Setelah menghantar Emily pulang ke rumah dengan selamat, kini Dylan menuju semula ke balai atas desakan Daniel. Dari nada suara Daniel yang tegas dan keras tadi membuatkan Dylan yakin ada sesuatu yang terjadi.
Daniel memang sejenis yang suka bergurau senda dengan teman rapatnya. Tetapi pada masa yang sama, Daniel akan bersikap tegas sebagai seorang pegawai polis. Ketegasan seorang Daniel Spencer paling digeruni selepas Dylan. Kedua-duanya sama tegas tetapi Daniel juga seorang yang senang melawak. Tapi lawak jenakanya jangan diambil mudah kerana terselit kesinisan dan sindiran yang tidak bertapis.
Klak! Bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan Daniel yang sedang duduk di atas meja kerja Dylan berpaling ke belakang untuk melihat gerangan siapa yang masuk.
"Dy!" Tangan diangkat sebelah seperti menyapa kedatangan Dylan.
"Spill out." Tempat duduk Daniel dihampiri. Kerusi kosong ditarik rapat dan dia duduk secara berhadapan dengan Daniel.
"About Hillary Sebastian."
Nama yang meniti di bibir Daniel membuatkan tubuh yang tersandar di kerusi tadi kembali tegak. Telinganya menanti dengan sabar untuk mendengar penjelasan Daniel yang mengasaknya untuk datang dalam kadar segera.
"Kenapa dengan dia?"
Daniel menghela nafas sebelum mula bersuara.
"Dia seludup masuk bilik kau untuk ambil gambar segala maklumat dan bukti berkaitan kes pembunuhan ngeri yang masih dalam siasatan kita."
Penjelasan dari Daniel membuatkan raut wajah Dylan bertukar tegang. Tangan digenggam kuat menahan diri dari melepaskan kemarahan.
"And bad news."
Dylan mengangkat kepala.
"What?"
"All of this time, someone is listening to all our plans about the case." Suara Daniel ditekankan sedikit.
"Listening? What do you mean?" Semakin berlapis kerutan di dahi Dylan. Siapa yang mengintip mereka?
"This thing. I found it under your table." Benda yang ditemui dibawah meja pagi tadi diletakkan dihadapan Dylan.
Berbentuk segi empat. Berwarna hitam dan mempunyai lampu berwarna merah yang berkelip-kelip. Saiznya tersangatlah kecil. Jika tidak dilihat dengan teliti, tiada siapa tahu apakah benda itu.
"Bug?"
"Ya. Dan aku masih belum check CCTV untuk tengok siapa yang letak. Aku tunggu kau."
Deruan nafas Dylan berubah rentak. Dylan ingin tahu siapa pemilik bug ini. Kenapa Dylan boleh terlepas pandang?
"Check CCTV. Now!" Benda kecil itu digenggam dengan rasa geram. Makhluk mana yang berani menghendap mereka?
Hampir dua jam Daniel dan Dylan duduk menghadap komputer riba untuk menganalisa segala video yang telah direkodkan. Mereka tidak tahu sejak bila bug itu diletakkan disitu. Adakah dari sejak bermulanya kes pembunuhan ngeri ini? Atau mereka memang diintip dari awal lagi? Setiap persoalan yang muncul di fikiran, masih belum menemui jawapannya.
"Got you!"
Daniel mengangkat punggungnya dari kerusi seraya membawa komputer ribanya dan diletakkan dihadapan Dylan. Butang pause ditekan dan video mula dimainkan. Mereka berdua melihat dengan tekun sepanjang video itu dimainkan.
Berdasarkan video yang ditonton, terdapat seorang anggota polis lelaki yang menyeludup masuk semasa ketiadaan Dylan di dalam bilik kerjanya. Pegawai lelaki tersebut meliarkan pandangan sambil menggenggam sesuatu di dalam telapak tangannya.
YOU ARE READING
BLOODY CHECKMATE (TERBIT)
Mystery / ThrillerIf you're looking for sweet and happy ending, this book is not for you. It full with curiosity. AMARAN!! Peringatan! Buku ini mempunyai kandungan sensitif seperti pembunuhan, darah, kata-kata kesat dan pergaduhan yang boleh mengundang fobia atau tra...