Z A F I E R A | 7 💌

10 3 0
                                    

Sebulan yang lalu ketika Amiera menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan Zafran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan yang lalu ketika Amiera menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan Zafran. Hati Zafran hancur dan air mata mengalir deras di pipinya. Dia memeluk tubuh Amiera dengan erat, merasakan kehangatan tubuhnya yang perlahan-lahan menghilang. Malam itu, dunia seolah-olah berhenti berputar bagi Zafran.

"Walaupun saya tahu benda ni akan berlaku, tapi kenapa saya masih lagi tak dapat nak terima ketentuan Ilahi. Saya tak bersedia lagi untuk kehilangan awak, sayang. Namun saya tahu, awak dah tak sakit lagi dekat dunia kejam ni. Saya harap awak dah bahagia di sana. Jangan lupakan saya. Saya akan tetap menunggu awak. Awak kena tunggu saya tau", ujar bersendirian Zafran masih lagi memeluk tubuh kaku milik Amiera lalu mencium dahi serta wajah pucat sang kekasih hatinya untuk kali terakhir sebelum dirinya memanggil doktor untuk mengesahkan masa kematian Amiera.

"Tarikh kematian Nur Amiera Binti Arshad pada 30 May 2023 dan masa kematian tepat 11.35 malam. Innalillahwainnalillahirajiun. Salam takziah dari saya kepada ahli keluarga serta orang tersayang Allahyarhamah Amiera", ucap Doktor Wani sambil menahan sebak kerana Amiera merupakan pesakitnya yang juga merupakan kekasih hati kepada juniornya.

Terasa kehilangan kerana Amiera merupakan seorang yang cekal dan ceria, jadi pemergiannya merupakan satu kehilangan dalam hospital itu termasuklah kepada pesakit yang lain yang rapat dengan Amiera.

Di hospital, doktor dan jururawat memberi ruang kepada Zafran untuk meratapi kehilangan Amiera. Maria, yang juga berada di hospital, mendekati Zafran dengan penuh rasa simpati.

"Zafran, aku turut berduka atas kehilangan sahabat baik aku. Kau kena kuat sebagaimana Amiera kuat untuk melawan sakitnya selama berbulan-bulan. Bagi aku, Amiera merupakan wanita yang kuat dan luar biasa. Aku yakin yang dia tahu yang kau betul-betul cintakan dia", pujuk Maria sambil memegang bahu Zafran untuk memberi semangat untuk jejaka itu yang seakan kehilangan hidupnya.

"Terima kasih, Ria. Amiera adalah segala-galanya untuk aku. Aku tak tahu macam mana aku nak teruskan hidup aku selepas ni. Dulu masa dia putuskan hubungan kami, aku masih lagi mampu melihat dia. Sekarang ni kitorang dah berbeza dunia", lirih Zafran berkata dengan suaranya yang bergetar itu.

"Zafran, kau kena kuat. Amiera mesti nak kau meneruskan hidup dan membantu lebih ramai orang, seperti yang kau selalu buat", kata Maria dengan lembut.

Zafran mengangguk perlahan. Dia tahu Maria berkata benar, tetapi hatinya masih berat dengan kesedihan. Beberapa hari kemudian, di hari pengebumian Amiera, ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Zafran berdiri di sisi kubur yang tertulis nama Nur Amiera Binti Arshad, memandang tanah yang menutupi wanita yang dicintainya.

"Amiera, saya janji akan meneruskan hidup saya dengan kenangan indah kita. Saya akan menjadi doktor yang lebih baik dan membantu lebih ramai pesakit, seperti yang awak inginkan", bisik Zafran membiarkan air mata mengalir laju di pipinya.

Selepas pengebumian, Zafran kembali ke kafe kegemaran mereka. Maria mendekatinya dengan secawan hot latte yang merupakan kopi kegemaran Amiera setiap kali didirnya datang ke kafe itu.

DESTINY OF LOVE | CWhere stories live. Discover now