"Amboi kawan Kita ni , senyum bukan main sampai ke telinga" , tegur Gunwook apabila melihat sosok manusia yang sangat dia kenali . Siapa lagi kalau bukan habang kanada jodohnya Yeonmin . Aik ?
"Aku ke ?" , amboi habang kanada , pura-pura tak Tahu pula . Pada masa yang sama , Gunwook yang tersenyum kambing pun membuka suara .
"Aip aip ! Kau tak yah Nak elak ek . Aku nampak dengan terangnya ! 720p haa bukan 144p ! Cuba Kongsi sikit apa Jadi" , makin lama perasaan ingin tahu Gunwook semakin meninggi setinggi impian Yujin Nak belajar atas almari . 'mak Kata kena belajar tinggi-tinggi' .
"Tak apa-apa lah . Biasa lah , mood Aku pagi ni elok je . Kau takyah Nak buat muka miang"
Jatuh rahang Park Gunwook apabila mendengar ayat terakhir . Bagaikan tertikam pisau tajam , terkena tepat pada jantung .
"Sampai hati Kau panggil Aku muka miang ? Muka segak tampan kacak Ni?""Hello ! That's me !" , datang Pula natang berbaju hitam 24 jam , ini suka mencelah kalau dengar 'segak Tampan kacak'
"Matthew , jangan dengar kata-kata pendusta ." , Gunwook menarik Matthew jauh-jauh daripada Ricky . Tak Mampu lagi bertahan mendengar Si Rikai tu . Manakala budak Rikai tadi dipanggil Gyuvin , kelas Bawah . Agak bermasalah sedikit pelajar bermarga Kim ni Tetapi Ricky tetap setiap walaupun Gyuvin terkadang Nak merasa Makan tangan Ricky ."Ada apa dengan headphone tu ? Senyum je Dari tadi . Asal tengok headphone je senyum . Apa angau sangat ni" , tegur Gunwook lagi . Entah kenapa abang kanada kelas tu asyik senyum je.
"Comel headphone ni sebab tu Aku senyum . Kau tak Rasa ke headphone Ni comel ?" , Tanya Matthew mahu menukar topik tentang dirinya yang tersenyum sendiri seperti Sedang berangan sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kembar dan dua isteri .
Gunwook meneliti wajah Matthew dengan penuh rasa curiga . Pandangan Matthew itu luar bisa , pandangan yang lembut , pipi yang berona dan senyuman hangat jelas terukir di bibirnya .Adakah jatuh Cinta ? Adakah benar Matthew jatuh Cinta dengan seorang gadis ? Bukanlah rumor mengatakan bahawa dia gay ?
Eh ."Kau kenal Yeonmin Kan ?" , dengan sepantas kilat kepala Matthew berpusing 90° . Takkan 360° Pula , lebih-lebih siapa Nak layan .
"Amboi , laju hengkau eh"
"T-takde lah . Kenapa dengan Yeonmin ?" , kegugupan mula memakan diri Matthew dan itu langsung tidak membantu .Senyuman Gunwook semakin lebar .
"Oh~~ itu type Kau eh"
"H-ha ? Kenapa ? A- apa maksud Kau type Aku ? Type laptop ..n-nenek Aku ke ? A-atau type telefon isteri bapa Aku ?"
"Kau gugup pun jangan tunjuk , Terang bersuluh lagi tu . Beritahulah Aku siapa perempuan yang bertuah tu ?" , duk mencucuk cucuk pinggang orang , macam mana lah Anak Seok Nak menjawab . Akhirnya , Gunwook mendapat tamparan segar di kepala . Siapakah gerangan tersebut ?"Nak lagi Makan penampo ?" , Gunwook yang tadi tercengang , berpusing 180° , terpapar wajah ketua Pengawas , Sung Hanbin .
"Kau Belum sedar Kan ? Jari Aku Ni waacking laju , kalau nak main tampar tak Jadi masalah " , Kata Hanbin melihat Gunwook senyuman maniez Masih tercengang di tempatnya .
YOU ARE READING
𝘓𝘰𝘺𝘢𝘭 𝘚𝘦𝘰𝘬 𝘔𝘢𝘵𝘵𝘩𝘦𝘸
Fanfiction" Aku harap Kau tak main-main bila Kau kata dia memenuhi kriteria gadis Idaman " Matthew , Seorang remaja yang layaknya dipanggil kanak-kanak telah menaruh perasaan terhadap gadis yang berperwatakan ganas . Main Character : Seok Matthew , Park Yeonm...