BAB 11

41 2 0
                                    

Emily memerhatikan Dylan yang masih lena dibuai mimpi. Sejak Dylan pulang petang tadi, Dylan terus merebahkan dirinya ke atas tilam. Hanya mengambil masa beberapa saat saja, Dylan terus lena. Bunyi botol minyak wangi Emily yang jatuh kuat menghempas lantai, langsung tidak mengganggu lenanya. Sungguh nyenyak dibuai mimpi.

Emily duduk dibirai katil bersebelahan dengan tubuh Dylan yang terbaring telentang. Butang baju kemeja Dylan dibuka satu persatu sehingga ke paras dada. Jari Emily mula bermain di rambut Dylan kemudian turun ke kening. Diusap-usap penuh kelembutan. Tidak mahu mengganggu lena Dylan.

Pandangan mata Emily jatuh pada kaki Dylan yang masih bersarung stoking. Punggungnya diangkat lalu dia berjalan menghampiri kaki Dylan yang terjuntai di birai katil. Dengan perlahan-lahan, Emily membuka stoking Dylan di kaki kanan. Kemudian Emily melakukan perkara yang sama di kaki kiri Dylan. Stoking itu dibawa dan dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

Kakinya mengorak langkah menghampiri Dylan semula. Tubuhnya direndahkan sehingga hidung Emily hampir berlaga dengan hidung Dylan.

"Sleep tight, husband. I have a surprise for you!" Bisik Emily perlahan seraya melabuhkan ciuman ke dahi Dylan kemudian turun ke kedua belah pipi Dylan.

Emily kembali menegakkan tubuhnya kemudian pintu keluar dihampiri. Tombol pintu di pusing dan Emily melangkah keluar seraya menutup pintu bilik rapat.

"Okay let's start!" Ujar Emily penuh bersemangat. Ada kejutan yang dia ingin berikan kepada Dylan.

Bahan-bahan basah yang dibeli siang tadi, dikeluarkan. Daging yang siap diperap bersama makanan laut yang berada di bahagian pembeku turut dikeluarkan dan diletakkan ke dalam singki. Pili air dipasang dan dibiarkan air mengalir memenuhi bekas yang berisi makanan laut.

Hampir dua jam Emily berperang di dapur untuk menyiapkan makan malam mereka yang paling istimewa. Akhirnya makanan yang dimasak telah siap. Emily mengambil dua buah pinggan dan makanan dihias dengan cantik. Dua gelas kaca diambil. Air blue lemonade dituangkan masuk ke dalam cawan kaca itu. Lemon yang dihiris nipis, diletakkan diatas permukaan air yang dituang bersama daun rosemary sebagai hiasan. Cantik!

Setelah siap memasak, Emily berjalan keluar ke halaman rumah. Khemah kecil dibina dengan bersungguh-sungguh. Diambil meja kecil yang hanya memuatkan makanan dan minuman. Selimut tebal dan dua buah bantal disusun cantik di bahagian dalam khemah. Boleh mereka meluangkan masa bersama-sama sambil melihat bintang dan bulan.

Lampu-lampu kecil disangkutkan di sekeliling khemah. Peluh mula merenik membasahi dahi. Emily mengesat peluh dengan menggunakan lengan bajunya. Ahh! Tak mengapa. Sebentar lagi dia akan pergi mandi juga. Setelah siap semuanya, Emily melangkah menaiki tangga menuju ke kamar tidur mereka.

Pintu bilik dikuak sedikit. Kepala dijengukkan sedikit untuk melihat keadaan Dylan sama ada masih tidur atau tidak. Kelihatan kaki Dylan yang masih terlunjur di hujung katil menandakan yang suaminya masih nyenyak dengan mimpi. Pintu bilik dibuka luas dan Emily melangkah masuk.

Kaki dibawa melangkah ke arah Dylan. Tiba-tiba satu bau yang kurang menyenangkan menusuk masuk memenuhi rongga hidungnya. Emily berhenti melangkah. Emily menghidu tubuh badannya sendiri. Bau tengik! Penuh dengan bau peluh!

Emily terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Air pili dipasang sehingga tab mandi penuh. Bombshell strawberry dicampak masuk ke dalam tab mandi. Bunyi buih yang mula memenuhi ruangan bilik air itu sangat mengujakan. Emily ingin merendamkan badannya yang mula berbau peluh dan ingin berehat seketika sementara menunggu makan malam mereka tiba.

Buka saja pintu bilik air, kelibat Dylan yang berdiri tegak di hadapan pintu membuatkan Emily berganjak kebelakang.

"You! Terkejut I!" Tuala yang digunakan untuk mengelap rambut jatuh ke lantai. Nasib baik Emily sudah siap pakai baju. Kalau tidak, buat malu saja.

BLOODY CHECKMATE (TERBIT)Where stories live. Discover now