DALAM isi surat Ghibran beberapa hari lalu, hari ini Ghibran akan melakukan perlawanan bola sepak antara kelas. Ghibran meminta Zara untuk datang melihatnya usai saja waktu sekolah tamat. Jadinya sekarang Bunga membawa Zara kesini.
Ramai yang datang melihat. Kebanyakkannya pelajar-pelajar perempuan yang bertempik sana sini menyorak pasukan mana yang ingin mereka sokong.
Rasanya ini bukanlah lebih kepada perlawanan tapi latihan semata-mata. Memandangkan tidak lama lagi akan ada perlawanan besar antara sekolah-sekolah. Jurulatih pasukan bola sepak ingin melihat kelas mana yang lebih memimpin. Jika pasukan Ghibran yang menang, maka secara automatik pasukan tersebut akan memasuki tempat ke perlawanan antara sekolah-sekolah yang terpilih.
Menarik. Oleh kerana itu Bunga bersungguh-sungguh mengajak Zara melihat perlawanan ini. Mungkin dengan kehadiran Zara semangat Ghibran bertambah sewaktu bermain nanti. Ghibran sendiri yang mengatakan Zara itu punca semangatnya didalam surat-surat yang dibacanya.
“Duduk sini Zara. Sana tu bising sangat.” ajak Bunga seraya mengamit lengan Zara kearahnya.
“Mak Su tak bising ke kita tak balik-balik?
Nanti dia marah macam mana?”Jujur saja Zara tidak suka melihat perlawanan bola sepak. Bunga pun sama. Tetapi entah mengapa Bunga yang terlebih bersemangat mengajak Zara menonton perlawanan bola sepak kali ini. Sedangkan Zara sudah memberi penolakan berulang-ulang kali pada Bunga.
“Mana ada marah. Bunga dah beritahu mama awal-awal lagi. Dia pun dah izinkan. Zara tak payah risau, kita tengok je perlawanan bola sepak ni sampai habis.”
Mereka duduk. Mata Bunga mencari-cari susuk Ghibran dibawah kerusi rehat pemain-pemain. Nampak Ghibran yang juga ikut melihat kearah disebelah Bunga, senyum yang baru mahu menguntum terus layu. Bunga kecewa berkali-kali kerana Ghibran tidak pernah mahu menoleh padanya. Ghibran cuma nampak Zara saja.
Ghibran sedang melambai-lambaikan tangannya pada Zara, tapi yang berbunyi teruja adalah orang dibelakang Zara. Mengedik cakap Ghibran tengah melihatnya dengan lambaian tangan. Bunga yang mendengar sudah mencebik. Perasannya!
“Kita tengok sekejap saja ya? Zara tak boleh lama-lama. Zara takut Mak Su tiba-tiba mengamuk.”
Hendak menenangkan hati Zara sudahnya Bunga angguk saja. Adeeba memang selalu tegas dengan Zara. Bunga sering kali mengadu pada Akram perihal sikap Adeeba yang tak pernah berubah dari dulu. Zara selalu takut jika Adeeba mengamuk.
Zara tidak lagi bersuara. Bunga fokus melihat perlawanan yang berlangsung. Bila pasukan Ghibran berjaya menyumbat satu gol, Bunga ikut menjerit seperti pelajar perempuan yang lain. Dan dua gol seterusnya berjaya dimasukkan oleh pasukan Ghibran. Masuk minit yang ke separuh, pasukan Ghibran mendahului tiga gol didepan pasukan lawan.
Bunga tak sangka Ghibran berbakat besar dalam sukan bola sepak. Tengok saja tadi, ketiga-tiga gol disumbangkan oleh Ghibran dengan bantuan rakan-rakan sepasukannya.
Tiupan wisel penamat akhirnya dibunyikan. Rengekan Zara yang minta untuk balik sejak dari separuh masa pertama lagi dihiraukan Bunga. Bunga tidak mahu lepaskan detik-detik kemenangan Ghibran. Sehinggalah perlawanan berakhir barulah rengekan Zara tak lagi berbunyi.
Bunga tersenyum kecil melihat cara Ghibran dan kawan-kawannya meraikan kemenangan mereka. Wajah berpeluh Ghibran bersinar cerah.
Ketika kepala Ghibran mendongak keatas, Bunga ikut memandang Ghibran. Tidak sedar senyum kecilnya makin merekah lebar bila Ghibran membalas. Rasa gembira yang Bunga rasa sirna kala matanya berpindah kesebelah. Zara juga sedang melakar senyum. Bermakna senyum Ghibran tadi bukan untuknya tapi untuk Zara.
YOU ARE READING
Bunga Aurellia
RomanceCrush, sahabat dan keluarga. Bunga lahir dari keluarga kecil yang bahagia, awalnya. Kehadiran Zara menjadi sahabat yang paling Bunga sayang. Namun angkara Adeeba, Bunga terpaksa memegang luka dalam perjalanan menuju alam dewasa. "Jangan salahkan Mam...