Yeonmin pov
Aku tak faham kenapa sesetengah orang tak boleh kalau tak berak sehari .
Kita ambil zhanghao sebagai contoh.
Dah janji balik Youth Camp pergi Makan dekat Mak Melah Cafe .Janji dia janji-janji cina . Everytime Nak gi Mak Melah punya kafe , mula lah punggung dia , kepala dia , dada dia buat masalah . Ada tak kena Ni . Ni mesti Mak Melah Ada goda-goda dia . Aku pasti .Aku melangkah masuk ke dalam kafe dan udara Segar menusuk jiwa dan raga . Akhirnya , selepas 3 Hari Youth Camp , Aku dapat Rasa Pendingin hawa .
Aku duduk dan menunggu pelayan datang untuk ambil order .
Macam biasa , menu TERsangat sihat , kek strawberi dan Susu coklat Bersama whipped cream . Nikmat ya adik-adik . Selepas makan manisan yang sihat , Aku keluar , tak lupa bagi pelukan hangat untuk Mak Melah . Wanginya Mak Melah , bau bunga melati . Eh .Setelah beberapa langkah , Aku sudah mulai jauh , jauhh terbawa pergi~~
Tiada Kafe Mak Melah dalam vision Aku . Apa Benda yang menitis Ni . Aku nangis ke . Eh bukan . Aku memandang ke atas . Hujan . Menitis masuk ke dalam Mata ."Aduh , apasal Pula Ni . Aku tak Bawa payung . "
Makin lama makin lebat . Aku mula berlari , sikit lagi Ni Nak Sampai Bus Stop .
MAKIN LEBAT YE .
"AAA TOLONG , SUNJAE . PAYUNG PLES , TAKDE SUNJAE PUN , SUNJAYY PUN BOLEH LAH" Aku menjerit sambil melindungi kepala daripada terkena hujan .
Tiba masanya untuk melintas . Tapi takde Satu pun kereta Nak bagi Aku laluan . Dunia Ni memang Dunia yang tak adil . Tak cukup cantik kah Aku . Bila tengok belakang , Ada pantulan cermin , wah , patut tiada orang Nak bagi Jalan . Muka macam Baru keluar daripada perut sawa .
Oh tolonglah bagi Aku Jalan , sekejap je , tak lama . Ni hujan dah lah lebat. Nak Harapkan sunjae , sunjayy pun takda .
"haih , apalah Nasib Ak--"
Lah hujan berhenti ke ? Aku mendongak ke atas , adakah ini sunjayy yang Aku tunggu-tunggu ?
Aku dengan Harapan dan Mata yang bersinar-sinar , berharap jejaka INI ialah sunjayy ."Hi awak"
Sunjeng Rupanya .
Mana-mana jumpa Matthew . Tak boleh ke sehari tak jumpa dia Ni .
"Awak Nak melintas ke ?" Tanya dia . Taklah , Nak berdiri je sini Sampai banjir Satu Korea Ni .
"Haah" , jawab Aku . Sorrylah, nonchalant sikit . Tite betmut .
"Saya tolong awak "
Dia pegang payung dengan erat , tangan Satu lagi Nak taknak je sentuh bahu Aku supaya tak terkena hujan . Alim nya .Yang anehnya , kereta pandai berhenti bila jantan Ni Nak lintas . Lama - lama macam Ni ,boleh tersuka Pula . Eh . Jangan . Jaga Imanmu .
"Dah Sampai . Baju awak basah , mesti awak sejuk . Lain Kali Bawa lah payung . Awak selalu tak Bawa payung , Sama macam Hari Sukan haritu . " , dia meletakkan payung ke tepi . Dan terkejut saya . Dia bagi Aku jaket dia woo . Gentleman Nye . Eh jangan . Iman mu Iman mu .
YOU ARE READING
𝘓𝘰𝘺𝘢𝘭 𝘚𝘦𝘰𝘬 𝘔𝘢𝘵𝘵𝘩𝘦𝘸
Fanfiction" Aku harap Kau tak main-main bila Kau kata dia memenuhi kriteria gadis Idaman " Matthew , Seorang remaja yang layaknya dipanggil kanak-kanak telah menaruh perasaan terhadap gadis yang berperwatakan ganas . Main Character : Seok Matthew , Park Yeonm...