Kesihatan Amiera kini semakin merosot. Rawatan yang dijalaninya langsung tidak memberikan hasil yang diharapkan malah tubuhnya semakin lemah. Namun, di sebalik penderitaan yang ditanggungnya, Amiera tetap tabah dan bersyukur kerana masih mempunyai Zafran di sisinya. Zafran menjaga Amiera dengan penuh kasih sayang dan kesabaran, memastikan setiap keperluannya dipenuhi.
Malam, Zafran duduk di sebelah katil Amiera di hospital, memegang tangannya dengan erat. Gadis itu memandang Zafran dengan mata yang sayu namun penuh dengan kasih sayang.
"Zafran, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya", ucap Amiera dengan suara yang lemah.
"Amira, saya berjanji untuk sentiasa berada di sini untuk awak. Awak adalah segalanya bagi saya", balas Zafran sambil mencium tangan Amiera.
Amiera tersenyum lemah.
"Saya sangat bersyukur sebab ada awak dalam hidup saya. Sungguh indah takdir saya dipertemukan dengan awak. Setiap detik saya bersama dengan awak adalah kenangan yang paling indah yang pernah saya ciptakan dalam hidup saya."
Zafran mengangguk.
"Saya juga merasa macam tu, sayang. Setiap saat bersama awak adalah saat yang paling berharga bagi saya. Jadi saya mohon pada awak jangan tinggalkan saya. Awak kena kuat."
Mereka berdua mengenang kembali kenangan manis yang mereka lalui bersama. Amiera tersenyum sambil menceritakan kisah pertama kali mereka bertemu di kafe milik Maria.
Kafe tu menciptakan kenangan antara Amiera dan Zafran dari awal mereka berjumpa sehinggalah sekarang.
"Awak ingat tak masa kali pertama kita berjumpa? Awak hampir tumpahkan hot latte kegemaran saya", bicara Amiera lemah sambil ketawa kecil mengingati semula situasi di mana mereka kali pertama berjumpa.
Zafran turut ketawa mengingati situasi tersebut.
"Of course saya ingat, sayang. Saya malu gila masa tu. Tapi tulah yang membawa kita bersama sehingga sekarang."
Lalu mereka berdua terus berbual tentang kenangan-kenangan manis mereka, dari saat-saat di kafe, konsert muzik klasik, hingga perjalanan mereka ke galeri seni. Setiap kenangan membuatkan mereka tersenyum dan merasa lebih dekat antara satu sama lain.
Maria, barista kafe yang menjadi saksi perjalanan cinta mereka, datang melawat Amiera di hospital.
"Miera nah ni bunga untuk kau. Aku harap kau terus kuat. Aku akan sentiasa ada dengan kau", lirih ucap Maria sambil memeluk Amiera ketika dia melihat wajah pucat dan badan sahabatnya itu kian melemah.
Tak sanggup untuk Maria melihatnya. Dia berharap akan ada satu keajaiban berlaku ke atas sahabatnya untuk kembali sembuh. Insya Allah.
"Terima kasih, Ria. Susah-susah aje kau datang sini. Insya Allah aku kuat demi korang. Doakan aku", jawab Amira dengan senyuman yang lemah.
YOU ARE READING
DESTINY OF LOVE | C
Random(𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗 𝕷𝖆 𝕱𝖑𝖔𝖗 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘🌷) SHORT STORY! Pertemuan secara tidak sengaja diantara Amiera dan Zafran di dalam sebuah kafe yang berada di tengah Kuala Lumpur. Di mana berlakunya sebuah perlanggaran yang hampir menumpahkan kopi membawa ke...