Bunga Aurellia ( 4 )

139 13 3
                                    

BUNGA, boleh bagi surat ni kat Zara?” Seorang remaja perempuan datang menghampiri Bunga yang sedang ralit melukis diatas sebuah buku.

“Surat dari siapa pula ni?” berlapis kedutan didahi licin bunga. Cepat-cepat ditutup buku lukisannya agar tidak terlihat oleh sesiapa.

“Dari Abang senior kita yang baru tu. Katanya ini untuk Zara.”

“Abang senior baru? Siapa? Kenapa tak bagi sendiri pada Zara?”

Bunga sebenarnya sudah malas menjadi perantara. Bukan kali ini saja Bunga dapat utusan surat dari peminat rahsia Zara. Semuanya berpesan supaya Zara dapat membalas surat-surat mereka. Tapi yang malangnya tiada satu pun surat-surat itu  dibaca oleh Zara. Semuanya akan jadi makanan tong sampah.

Kesian. Zara tak pernah baca pun surat-surat itu. Kadang-kala Bunga saja yang buka baca. Itu pun tak semua Bunga baca. Ayat-ayat yang ditulis buat isi perut Bunga nak terburai keluar. Terlalu bermadah pujangga. Memang patutlah Zara tidak mahu baca.

“Ala yang hensem muka ada iras-iras Chris Hemsworth tu. Baru sebulan masuk sekolah kita dah jadi kapten bola sepak. Itulah orangnya. Tak kan kau tak kenal Bunga?”

Tersedak air liur Bunga. Surat yang sedari tadi disorongkan padanya lekas saja dirampas.

“Ghi.. Ghibran Kaydar maksud kau? Abang senior baru tu Ghibran Kaydar kan? Jadi ini surat dari dia untuk Zara?”

Perasaan teruja Bunga tidak mampu  dibendung didepan pelajar perempuan yang bernama Alia itu. Nak-nak lagi bila nama Ghibran disebut-sebut. Dalam tidak sedar Bunga bawa kertas bersampul itu kehidung. Wangi Ghibran terus menerpa. Yakinlah Bunga ini memang surat dari Ghibran.

Bagaimana Bunga tahu wangi Ghibran? Sebelum ini Bunga pernah beberapa kali sengaja berpapasan dengan Ghibran. Ketika itulah Bunga hidu wangian tubuh Ghibran. Memang wangi betul. Minyak wangi apalah yang crush Bunga pakai. Dari jarak jauh pun Bunga masih mampu hidu.

“Yalah. Nanti kau bagi Zara eh? Tadi dia suruh aku yang bagi pada Zara. Tapi dah alang-alang aku nampak kau dekat sini, lebih baik aku kirim dekat kau saja surat ni. Lagipun kau memang selalu terima surat-surat dari peminat Zara kan?”

Laju saja Bunga mengangguk. Kalau surat dari peminat Zara yang ini Bunga tak keberatan nak ambil.

“Nanti aku bagi dekat Zara.”

Thanks Bunga.” Gadis remaja itu berlalu pergi.

Bunga yang masih menayangkan muka bahagianya tidak puas-puas menelek surat dari Ghibran untuk Zara. Kalau Bunga yang terima surat ini mesti rasa bahagianya buat Bunga terloncat-loncat gembira. Malangnya surat ini untuk Zara, jadi Bunga simpan baik-baik dalam begnya.

Lukisan yang tergendala tadi kembali dilakar. Wajah seorang lelaki idaman hati buat bibir Bunga mengukir senyum. Bunga bawa bibirnya mencium wajah seseorang yang  dilukisnya secara diam-diam. Hampir keseluruhan kertas kosong dalam buku itu dilukis dengan gaya berbeza-beza. Yang sama hanyalah wajah sahaja.

Rasanya sepanjang lima belas tahun Bunga hidup, ini bukanlah kali pertama Bunga mempunyai crush. Tapi yang peliknya, ini kali pertama Bunga ada perasaan segila ini.

Kalau sebelum ini crush-crush Bunga hanya sebagai peneman ketika ingin melamun tidur. Kali ini berbeza. Tak tidur saja bayangnya ada dimana-mana. Kadang kala Bunga sampai terbawa-bawa kealam mimpi. Begitu kuat penangan cinta sebelah pihak Bunga.

Pesona Ghibran Kaydar buat Bunga angau setiap hari.

Zara.

Bunga menyeru nama Zara. Kelibat Zara yang sedang menyiram pokok-pokok bunga dihampiri.

Bunga AurelliaWhere stories live. Discover now