Z A F I E R A | 4 💌

9 4 0
                                    

Lama-kelamaan tubuh Amiera semakin lemah dan kesihatannya semakin merosot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama-kelamaan tubuh Amiera semakin lemah dan kesihatannya semakin merosot. Kadang-kadang kepalanya sakit yang amat sehingga dirinya perlu mengambil painkiller sehingga dirinya overdose dan kadang-kadang hidungnya juga turut mengalirkan bendalir berwarna merah dengan laju tanpa dirinya sedari.

Amiera tak dapat nak menunggu lagi, akhirnya dirinya membuat keputusan untuk melakukan sekali lagi pemeriksaan ke atas tubuh badannya bersama Doktor Wani tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah Zafran. Dia tak mahu menganggu masa kerja sang kekasih hatinya serta tak nak membebankan Zafran.

Di ruangan kerja doktor Wani, Amiera duduk dengan tenang namun hatinya berkecamuk apabila berita yang disampaikan oleh Doktor Wani agak buruk baginya.

"Miera, saya minta maaf awal-awal pada awak. Keputusan pemeriksaan awak dah keluar lebih awal. Keputusan tu menunjukkan bahawa 99.9% awak menghidap penyakit barah otak tahap 3", berita yang disampaikan oleh doktor Wani sangat mengecewakan hati seorang Amiera.

Tak dapat dirinya membayangkan wajah bahagia milik Zafran bertukar menjadi sedih. Sudahlah mereka sudah membuat perancangan untuk bernikah pada akhir tahun ni.

"Saya sarankan awak untuk menjalani rawatan atau dikenali sebagai kemoterapi untuk mengurangkan kuman yang dah semakin merebak di organ dalaman Miera. Kalau Miera lambat buat kemoterapi, nanti keadaan Miera akan menjadi semakin teruk", bicara Doktor Wani kepada Amiera untuk melakukan rawatan itu dengan segera.

"Saya faham, doktor. Tapi saya perlukan sedikit masa untuk fikirkan semua hal ni. Nak minta tolong sikit pada doktor boleh?", pinta Amiera dengan nada perlahannya menahan rasa sebak dengan apa yang sudah berlaku sekarang ni.

"Boleh, Miera."

"Saya nak minta tolong doktor jangan beritahu pada sesiapa tentang hal ni termasuklah Zafran. Saya tak nak bebankan dia. Cukuplah selama ni saya dah banyak menyusahkan dia", tutur Amiera dengan sebak.

"Insya Allah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk merahsiakan hal ni daripada semua orang. My patient's wish is my main priority. Tapi saya harap awak dapat buat keputusan dengan tepat secepat mungkin untuk melakukan kemoterapi. Ini soal nyawa awak", prihatin Doktor Wani berbicara bersimpati ke atas takdir yang tertulis pada seorang Amiera.

"Baik. Saya faham, doktor. Terima kasih atas segala-galanya", jawab Amiera mengambil segala keputusan kesihatannya lalu keluar dari bilik doktor dengan hati yang berat.

Setelah Amiera sudah mengetahui hal kesihatannya, dia mula menjauhkan diri daripada Zafran. Dia berasa bersalah kerana merahsiakan perkara itu, namun dia juga tak mahu Zafran terbeban dengan keadaannya. 

Di kafe, Amiera kelihatan resah dan lebih pendiam daripada biasa.

"Sayang, kenapa awak tak nampak macam biasa. Are you okay, sayang?", tanya Zafran dengan nada penuh kebimbangan.

"I'm okay, don't worry. I'm just a little bit tired because of my work", jawab Amiera sambil cuba tersenyum. 

Tiba-tiba dia terasa agak susah untuk senyum sedangkan dirinya adalah seorang yang pemurah dengan senyuman

DESTINY OF LOVE | CWhere stories live. Discover now