Chapter 1 - Kejiranan Baru

11.5K 33 2
                                    

"A... Abang... Apa ni...?" soal Syaima sedikit ternganga. Si suami senyum sebelum menghampiri isteri yang dikasihi itu dari belakang lalu dipeluknya. Dikucup bahu Syaima itu.

"Rumah baru kita... Dan saya letak nama awak... Hadiah anniversary kita yang ke 20..." bisik si suami penuh romantis. Syaima masih ternganga sambil matanya melihat rumah banglo besar dihadapan matanya itu. Lengkap dengan kolam renang di sebelah, pondok kecil, dan landskap yang rekanya bukan biasa biasa.

Seperti yang selalu diusik kepada suaminya. Syaima tidaklah serious, tetapi lumrahlah wanita, apabila nampak rumah yang besar, cantik, pastinya dia akan "abang... cantik kan rumah tu? Abang... Cantik kan landskap dia? Abang... Kan best kalau ada kolam renang..."

"Lagipun saya dapat naik pangkat... Lagi dua tiga pangkat dapatlah jadi CEO... Hehe... Tapi takdelah CEO... Rasanya anak Dato Seri yang akan naik nanti... Tapi bang rasa abang dah bersyukur dapat pangkat macam ni... Boleh beli rumah untuk sayang... Jom masuk?" ajak si suami.

Syaima mengikut ibarat dipukau. Sebelum ini mereka tinggal di rumah teres setingkat semenjak kahwin. Dengan anak dua orang, mereka tidak pernah serious membincangkan untuk berpindah rumah. Sehinggalah sekarang.

Ruang tamu rumah itu besar, lengkap dengan perabut. Seolah sama seperti ruang tamu di dalam drama drama TV pukul 7 itu.

"S... Saya... Saya tak tahu nak cakap apa abang..." kata Syaima sebelum air matanya mengalir sedikit.

"Hehe... Terima kasih macam mana?" Cadang si suami.

Syaima senyum sebelum leher suami dipeluk erat. "Terima kasih, abang...."

************

"Woww Ummiiii.... Best la rumah baruuuu...." Anak perempuannya, Syazana menelefon dari asrama. Waktu begini biasa anaknya itu menelefon melepas rindu. Walaupun sebenarnya tak lah jauh mana sekolah berasrama penuh di PWTC itu dengan rumahnya di pingir KL.

"Hehe... Abi Ana la ni... Ana tau ke? Pasal surprise ni?" soal Syaima sambil mengacau doh cekodok pisang dengan tangan yang satu lagi. Makanan petang untuk si suami.

"Ana dengan Along tau... Kitorang pun ada tolong Abi pilih pilih perabot semua... Hehe..." jawab Syazana di dalam telefon.

"Nakal lah kamu ni..." usik Syaima kembali.

"Okayla ibu... Ana pergi dulu... Kredit dah nak habis ni... Nanti suruh Abi topupkan ya? Bye! Assalamualaikum!" "Waalaikumsalam..." sempat sahaja Syaima meletakkan telefon, terdengar orang memberi salam dari luar. Suara wanita.

Tangan dibasuh sedikit sebelum salam dijawab dan langkah menghala keluar, tahu yang si suami di atas sedang mandi petang.

"Ye ye waalaikumsalam...." Syaima membuka suis pagar sebelum melangkah ke luar. Kelihatan 2 orang wanita, seorang bertudung dan seorang berambut ponytail menyambutnya. Kedua duanya memakai pakaian sukan yang bagi Syaima agak ketat. Namun dia tidak memberi sebarang komen.

Mereka berdua masuk ke dalam porch rumah Syaima itu sambil bertukar salam.

"Saya Bella, yang ni Penny... Awak baru pindah sini kan?" wanita bertudung itu mengenalkan dirinya.

"Haah betul... Baru pagi tadi masuk... Saya Syaima..." Syaima pula mengenalkan diri.

"Oh... Betul lah... Sebab kami dah seminggu dua ni nampak lori hantar barang sikit sikit tapi takde penghuni... Hehe... Rumah saya depan rumah awak ni je... Rumah Penny pula yang dekat hujung sana... Sajelah kami datang nak kenalkan diri dengan jiran baru... Nak berkenalan..." kata Bella. Penny mengangguk.

Ustazah SyaimaWhere stories live. Discover now