Z A F I E R A | 1 💌

15 4 0
                                    

Amiera memandang jam di pergelangan tangannya sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke kafe kegemarannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amiera memandang jam di pergelangan tangannya sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke kafe kegemarannya. Sejak dia memulakan kerjaya sebagai architect di sebuah syarikat pembinaan terkenal di Kuala Lumpur, dia sering datang ke kafe ini untuk bersarapan sebelum memulakan hari yang sibuk.

Kafe kecil yang terletak di sudut jalan itu sering menjadi tempat dia meluangkan masa sambil menikmati secawan kopi dan croissant kegemarannya.

Pagi itu, seperti biasa, Amiera menolak pintu kaca kafe lalu melangkah masuk ke dalam. Bau kopi yang baru dibru menyambutnya, memberikan sedikit kelegaan sebelum memulakan hari yang penuh dengan mesyuarat dan projek baru. Dia menuju ke kaunter dan memesan hot latte serta croissant.

"Good morning, Miera! As usual right? Hot latte and croissant?", sapa Maria, barista yang sudah mengenali Amiera yang merupakan pelanggan tetap di kafe miliknya.

"You know me too well, Ria. By the way, thank you!", jawab Amiera sambil tersenyum.

Sambil menunggu pesanan croissantnya tiba, Amiera memilih meja di sudut yang tenang, bersebelahan tingkap besar yang menghadap ke jalan raya yang sibuk. Dia mengeluarkan laptop dari begnya, bersiap sedia untuk memeriksa beberapa emel penting.

Namun, sebaik sahaja dia duduk, seseorang secara tak sengaja terlanggar mejanya, menyebabkan kopinya hampir tertumpah.

"Oh, maaf-maaf! Saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya", kata seorang lelaki sambil cepat-cepat mengambil tisu dan membersihkan tumpahan kopi di meja Amiera.

Amiera tersenyum kecil.

"It’s okay, it’s just a small accident. Hot latte saya masih selamat lagi. Lagipun awak tak sengaja. Saya faham", seloroh Amiera berkata dengan sopan tanpa sedikit riak wajahnya menunjukkan dirinya marah.

Lelaki itu mengangguk dan tersenyum.

"By the way nama saya Zafran. Saya bekerja dekat hospital yang berdekatan sini. Izinkan saya belanja hot latte baru untuk awak sebagai permohonan maaf? Saya rasa serba salah sekarang ni", ucap jejaka yang bernama Zafran itu sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

Amiera terkejut dengan tawaran itu namun segera dia menyedari bahawa Zafran kelihatan ikhlas untuk membayar semula hot lattenya yang tertumpah itu. Tak banyak mana pun, sikit aje yang tumpahnya itu.

"Tak apa, Zafran. Saya tak kisah dan tak marah pun. By the way, saya pulak Amiera, jurutera di syarikat pembinaan yang juga tak jauh dari sini. Kita anggap aje ini sebagai pertemuan takdir kita hehe”, kekok Amiera ucapkan kata tu.

'Pertemuan takdir? What the hell, Miera. Don’t embarrassing yourelf. Aigoo', kutuk Amiera dirinya sendiri dalam hatinya

Zafran ketawa kecil. 

"Pertemuan takdir, ya? Alright, noted haha. Apa yang membuatkan seorang architect like you datang ke kafe ini setiap pagi?", tanya Zafran yang duduk di hadapan Amiera. Tak tahulah bila jejaka tu amik kesempatan duduk dekat depan gadis tu.

DESTINY OF LOVE | CWhere stories live. Discover now