Bunga Aurellia ( 3 )

127 10 4
                                    

“BUNGA, jom.." Zara muncul disaat Bunga sedang sibuk mencuri lihat wajah seorang lelaki yang diam-diam disukainya dari kejauhan.

"Tengok siapa tu?”

Buku skrap yang sentiasa menemani Bunga ditutup. Pensel 2B yang muncungnya sentiasa diasah itu dimasukkan kedalam kotak pensel. Bunga menyengih ketika tubuh Zara sudah berlabuh ditepinya.

“Tengok siapa? Mana ada tengok siapa-siapa.” bagaikan orang yang ditangkap sedang melakukan kesalahan saja jawapan yang keluar dari bibir Bunga

Zara sudah senyum-senyum sambil melirik kerumunan pasukan bola sepak sekolah  tidak jauh dari mereka. Disana ada remaja lelaki seusia mereka sedang melakukan latihan bola sepak dipadang. Tadi Zara nampak Bunga ralit melihat kearah sana. Bunga pasti sedang curi-curi lihat seseorang.

“Ingat Zara tak tahu ke? Tengah mengintai siapa tu?” usik Zara sambil mencuit pipi Bunga yang tembam. Anak mata Bunga tersipu-sipu malu. Belum apa-apa lagi Zara sudah menangkap basah perbuatannya.

“Bunga tengah melukis lah. Mana ada Bunga mengintai siapa-siapa dekat sini. Zara tu yang fikir bukan-bukan.” Bunga mahu bangkit tapi Zara menghalang.

“Cuba Zara tengok Bunga lukis apa dalam buku skrap tu.” tangan dijulur depan Bunga. Dan-dan juga Bunga tolak tangan Zara yang mahu mengambil buku skrap miliknya. Banyak rahsia yang Bunga simpan didalam buku skrap ini. Sebab itu setiap kali kemana-mana Bunga akan selalu bawa bersama dengannya.

“Ini rahsia. Zara mana boleh tengok. Lukisan ni semua mahal tau.”

Zara mencebik lantas berdiri. Buku skrap itu tak ingin lagi direbut olehnya.

“Jom.”

“Pergi mana? Zara dah habis perjumpaan kelab ke?”

“Dah habis dah. Bunga tak nak balik ke?Atau Bunga nak tunggu crush Bunga tu berpaling ke sini baru Bunga nak balik?”

“Janganlah. Bunga malu lah Zara.” pipi Bunga sudah merona merah. Betul-betul malu. Tersipu-sipu Bunga diusik oleh Zara.

“Mengaku pun. Yang mana satu crush Bunga? Kenapa Zara tak tahu pun Bunga ada crush dekat sekolah kita ni?”

“Crush apanya. Dah lah, jom kita balik.”

Bunga tarik lengan Zara. Belum lima langkah mereka berjalan dengan Bunga yang masih menarik lengan Zara, seseorang muncul menghalang jalan mereka dengan nafas tercungap-cungap. Peluh membasahi dahi.

Bunga dan Zara tersentak. Ditambah Bunga yang baru dapat melihat muka crush dari jarak sedekat ini. Memang Ghibran lebih tampan dari dalam gambar yang pernah Bunga lihat di majalah-majalah.

“Zara kan?” Ghibran bertanya. Nafas yang tidak teratur itu membuatkan nadanya terputus-putus.

Zara berpaling kearah Bunga. Seketika kemudian Bunga berbisik ditelinga Zara.

“Ini anak bongsu Megat Ghadir. Hari tu kita sempat intai dia sekejap. Zara tak ingat ke?” Hairan Bunga dengan Zara. Orang sekacak Ini pun boleh lupa dengan mudah. Kalau Bunga memang tak akan lupa. Lagi-lagi wajah crush sendiri.

“Ohh..” bibir Zara membulat.

“Bukan ke awak baru pindah masuk ke sekolah ni?”

Ghibran angguk. Zara perasan rupanya kehadiran Ghibran didalam sekolah ini. Hati Ghibran berbunga-bunga. Ghibran pernah jumpa Zara sekali tanpa sengaja. Ketika itu Zara sedang menolong seekor kucing. Kemungkinan dilanggar kenderaan ditepi jalan.

Entah bagaimana Ghibran boleh tertarik pada Zara. Tapi melihat cara Zara melayani binatang yang sedang sakit itu, Ghibran terus jatuh suka pada Zara. Lagi-lagi bila Ghibran dapat tahu Zara rupanya anak saudara dari salah satu pekerja di syarikat ayahnya. Maka, peluang Ghibran untuk mengenali Zara semakin terbuka luas.

Satu-satunya cara paling dekat adalah berpindah disekolah yang sama dengan tempat Zara bersekolah. Kebetulan sekolah ini juga salah sebuah sekolah yang mendapatkan dana penuh dari Megat Ghadir, papanya sendiri.

“Tapi awak Zara kan? Saya takut tersilap tegur." Ghibran menyoal dalam teruja. Kali ini Ghibran bertanya dengan suara yang lebih jelas tanpa tercungap-cungap lagi.

Zara angguk.

“Dia tua dua tahun dari kita.” bisik Bunga. Informasi ini Bunga baru dapat tahu dari rakan-rakannya yang lain.

”Dia kapten bola sepak sekolah. Baru masuk dah jadi kapten. Orang kaya semuanya senang. Nak jadi apa saja ikut suka dia.” sambung Bunga lagi.

“Saya Bunga. Kalau yang ni memang Zara. Abang tak salah tegur dia.” perkenalan tidak tahu malu Bunga hanya dibalas kerlingan tawar daripada Ghibran.

Yang mahu dikenal Ghibran adalah Zara, bukannya remaja berpipi chubby disebelah Zara. Ghibran tidak tertarik nak berkenalan dengan perempuan lain selain Zara.

“Saya Ghibran. Megat Ghibran Kaydar.” tangan dihulur didepan Zara. Ghibran tersenyum manis kala huluran tangannya disambut baik oleh Zara.

Bunga yang turut ingin berjabat tangan tidak disambut oleh Ghibran. Dengan perasaan malu yang masih tersisa, Bunga sembunyikan kedua-dua belah tangannya ke belakang. Tiba-tiba terasa dengan sikap berat sebelah Ghibran. Bunga macam manusia tak wujud Ghibran buat.

“Ohh.. kalau macam tu saya balik dulu. Jom, Bunga.”

Tangan Bunga ditarik. Terkial-kial Bunga mahu mengikuti Zara. Sebelum itu, sempat Bunga lemparkan sebentuk senyuman buat Ghibran.

Walaupun tidak mendapatkan balasan, tetap saja hati Bunga berbunga-bunga. Berkat Zara dia dapat bersua muka dengan Ghibran. Tidak kisahlah kalau Ghibran hanya melayan Zara seorang saja. Paling penting Bunga dapat melihat Ghibran secara dekat. Ghibran memang tampan. Tak sia-sia Bunga jadikan Ghibran sebagai crush.

“Dia syok dengan Zara lah.” usikan itu mendapat jelingan tak suka daripada Zara.

“Zara tak suka dia.” beritahu Zara tanpa selekoh.

“Kenapa tak suka? Dia tampan. Badan dia tegap. Kaya pun ya.”

“Zara tak suka saja. Kenapa tiba-tiba dia tegur Zara?”

“Sebab dia syok kat Zara.”

Zara menjeling Bunga. Ketika ini mereka baru saja melewati pagar sekolah dengan berjalan kaki.

“Zara masih sekolah lagi tau. Zara tak fikir lagi benda-benda mengarut tu semua. Kalau boleh Zara nak habiskan sekolah dengan keputusan yang cemerlang. Zara nak belajar tinggi-tinggi. Bunga kan tahu itu cita-cita Zara dari kecil lagi.”

Bunga angguk mendengar.

“Bunga pun ada cita-cita juga.”

Zara merenung Bunga disebelah. Entah cita-cita Bunga itu boleh dianggap cita-cita atau apa.

“Ya, Zara tahu. Bunga nak jadi isteri solehah kan? Bunga nak lahirkan anak ramai-ramai dan duduk rumah layan suami saja. Itu cita-cita Bunga. Zara selalu dengar Bunga cakap benda yang sama. Zara dah hafal cita-cita Bunga yang panjang berjela-jela tu.”

Bunga sengih.

“Bunga tak nak belajar tinggi-tinggi. Nanti bila habis sekolah Bunga nak belajar melukis dengan memasak saja. Kan sambil melukis boleh buat duit.”

“Zara sokong. Bunga buatlah apa yang Bunga nak buat janji Bunga bahagia ”

“Bunga nanti perlu cari calon suami yang baik saja. Bunga nak hidup bahagia dengan suami dan anak-anak Bunga. Bunga tak sabar nak jadi orang dewasa.”

Bunga dengan segala fikiran kolotnya memang tidak boleh dipisahkan. Zara berharap agar suatu hari nanti Bunga dapat mencari seorang lelaki yang boleh bahagiakan dia. Lelaki baik-baik yang dapat menjaga Bunga kerana Zara tahu sesiapa saja yang menjadi jodoh Bunga memang sangat beruntung.







Bunga AurelliaWhere stories live. Discover now