampaknya kali ini posisinya sebagai Inspektor akan diuji lagi dengan kes-kes yang pasti akan membuat dia sakit kepala.

Dylan Heinster merupakan seorang pegawai polis yang terkenal dengan kepakaran dan kepintarannya dalam menyelesaikan kes-kes jenayah berat seperti kes pembunuhan bersiri dan kes-kes yang berbahaya. Bahkan, dia pernah menyelesaikan kes yang tergantung bertahun lamanya dalam siasatan dengan masa yang cukup singkat.

Di umurnya yang masih muda, Dylan pernah mendapat anugerah sebagai pegawai anggota polis terbaik. Pegawai-pegawai lain amat kagum dengan cara lelaki itu bekerja. Dylan mempunyai wajah yang tampan, badan yang tegap serta ketangkasannya sewaktu menjalankan misi, memang sesuailah dia memegang pangkat itu di usia yang masih muda.

Ya benar, Dylan Heinster memegang jawatan Inspektor di usia 33 tahun. Di tempat kerja, dialah 'Ace' yang dibanggakan oleh semua orang.

Tetapi kes kali ini sukar untuk diselesaikan kerana tiada sebarang petunjuk untuk dia mulakan siasatan ditambah pula dengan kenaikkan pangkat, sudah tentu semua orang meletakkan harapan yang tinggi untuk dia menyelesaikan kes kali ini. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dylan melabuhkan duduk diatas kerusi kerjanya. Kepala disandarkan. Fail-fail dan kertas yang bertaburan di atas meja dipandang kosong. Licik sungguh penjenayah kali ini. Satu bukti pun tidak ditinggalkan. Clean.

Mayat dihantar ke bahagian unit forensik untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian berlaku. Tetapi jawapan yang mereka dapat, hampa. Sebarang kesan cap jari terhadap tubuh mangsa langsung tidak ditemui. Ibarat tubuh mayat itu sudah dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang kesan cap jari.

Siapakah penjenayah kali ini?

Apakah motif pembunuhan ini berlaku?



PINGGAN yang berisi spaghetti berperisa karbonara diletakkan di atas meja. Terbit senyuman manis di wajah cantik itu. Akhirnya, setelah lebih daripada sepuluh kali percubaan, dia berjaya memasak makanan kegemaran suaminya.

Dia, Emily Anderson, isteri kepada Dylan Heinster. Mereka telah mendirikan rumah tangga sejak hampir dua tahun yang lalu. Emily merupakan anak angkat kepada jutawan bernama Ferdhin yang berasal dari Itali. Rupa parasnya yang menawan, dengan mata yang bundar berwarna biru laut, hidung yang mancung, bibir merah yang mungil dan alis mata yang cantik, hanya milik Dylan seorang.

Tutur katanya yang penuh sopan dan kelembutan, membuatkan Dylan semakin jatuh hati. Emily memilih untuk tidak bekerja di syarikat bapa angkatnya dan lebih memilih untuk bekerja sebagai freelancer IT. Lebih senang untuk dia mengurus masa bersama Dylan.

Bunyi deruman motorsikal membuatkan Emily pantas berlari ke arah pintu utama. Pintu dibuka. Emily tersenyum lebar melihat tubuh tegap suaminya yang baru pulang dari kerja.

"Lambat you balik?" soal Emily sambil menyambut huluran beg galas milik suaminya.

"Ada kes baru. You masak karbonara ke?" Dahi Emily dicium sekilas. Bau makanan menusuk masuk rongga hidungnya membuatkan dia dapat meneka makanan apa yang disediakan kali ini.

"Ha'ah. But trust me, you're gonna love this one. I assure you." Beg galas Dylan diletakkan diatas sofa lalu dia memeluk lengan Dylan sambil melangkah bersama ke arah dapur.

BLOODY CHECKMATE (TERBIT)Where stories live. Discover now