“ZARA! Kau buat apa hah?!” Adeeba memekik nyaring. Melotot luas matanya ketika melihat pasu bunga kesayangannya hancur berkecai. Tanahnya sudah bertaburan keluar. Dengan tangan dicekakkan kepinggang, Adeeba mengatur tapak bersama pandangan membunuh.
“Bukan salah Zara. Zara tak buat pun Mak Su..” airmuka Zara ketakutan. Birai matanya sudah bergenangan air hangat. Mengalir airmata itu dengan deras ketika telinganya dipulas kasar oleh Adeeba.
“Oh? Bukan salah kau? Habis tu salah siapa sekarang ni kalau bukan kau yang hancurkan pasu aku?! Kau tahu berapa harga pasu aku tu? DUA RATUS RINGGIT!! Kau ingat pasu tu murah ke?!!” telinga Zara semakin dipulas kuat. Kali ini kedua-dua belah telinga Zara menjadi mangsa amukan Adeeba.
“Bukan Zara.. bukan Zara Mak Su.” menangis teresak-esak Zara. Perih telinganya bila dipulas terus menerus oleh Adeeba.
“Kau ganti balik harga pasu aku tu. Aku tak kira.” dihentak muka Zara sehingga tersemban jatuh kebawah. Sipi saja mahu mengenai serpihan kaca pasu bunga yang pecah.
“Zara mana ada duit Mak Su.”
Dek bengang dengan ayat tersebut, Adeeba cekup pula belakang tengkuk Zara. Mahu humban Zara ketiang dinding. Namun Bunga yang sedari tadi menjadi pemerhati tidak sanggup melihat kekejaman Adeeba yang tidak berhati perut itu.
“Bunga yang pecahkan pasu mama. Bunga yang buat! Jangan pukul Zara lagi! Zara tak salah. Bunga yang buat mama!" tempik Bunga. Remaja yang berusia lima belas tahun itu berdiri berani didepan Adeeba. Mengaku kesalahan yang tanpa sengaja telah lakukannya.
Adeeba hentikan tindakan gilanya. Nafasnya dilepas kasar. Jika Bunga tidak merayu-rayu bersuara, teruk budak Zara itu Adeeba kerjakan.
“Bunga jangan cuba nak bela budak ni. Bunga ingat bila Bunga buat macam ni mama akan lepaskan Zara? Mama tahu hanya dia yang berani hancurkan harta benda milik mama. Dia saja yang selalu pancing kemarahan mama.”
“Bunga yang buat! Bunga yang buat! Jangan salahkan Zara lagi.” Bunga sungguh merasa serba salah. Kerananya Zara kesakitan.
Adeeba tersentak. Bunga sudah berani meninggikan suara didepannya sekarang.
“Bersihkan serpihan pasu tu.” sejurus kemudian Adeeba berlalu. Meninggalkan Bunga dan Zara disitu dengan perasaan yang masih menguap panas. Adeeba tidak akan memarahi Bunga serupa dia memarahi Zara. Bunga adalah anak kesayangannya.
“Zara..” Bunga mendekati Zara. Melihat telinga Zara yang memerah, hati Bunga dicuit rasa simpati.
”Maafkan Bunga, Zara. Sebab Bunga, Zara terpaksa sakit macam ni.” badan lemah Zara dipapah.
“Bukan salah Bunga.”
“Kalau papa tahu ni, teruk mama kena marah dengan papa.”
“Kalau macam tu rahsiakan daripada Pak Su. Zara tak apa-apa.”
“Mama dah melampau.”
Zara hanya mampu mengukir senyum.
“Duduk sini dulu. Bunga pergi ambilkan penyapu.” lima minit kemudian Bunga sudah selesai membersihkan kotoran tanah dan serpihan tembikar pasu yang pecah.
Tidak lama selepas itu sebuah kereta menjalar masuk. Serta merta Zara dan Bunga yang sedang berborak berhenti sejenak. Akram dengan baju tshirt polonya keluar dengan satu beg golf tersangkut pada bahu. Melihat kedua anak gadis remajanya ada dihalaman rumah, mendadak senyum Akram merekah lebar.
Dengan langkah yang masih gagah Akram berjalan menemui anak-anak gadisnya.
“Golf lagi?” dahi Bunga mengerut seraya menegur si papa yang sejak akhir-akhir ini kerap pula keluar bermain golf.
YOU ARE READING
Bunga Aurellia
RomanceCrush, sahabat dan keluarga. Bunga lahir dari keluarga kecil yang bahagia, awalnya. Kehadiran Zara menjadi sahabat yang paling Bunga sayang. Namun angkara Adeeba, Bunga terpaksa memegang luka dalam perjalanan menuju alam dewasa. "Jangan salahkan Mam...