Z A F I E R A | 2 💌

10 4 0
                                    

Sejak pertemuan pertama mereka di kafe, Amiera dan Zafran semakin rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak pertemuan pertama mereka di kafe, Amiera dan Zafran semakin rapat. Setiap pagi mereka berjumpa di kafe itu, dan perbualan mereka semakin panjang dan mendalam. 

Dalam suasana nyaman dan damai kafe itu, persahabatan mereka berkembang menjadi sesuatu yang lebih bermakna.

Pada pagi tu, ketika Amiera sedang duduk di meja kegemarannya sambil menunggu Zafran, Maria iaitu barista kafe itu datang menghampirinya.

"Miera, hot latte and croissant like usual, right?", tanya Maria sambil tersenyum.

"Ah, yes but make it two. Terima kasih, Ria. Hot latte kau memang tak pernah mengecewakan aku", balas Amiera dengan senyuman.

Maria mengangguk sambil tertawa kecil mendengar pujian dari kawannya itu lalu beredar ke kaunter untuk menyediakan pesanan Amiera. Beberapa minit kemudian, Zafran masuk ke kafe dengan senyuman lebar di wajahnya.

"Assalamualaikum dan elamat pagi, Miera. Maaf, saya terlambat sedikit hari ini. Ada pesakit kecemasan pagi tadi", kata Zafran lalu duduk di hadapan Amiera.

"Tak apa, Zafran. Saya pun baru sampai. Macam mana keadaan pesakit itu? Okay ke?", tanya Amiera dengan penuh minat.

“Alhamdulillah, keadaan pesakit itu dah stabil sekarang. Ni lah tugas sebagai seorang doktor. Memang penuh dengan cabaran tapi saya gembira sebab dapat membantu mereka yang memerlukan", jawab Zafran sambil tersenyum.

Maria datang dengan pesanan mereka dan meletakkan 2 hot latte serta 2 croissant milik Amiera dan Zafran di atas meja.

"Terima kasih, Maria", kata Amiera dan Zafran serentak.

"Sama-sama. By the way, korang berdua memang nampak serasi sangat. Dah macam bercinta", seloroh Maria sambil tersenyum usik sebelum kembali ke kaunter.

Manakala Amiera dan Zafran saling berpandangan dan tersenyum malu akibat diusik oleh Maria. Mereka terus berbual tentang pelbagai topik, termasuk minat mereka dalam muzik dan seni.

"Awak suka muzik klasik tak, Miera?", tanya Zafran secara tiba-tiba ketika mereka berdua sedang menikmati sarapan. 

"Ya, saya memang minat sangat-sangat dengan muzik klasik. Muzik klasik dapat memberikan saya ketenangan. Awak pulak, Zafran?", balas Amiera.

"Saya pun suka muzik klasik. Lagi-lagi karya-karya muzik Beethoven dan Mozart. Bukan setakat lagu klasik aje, saya pun minat dengan lukisan. By the way, awak pernah tak melawat galeri seni di ini?", tanya Zafran.

"Belum pernah pergi. Saya memang minat seni sebab saya sendiri arkitek kan tapi tu lah saya tak ada masa untuk melawat galeri. Mungkin suatu hari nanti kita boleh pergi bersama, nak?", cadang Amiera dengan senyuman manisnya.

"Good idea, Miera. Saya akan pastikan yang kita dapat meluangkan masa bersama di sana nanti. Tapi tunggu saya tak ada shif", jawab Zafran dengan mata yang bersinar.

DESTINY OF LOVE | CWhere stories live. Discover now